Friday, October 26, 2012

niat telah ditunaikan

assalamualaikum

selamat hari raya aidil adha buat kawan-kawan semua...sape pergi berjemaah buat solat sunat raya tadi.huhuhu best kan bertakbir.sayu je bila dengar orang bertakbir ni.

maksud talbiah yang kita ungkapkan masa hari raya aidiladha ni
 "Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu"

tahun ni alhamdulillah aku berhasil menunaikan hajat aku.tahun lepas masa aku tengok orang sembelih tu ada gak aku pasang niat.sebab masa tu aku tau aku akan dapat keje.bese la dah nama pun baru habis study kan.so aku pasang niat untuk join sebahagian dalam korban tahun ni.alhamdulillah rezeki keuntungan dari aku menjual catalyst tu telah membantu aku melaksanakan niat aku ni.

memula aku terlupa pasal niat aku ni.tapi aritu aku terselak balik buku ala2 diary aku dan ternampak la wishlist yang aku buat. alhamdulillah xde la mahal sangat untuk join korban ni.dulu aku ingat satu bahagian tu RM700.memang mencangak gak nak cari.tapi bila mak kata RM400 sebahagian tu kira ok la gak.

terus laju2 bagi mak RM300 dulu sebab xcukup duit. pehtu mak tanya ayah plak.ayah kata RM300 je kalo buat ngan haji tu.kalo masjid RM400.weehuuu Allah permudahkan hajat aku ni.so akhirnya dapat la aku join korban tahun ni.

bila lagi nak join kan kalo bukan waktu dah kerja ni. alang2 ada rezeki jual catalyst ni.walau xbanyak tapi jadi la kan.moga2 dimurahkan rezeki di lain hari. bagi yang dah keje ni boleh je join...kumpul duit sikit pun dah ok. sebulan tu kita saving dalam RM50 pun dah boleh xpun RM20 pun ok gak.sikit2 lama2 jadi la bukit kan.

makanya masa entry ni dipost aku tengah busy memotong daging korban agaknya.hehehe ini schedule post sebenarnya >_< sape2 yang masak sup tulang tu meh la anto kat aku sikit.lama xmakan sup tulang nih.ohmaiii terliur la plak.tapi ingat tau kalo dah makan daging ni beringat sikit.kang xpasal2 kolestrol naik pulak.huhuhu

akhir sekali selamat menyambut hari raya aidiladha.moh kita bertakbir sama2 jom. have a nice day kawan2.jangan lupa untuk mempelajari sesuatu dari pengorbanan nabi ibrahim dan nabi ismail ye.Allah itu maha mengetahui =)

comel x i.kikiki
p/s : selamat makan daging.hehe


3 comments:

Hans Hanis said...

selamat hari raya aidiladha

Faaein Talip Roy said...

Alhamdulillah.. dapat jugakkan..

akak pun nak jugak suatu hari nanti..

*ada ustaz pesan.. jangan banding2kan harga mana yg lagi murah nak dibuatkan korban.. kalau nak buat.. buat aje.. yang penting kerana DIA.. =)

maisarah sarah said...

hehe bukan banding kak.tapi duitnya cukup utk yg tu.huhuhu,,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...