Thursday, February 9, 2012

reunion #1 : mahal tapi berbaloi

assalamualaikum

sabtu ngan ahad lepas aku ada reunion ngan budak-budak kelas aku masa teknik dulu.eyh sebenarnya mini reunion je sebab yang datang adala 9 orang je.memula yang confirmkan dalam 13 orang, alih-alih ntah macam mana jadi 9 orang je.biarlah ~~~

tak ramai pun xpe janji dapat jumpa kawan-kawan kan.meriah kot walaupun 9 orang je.dulu kitaorang pernah janji akan jumpa balik or buat reunion selepas 5 tahun dari habis sekolah.and kebetulan masa ada sorang dak kelas aku plan reunion ni, masanya betul-betul 5 tahun selepas kitaorang habis sekolah.dan tarikh 06.02.2012 merupakan tahun ketujuh perkenalan kitaorang.sebab tarikh tu lah kitaorang daftar masuk sek.men.teknik teluk intan.

kitaorang stay kat chalet kenangan pak man di teluk batik.memula xpuas hati jugak la dengan harga chalet tu.sebab dia charge rm250/ chalet dan limit untuk 5 orang sahaja.maknanya kalo ko nak masuk 6 orang dia akan charge yang sorang lagi tu rm25/kepala.mahal kowt kalo gitu. memang aku bebel habis la.sebab bagi aku chalet kan so ikut suka la nak masuk berapa orang pun.


tapi nak buat macam mana kan.dah last minit cari chalet memang tu je la yang dapat.nak xnak terpaksa la terima.tapi bak kata member-member aku, xpela bukan selalu pun dapat jumpa. so aku la yang check in kan sebab member aku book atas nama dia dan nama aku sendiri.nasib baik la chalet tu memang ada sebab kitaorang xbayar deposit pun.dah makcik tu kata xyah.tu pun jenuh la puluh kali aku call sebab nak confirmkan chalet tu ada.


so aku ngan member aku pun jalan dulu masuk chalet tu.lepas buka je pintu tu aku rasa happy gak la.sebab chalet dia not bad.luas dan nampak ala-ala kampung sikit la.yang penting hall dia luas okeh. tapi yang xboleh bla nya adalah buka je pintu terus nampak toilet.

bahagian depan chalet
bahagian hall
bahagian dapur
toilet yang kureng sikit
bilik tidur 1
bilik tidur 2
part yang paling best adalah...chalet kitaorang berhadapan dengan laut.wooohooo terlebih syok okeh.kalo rasa nak mandi tu just berjalan sikit je ke depan dah sampai kat laut.serius best kot.tambah lak lepak-lepak ngan kawan kan.memang terbaekk ar. nak tambahkan lagi rasa best tu adalah bila depan chalet kitaorang tu ada meja untuk lepak-lepak.chalet sebelah-sebelah kitaorang xde okeh

nampak laut x ? kat area situ gak kitaorang bbq ^_^
depan chalet
mandi manda.weeee ~~~
budak-budak laki pulak stay kat luar.diaorang dirikan khemah kat depan chalet tu.kalo tido kat dalam kang jadi lain lak kan.haha.tapi xde pe pun sebab kitaorang ramai bukan nya berdua.diaorang juz masuk bila nak mandi dan tukar baju je.then masa nak prepare barang-barang nak makan tu.suasana masa tu betul-betul macam kitaorang ni adik beradik.aku rasa family kat sebelah pun xheran sangat ngan kitaorang sebab kitaorang nampak rapat je.

pagi ahad
so kesimpulannya walaupun chalet tu mahal tapi berbaloi la.walau pun kitaorang stay dalam tu seramai 6 orang (kalo campur budak laki 9 orang ) ada kitaorang kisah.pedulik kan je.janji xrosak kan harta benda diaorang kan.lagipun chalet sebelah kitaorang lagi ramai. sebenarnya xde la mahal mana pun sebab masing-masing sharing bayar duit chalet .barang -barang lain dan ayam bbq suma tu disponsor oleh kawan-kawan.terbaekk!!!best sangat masa tu ^_^

p/s : part 2 akan menyusul nanti.

8 comments:

CikLaLA said...

sarah... :)

AnakPakZohar said...

wahhh.. bestnyeeeee.. ^^

maisarah sarah said...

yes kakak love.hehe.kak ila entry baru xnaik pn.apasal??

hehe mmg best pun yad'z.tu baru pasal chalet je.masa melepak belum ag.hehe

Pembunuh Tanpa Bayang said...

seronoknya...dah lama tak jumpa kawan kawan.rindulah...

AnakPakZohar said...

cepat2 update aktiviti tau.. =)

maisarah sarah said...

seronok sgt .tu pun ada sikit je.aslnya 13 org tp jadi 9 je.huhu.xpela jnji meriah

dah update dh yad'z.hehe

Anonymous said...

salam..boleh share nama chalet tu ...:)

maisarah sarah said...

wsalam.nama chalet tu chalet kenangan pak man.no fon ada kat pic atas sekali.kalau amik chalet aircond minx chalet no 6 tau.sebab boleh lepak2 depan umah.ada kerusi tu.hehehe :p
kat website pn ada tunjuk serba sikit pasal chalet tu.nnti awak cuba la google :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...