~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Monday, July 23, 2012

air mata di malam ramadan

assalamualaikum

selamat berpuasa kawan-kawan.xberkesempatan nak update entry puasa sebab malas.hehe ampunnn. orait nak share feeling time terawih semalam.kalo ikutkan semalam dah masuk terawih hari ketiga kan. so masa hari first ngan second aku terlepas terawih sebab sampai je kampung keje membongkang.huhu rugi2

semalam dengan semangat nya aku pun lepas siap2 maghrib terus gerak gi masjid yang dekat sesangat ngan rumah sewa aku ni.masa aku sampai xde la ramai sangat umat sebab awal lagi.so bila dah nak masuk waktu isyak tu siap2 la kan nak berjemaah.

masa ni aku dah start bengang sebab mak2 yang dok saf depan ni selamba badak je letak anak deme satu saf ngan orang dewasa. kalau dekat masjid tapah, dah kena tegur dah tu.sebab ianya akan memutuskan saf.setuju x kalau aku kata "waktu solat tarawih saf bagi kaum wanita selalu terputus sebab ibu-ibu akan membawa anak2 yang belum baligh solat disamping mereka walaupun ibu2 tu berada di saf pertama".

tadi aku tengok dah macam main ombak .sebab dah berselang-selang susunan orang dewasa ngan budak-budak.tu belum masuk saf belakang lagi yang dah memang terputus.boleh pulak la diorang biarkan bahagian tengah tu kosong then diaorang duduk solat kat tepi.xtau la sebab nak dekat ngan kipas ke pe.sedih -_-"

bengang kuasa dua! masa solat tarawih tu kanak-kanak lelaki sangat riuh.diaorang punya bising tu dah sama naik ngan suara imam.ok fine! memula tu aku xde heran sangat la.sebab baru je mula solat.jap ag imam tegur la tu.tapi yang hado! sampai ke sudah imam xtegur.boleh dia teruskan je solat tu.bukan nak kata la.tapi kalo kat masjid tapah imam dengar bising dah melampau gitu dia mesti tegur.and ibu bapa pun start alert kat anak-anak.yang ni tadi yang hado...

sampai la masuk rakaat ke 5 solat tarawih air mata aku menitis.sebabbbb aku xdapat nak khusyuk langsung solat aku tu.aku rasa macam xde apa yang aku dapat untuk solat tarawih malam tu.rasa macam nak jerit je tengah-tengah solat tu sebab serius aku xtahan sangat.kekhusyukan aku langsung xde.pedih sangat rasa hati masa tu.sebab aku ingat aku nak topup la balik solat aku tu.memang sedih giler la.

cukup 8 rakaat tarawih then lepas doa terus aku cabut.aku witir kat umah je walaupun imam terus buat solat witir.sebab masjid sini buat 8 rakaat je. masa otw balik rumah tu menitis lagi air mata aku.rasa macam kesal gile aku sebab xdapat khusyuk dalam solat.memang kosong malam tu.no rewards for tarawih.baik aku solat sendiri je.

yang buat aku lagi rasa geram sebab perasaan marah dan kesal tu terbawak sampai la ke pukul 12am.balik je solat aku terus ke tesco cari barang. aku pergi amik bakul terus tarik barang nak beli.selalu tu aku ronda-ronda dalam tu.dah balik call akak aku tanya pasal nak gi interview nanti.

lepas tu bila dia dah tanya macam-macam aku dah hangin giler.aku xtau kenapa.aku rasa marah sangat masa tu,sampaikan aku tengking dia dan terus letak phone.aku xsuka bila aku buat macam tu kat orang.mesti akak aku terasa ngan aku kan.padahal aku minta tolong ngan dia.sedih sangat aku rasa bila ingat balik.

sebab tu la orang kata kalo tengah marah istighfar la banyak2.sebab bila kita marah kita selalu xsedar apa yang kita buat dan kita mesti akan mengguriskan hati orang lain.

xsuka perasaan macam tu.aku benci sifat marah dalam diri. sifat tu buat aku jadi bukan diri aku.benciiii........

ya ALLAH, ampuni lah aku ya ALLAH.sesungguhnya permulaan ramadan yang indah ini seakan telah cacat dengan apa yang berlaku itu.
berikanlah aku sifat khusyuk, sabar dan ikhlas ya ALLAH.bulan mulia mu ini masih panjang ya ALLAH. semoga ianya memberikan rahmat dan kebahagiaan kepadaku.
aku sendiri tidak mampu menjangka adakah dapat aku rasai lagi nikmat ramadan mu ini.maka aku mohon padaMu ya ALLAH, tabahkanlah hatiku dan berikanlah petunjuk Mu. 
sesungguhnya hanya padaMu aku memohon ya ALLAH.tiada yang mampu merubah sesuatu itu melainkan dengan kehendakMu.bantulah aku ya ALLAH supaya ramadan kali ini memberikan seribu keberkatan dan nikmat yang tiada nilainya.
AMIN

2 comments:

jannah said...

sabar beb .. ALLAH akn balas setiap perbuatn yg kita dh buat kn .. mungkin pd ko ta dpt pape pahala tp kat sisi ALLAH kita ta tau kn? doa byk2 supaya menjadi owg yg sentiasa cool .. hee

alang said...

owh..patut la ko tetibe je marah aku mlm tu ye..
pembetulan. setahu aku saf xkan putus even budak yg blm baligh smyg 1saf dgn org dewasa. sebab smyg budak tu stil sah. yg putus saf nye sebab org dewasa yg xnak rapat kan saf. tarik mcm mane pn nak juga 1 sejadah sorg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...