Friday, February 18, 2011

kashaf amani

salam barakah guys...
baru lepas tengok citer kashaf amani kat astro ria.
cerita sempena maulidur rasul.
not bad story dia...
memula aku malas nak tengok..
tapi dah lama2 macam best lak..
so memang best la.
pelakon utama 
Beto Kusyairi @ Kusyairi Zakuan dan sharifah amani
baru ku tau rupanya si beto ni dah kawen
hehehe
kalo xkenal dia yg berlakon citer geng surau...

watak utama...

scene ni waktu roh kashaf minx tolong ngan imani untuk minx maaf kat mak dia..


Sinopsis Kashaf Imani 

Mengisahkan tentang gambaran alam roh. Kashaf seorang remaja bermasalah yang tinggal dengan ibunya, Rosnah yang bekerja sebagai GRO dan adiknya, Shamim seorang pelajar kolej.

Mereka tinggal di sebuah rumah flat di Kuala Lumpur. Kashaf bekerja menghantar dadah setelah berhenti sekolah semasa darjah 4. Satu hari, Kashaf telah dipukul hingga cedera parah dan dia koma.
Semasa koma dia dapat melihat semua yang berlaku di sekililingnya tetapi orang tidak dapat melihatnya, seakan-akan dia sudah mati tapi hanya seorang saja yang boleh melihatnya, iaitu Imani. Dia meminta tolong dari Imani untuk memberitahu keadaannya kepada keluarganya dan membantu keluarganya bertaubat.

pengajaran yang aku dapat dari story ni:
- syurga itu tetap berada di bawah tapak kaki mak walau apa pun seorang mak itu lakukan. jangan lak cari syurga bawak kaki mak betul2 macam dalam entry incik zack.hehehe
- utamakan dan sayangi keluarga.
- cari kawan yang boleh bantu kita masa susah dan senang.
- jangan sombong dan bongkak dengan apa yang ada.
- hati2 dengan orang yang cuba memberi kesenangan tanpa banyak persoalan.
- sentiasa ingat kita xtau bila kita akan dijemput...andai ada peluang kedua itulah rahmat yang paling besar.

ag satu aku suka bila makcik 'petir' berlakon.
aku xtau la apa nama makcik ni yang betul.
tapi akak aku kata dia anak sedara kepada pengarah sharulezad tu.
sebab tu dia selalu ada dalam cerita yang diarahkan oleh sharulezad.
mcm citer cinderella,dottie dan lain2.
tapi xkisah sebab suka sangat tgk makcik tu.
dah la cute dengan spek mata kecik dia tu.
tambah lak dia ni kelakar.
(^_^)
tapi story ni diarahkan oleh azma aizal yusof
kenal xsape mamat tu
tu la pelakon citer sinderella si butang.
yang dulu guna nama isma yusof

inila makcik yang cute.hehehe


inila azma aizal yusof aka butang.hehehe

p/s :citer yang penuh dengan pengajaran walaupun aku rasa citer nya xbanyak beza ngan citer2 lain kat malaysia ni.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...