~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, October 10, 2012

siapa yang patut malu?

assalamualaikum

hangpa semua dok buat pa?hehe kemain lagi lepas balik dari penang ni dok merapu cakap utara =p sabtu lepas aku gi penang sebab member bilik masa study dulu kawen. kalo x pegi macam serba salah pulak sebab aku praktikal pun sekali dengan akak tu.duduk pun area2 umah dia gak masa praktikal tu.

ok lari tajuk.sebenarnya just nak share satu moment yang aku rasa 'termalu' sendiri....sejak akhir-akhir ni aku rasa ada kesedaran sikit la pasal hidup dan islam. kalau dulu aku pakai baju lengan pendek relaks je tapi sekarang x lagi *alhamdulillah* sekarang ni bila pakai baju lengan pendek tu rasa lain macam je.yang aku maksudkan adalah lengan pendek sewaktu keluar dari rumah.

at least bila aku berlengan pendek aku mesti sarung sweater. walaupun lengan sweater tu aku sinsing sikit. memang la kalo ikut hukum nya kena tutup sampai pergelangan.tapi orang kata nak berubah mesti la step by step kan. so bila berlengan pendek tu terasa macam lengan aku ni berbogel lak *malu*

kadang2 tu kalau dah sehari suntuk keluar jalan2 xkan la nak sarung sweater kan tambah2 kalau cuaca panas.so aku decide pakai inner kat bahagian dalam. maka alkisah pun terjadi la.

kawan (1) : kenapa ko pakai baju dua lapis (inner)?
kawan (2) : mai kan jaga aurat *tanpa niat sindir*
aku : saje je. 
kawan (1) : xpayah la nak tutup aurat sangat mai...bese2 je dah la.bukan ada sape2 pun (walaupun masa tu ada juga beberapa orang kaum adam)
aku : xde la.aku saje je la pakai camni.ada sebab aku pakai camni.hehehe *ayat cover* 
(sebenarnya memang niat xmau pakai lengan pendek terus.tapi buat ayat cover sebab xmau diaorang terasa)

sebenarnya aku yang termalu dengan statement dia tu.bukan niat nak tunjuk pandai or tunjuk bagus.tapi aku dah jadi xbiasa pakai lengan pendek saje. nak balas balik nanti diaorang terasa pulak.so better aku create another reason kan supaya xde nak masam2 muka.

bagi aku kalo nak pakai macam mana pun pakai la janji jangan susahkan orang lain.memang la kita kena menegur tapi berpada-pada la kan. ntah la...xtau nak kata pe.masing2 boleh pikir.

bak kata dr muhaya "kalau nak tau kita macam mana salah satunya tengok kawan2 yang ada dekat fb kita. kalau kawan2 kita tu okey maka kita pun okey la.selain tu tengok pada fikiran kita.kalau kita positif maka hasilnya pun positif. lagi satu yang penting sebelum nak menegur orang lain tengok diri sendiri dulu.kalau diri sendiri xbetul xpayah tegur orang.sebab nya orang xkan nak percaya dengan kita "

alhamdulillah!sebabnya akhir2 ni kawan2 dekat fb aku tu semuanya memberikan nasihat dan status yang baik2. dan ramai juga muslimah2 yang berniqab menjadi kawan aku.sebenarnya secara xlangsung ada juga terselit di hati aku untuk menjadi seperti mereka.menjaga penampilan mereka dari kepala hingga ke kaki.xcukup dengan tu, berniqab pula lagi.

cantik kan.walaupun ini kartun je tapi realiti pun sama juga :)
kalau perasan mereka2 yang berniqab ni sangat cantik. mata diaorang pun kalau tengok comel je nampak macam ceria je. bak kata KKS aku "kan yang tertutup tu memang indah dan cantik". hehehe betul tu memang setuju sangat.

ok lah xtau apa yang aku dah taip ni.tapi main point nya adalah kalau orang tu dah elok bertutup semua tu xpayah la nak tegur2 gitu.biarkan la dia asalkan dia selesa.semoga Allah menguatkan iman aku untuk berubah dan menjadi muslimah yang solehah insyaAllah. moga mereka2 dibukakan pintu hati =)

p/s : sejak akhir2 ni keje ngantuk je walaupun tido awal.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...