lama xupdate nampaknya.last ritu masa nak raya korban....aihhh terkorban seketika blog ni.huhuhu....arini saje terajin kejap nak update pasal basuh pinggan.erk!apakah....basuh pinggan...
first of all nak tanya.betu ke statement ni :
"sapa yang lepas makan tapi xbasuh pinggan sendiri nanti dia jadi bodoh"
masa aku darjah 2 aka 8 tahun dulu angah aku pernah pedajal aku.masa kecik2 dulu biasa la kan.naif sikit rupanya berbanding ngan dah dewasa nih.seingat aku, masa tu kitaorang dok makan ramai2.lepas tu dah habis makan aku tengok akak2 aku pakat letak gitu je pinggan dalam singki.
aku pun dah terang lagi nyata la kan ikut jejak langkah mereka.aku dengan rasa selamba pun letak je la pinggan dalam singki.tetiba lepas tu angah aku keluar statement.dia kata "dik, kalo lepas makan xbasuh pinggan sendiri nanti jadi bodoh tau". fine!!
oleh kerana xmau jadi bodoh aku pun terus basuh pinggan aku tu plus pinggan orang lain sekali.pakej gitu ye.masa tu macam terpikir gak apasal la akak aku xde basuh pinggan dia tu.nak jadi bodoh gak ke.tapi sebab fokus xmau jadi bodoh aku xde tanya dia pun.teruskan membasuh gak.
so sampai sekarang ni dah jadi habit dah.lepas makan terus basuh pinggan sendiri.kalau xbasuh tu rasa lain macam plak.dan kerja rumah yang paling aku suka adalah basuh pinggan mangkuk dan cawan2.tapi bukan kuali or periuk.hahaha
cuma sejak akhir2 ni je baru terpikir.rupanya akak aku pedajal aku je.hampeh punya orang.mana ade orang xbasuh pinggan jadi bodoh.memang bodoh le aku sebab ikut cakap dia.huhuhu.tapi xpe la.disebabkan benda tu aku rajin basuh pinggan lepas makan makanya dimaafkan la.huahahaha
itu je nak citer sebenarnya pun.xde la apa sangat.saje nak citer pengalaman kena pedajal ngan akak sendiri je.hahaha
mood serius!
tolong doakan saudara2 islam kita di gaza.xkisah la sama ada di gaza,syria or rohingya.doakan yang terbaik buat mereka.semoga mereka semua dilindungi Allah, diberikan ketabahan, diberi kekuatan, diberi petunjuk, dan diberikan pertolongan oleh Allah.bantulah mereka untuk menang dalam perjuangan mereka.hancurkan lah israel laknatullah.insyaAllah amin.
Ya Allah, selamatkan lah saudara2 kami yang sedang berjuang di jalanMu, yang sentiasa menegak kan agamaMu, yang sentiasa menjaga nama baik Mu dan Rasul Mu.bantulah mereka Ya Rabb.ampunilah mereka dan permudahkanlah urusan mereka.amin
3 comments:
Hahaha. Boleh ek macam tu? Nasib baik tak kena macam daku -
" Siapa lambat makan, dia kena kemas meja dan basuh pinggan "
Paling tragik, bila abah cepat-cepat habiskan nasi, yang mak pula boleh makan sambil bawa pinggan ke sinki untuk habiskan suapan terakhir.
Oh keji (T_T)
Tapi yang baiknya, memang jadi pengemas lah sekarang nie. Hahahaha :D
xde pun rajin basuh pinggan aku tgk
hoihhh ko yg malas.aku lepas mkn elok je bsh pinggan
Post a Comment