Wednesday, July 11, 2012

being ME (Muslimah Empowered)

assalamualikum

semalam aku dah mula kerja semula selepas bercuti selama seminggu sehari.kikiki. gila lama aku cuti semua nya sebab gi holiday ngan family. ok la hari sabtu lepas aku berkesempatan pergi ke conference Being Me yang diadakan di MATRADE.conference tu khas buat kaum hawa yang ingin menjadi muslimah yang lebih baik.

oh kat sana aku terserempak 3 kali ngan blogger dan vlogger femes iaitu maria elena.tapi segan lorh nak gi ambik gambar ngan dia.hehe lepas beberapa hari conference tu aku dapat tau yang datin dr halina (wife angkasawan) pun ada dekat sana.sebab aku terrnampak pic tiket dia kat instagram.

so penceramah yang ada hari tu semuanya dari luar seperti sis raya shokatfard, sis yasmin mogahed, sis myriam, bro tawfique chowdhury dan lain2.ramai jugak la penceramah nya berbaloi dengan harga tiket tu. program ni mendapat kerjasama dari Mercy mission. kebanyakkan slot yang ada menekan kan bahawa jangan sesekali tinggalkan quran kerana quran adalah nyawa kita.

sebenarnya aku ni xde la faham sangat bila orang bercakap dalam bahasa inggeris.kadang2 aku xinterested langsung dengan apa-apa yang berbahasa inggeris.contohnya macam slot dari sis raya tu.untuk pengetahuan korang masa memula dokumentari tu dipasang aku xdgr pun.aku dok kat luar dewan.tapi bosan dok luar, aku pun masuk balik dalam dewan and dengar pasal dokumentari tu.u know what, aku rasa tertarik nak dengar and the end of that aku nangis.huhuhu.


untuk makluman juga sis raya ni sebelum memeluk islam dia dah menganut lebih kurang 7 agama kalau xsilap. dia pernah menganut agama hindu, buddha, kristian, irish dan lain-lain. agama terakhir dia sebelum islam adalah kristian.

tapi setiap agama yang dia anuti tu, dia xjumpa pun ketenangan dalam diri. masa dia beragama kristian tu dia siap boleh mengajar mengenai jesus semau tu. tapi still xjumpa kedamaian.sampai lah suatu hari tu ada sorang paderi tu kata "cuba kamu dalami islam". niat paderi tu bukan untuk menyuruh dia masuk islam tapi nak lebih kurang macam eksperimen la.

lepas dari tu sis raya ni pun try la mendalami islam.permulaan nya dia cuma baca 'dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang' iaitu maksud perkataan bismillah. oleh kerana beliau xtahu membaca arab maka beliau baca maksud sahaja. tapi dengan kehendak ALLAH dengan maksud bismillah tu lah hatinya terdetik sedikit kedamaian. dia ambil keputusan untuk terus membaca maksud ayat quran tu dan alhamdulillah akhirnya dia rasa itu lah agama yang dicari nya.

aku tempek kan video yang ada tunjuk sedikit sebanyak mengenai perjalanan hidup nya.kalau salah harap maaf ye :)



dalam video tu bukan la direct tunjuk dokumentari tu tapi ada la jugak tunjuk.at least korang dapat apa yang aku nak sampaikan.sharing is caring kan.tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah.alhamdulillah.

owh ok selain dari maria elena kat situ ada gak sasha, natasha hudson, sharifah sofea dan juga yatt hamzah serta kak dina.mereka semua sangat cantik.semua nya memperagakan pakaian kecuali kak dina yang ditugaskan menjadi emcee for that day.

alamak lagi satu perkongsian lupa nak share, sis yasmin mogahed kalau xsilap, dia kata di negara luar wanita islam bermati-matian untuk mengenakan tudung. sehingga diseksa supaya tidak memakai tudung. kata nya lagi malaysia sebuah negara yang bertuah kerana bebas untuk bertudung dan bebas untuk mendengar azan. kata brother yahya ibrahim dia rasa sungguh seronok apabila mendengar sayup-sayup laungan azan daripada bilik hotel yang dia tinggal. dia tidak dapat rasa pengalaman tu sewaktu di negara nya sendiri



selamat menyelam bersama sis raya untuk lebih mengenali Allah swt.insyaAllah :)

p/s : slot tu paling menyentuh hati aku

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...