~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Monday, February 20, 2012

dulu berebut dengan kakak sekarang dengan kucing pulak -_-"

assalamualaikum

arini aku rasa macam heaven giler sebab aku cuti arini.muahaha.bangun pepagi je ari dah ujan .apa lagi makin sedap la tarik selimut kan.xhengat dunia punya tido.hehe

masa kecik-kecik dulu aku suka dok berebut kerusi panjang depan tv.biasa la kan, nak tengok tv sambil baring katakan.memang selalu la perang sebab nak dok atas kerusi tu.sampai kan kitaorang selalu dok tulis 'alif lam lam ha' kat kerusi tu.tapi bukan la tulis guna marker or apa pun.juz macam tulis atas angin je.

tambah pulak dulu-dulu rumah aku guna kerusi kayu yang ada kusyen banyak2 tu.dah tulis 'alif lam lam ha' tu kat papan kerusi tu then dekat kusyen tu pun xlupa gak.ada 6 bijik kusyen masa tu, semua sekali kena tulis.haha.even sekarang pun kadang-kadang ada gak buat macam tu.walaupun dah tukar kerusi lain dan dah besar panjang semuanya.

tapi yang paling xboleh bla nya sekarang ni, tam si kucing aku ni pulak yang jadi saingan.pantang kalo malam je, dia tengok kerusi tu kosong mula la dia nak landing.ewahhh kadang-kadang tu aku elok dah baring kat kerusi tu.tapi dia dengan selamba kucingnya naik atas badan aku dan tido.bagus punya kucing.memang empuk tilam ko.kadang-kadang aku suka la.tapi kadang-kadang menguji kesabaran gak bila tengok dia tido dengan lenanya.

bila tiba dengki aku mula la aku angkat dia letak kat kerusi sebelah.hehe.tapi kalo dah xmakan saman xleh nak kata apa.dia bangun dari kerusi tu dia datang balik kat aku.kadang malas nak layan aku pun mengalah je la.tapi bila time saja nak nyakat tu, siap aku warning ag kucing aku tu.kalo nak kedapur je aku dok cakap kat dia ' tam jangan nak ngengada baring kat kerusi tu.kalo xadik campak'.

tapi hampeh.dia baring gak.aku datang ag sekali tengok elok dah dia pejam mata sambil buat muka comel dia.pehhh nasib aku baik ati.so biarkan je la.
tengok la tu dok pejam2 mata lak.cis!!!
on the way nak masuk alam mimpi
bila aku cakap kat mak aku yang si tam ni suka berebut kerusi ngan aku, mak aku senyum je.apa la xnak support langsung.kucing2 kat umah aku ni pulak bila opah ada memang dimanjakan la.opah belikan whiskas untuk diaorang ni.so bila opah goncang je bekas whiskas tu berlari deme datang kat opah.tambah2 si cici tu.

bila nampak binatang macam tikus, ular or lain2 memang diaorang gi tangkap.tapi bukan buat makan.dia buat main.pehtu main lak depan2 kitaorang.ha memang sakit ati la bila dia dah tangkap ular pehtu bawak masuk umah.memang aku dulu yang lari.takut seyh ngan ular tu.mak aku penah jadi superman sebab melompat ke atas kerusi bila nampak dia bawak katak.haha.memang kelakar time tu.ok la tu je.sekian....

p/s : tam ni manja.kembar dia si tom dah lama mati

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...