~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Friday, June 1, 2012

teambuilding : d'ambang resort pekan pahang

assalamualaikum

24/05/2012 - khamis
12.00am - kitaorang gerak ke pekan pahang dengan 2 biji hilux bersamaan dengan 8orang staf.hilux dibawak bergilir-gilir oleh dua orang staf lelaki yang gagah perkasa di setiap hilux.berhenti sekejap di beberapa hentian sebab nak gi toilet dan isi minyak.

25/05/2012 - jumaat
6.00pagi - sampai di rumah akak opis kat keratong 6 kalo xsilap.siap2 solat semua then terus membongkang. semua pakat top up balik tido.aku pun dok amik enset terus matikan semua alarm.muahaha pukul 9.30 gitu sorang2 bangun dan start mandi serta bersiap.settle makan sarapan + lunch sampai kembung perut kitaorang terus gerak ke pekan pahang.masa tu lebih kurang pukul 12 tengahari.

1.30ptg - sampai di kampung mambang dan terus menuju ke d'ambang resort.masa tu ada 4 bijik hilux mpob berderet kat belakang kitaorang.semua menuju ke tempat yang sama. gi daftar nama semua then masuk bilik.ingatkan xsempat nak rest sebab aktiviti start pukul 2ptg.rupanya nasib kami baik sebab konsultan sesat jalan dan sampai lambat.maka aktiviti kami bermula pada jam 4.30 ptg.sakan jugak la tidur.hehe

view dari D'ambang resort
kitaorang tido di bilik yang untuk 4 orang punya
4.30ptg - diperkenalkan dengan konsultan untuk teambuilding kali ni.buat aktiviti sikit dan mula membentuk kumpulan. aktiviti pertama adalah permainan war cry iaitu kata2 sorakan untuk kumpulan.

ahli kumpulan aku 'YOU'
6.30ptg - makan malam dan rest sementara menunggu aktiviti malam.

8.30malam - dengar taklimat sikit pasal aktiviti malam ni and start gerak ke belakang dewan makan untuk main game bola api.terbaek!!!first time main bola api ni.diperbuat daripada buah kelapa dan kemudian dinyalakan api.xde la panas sangat.tapi yang pasti game tu memang best sampaikan kasut aku bertukar warna dan terbakar.budak laki lagi la sakan siap dah terlentang bagai dok sepak kelapa tu.syiok!!

maaf kualiti gambar kurang jelas.tunggu gambar dari urusetia je la.haha
10.30malam - penutup game bola api dan dihadiahkan dengan percikan bunga api oleh komander muhsin.seriously sangat cantik bunga api tu, rasa teruja gak la ^_^

hadiah dari tuan muhsin :)
26/05/2012 - sabtu
7.00pagi -  dimulakan dengan senaman yang agak menarik.walaupun agak payah senaman tu tapi best sebab boleh rasa otot2 semua meregang.

8.45pagi - start berkumpul untuk mulakan aktiviti outdoor.mula2 dengar taklimat dari brother2 d'ambang resort.kemudian gerak dalam kumpulan dan teruskan aktiviti jungle trekking.aku bernasib baik sebab trekking nya adalah jalan yang landai.kalo berbukit kompem aku surrender macam yang aku buat di separuh perjalanan ke gunung jerai dulu. (maaf xde gambar sebab nak masuk air kan)

9.45pagi - lebih kurang la waktu tu, kitaorang buat aktiviti water confident.agak seronok jugak sebab aku dah lama xmandi sungai.tambah pulak aku berada kat sungai pahang masa tu.sungai yang terbesar dan terpanjang di malaysia kot. pakai life jacket dan buat beberapa barisan.kemudian pegang tangan kawan2 sebelah dan berhanyut ke hadapan.syiok wooo. tapi yang xbest masa nak naik ke tebing untuk teruskan aktiviti berakit lak. kasut aku leh pulak tenggelam dalam lumpur tu dan punya la payah nak naik.aku dah la sememangnya besar kan.yang tukang tarik aku pun terus sama jatuh.hehe sorry der

10.45pagi - sampai ke tapak untuk buat rakit.masa memula sampai kemain bising lagi dengan bunyi budak2 perempuan dok jerit sebab pacat gigit.yang heran tu gigit orang lain tapi orang lain yang jerit.padahal pacat tu besar benang je pun.

dengar taklimat dan cara-cara nak buat rakit then dok dalam kumpulan and terus bentuk kan rakit. kumpulan aku agak pantas gak la buat rakit tu.lepas siap semua dengar taklimat pasal mendayung pulak.settle semua terus angkut rakit masuk sungai.team aku yang kedua dilepaskan untuk mula berakit tapi ntah macam mana kitaorang boleh pulak jadi yang first. jarak antara kumpulan aku ngan yang lain2 tu jauh gak la.lenguh kot nak mengayuh rakit tu walaupun air tenang je.agak merah jugak la tangan.

bro yang handle aktiviti ni kata perjalanan antara 45min- satu jam.tapi kitaorang berjaya habiskan dalam masa 30minit.katanya peserta dari MPOB berjaya pecahkan rekod sebab sampai awal. bagi aku, kitaorang sampai awal sebab masing2 dah lenguh nak mendayung dan jugak masing2 dah lapar.muahaha macam2 aksi ada masa berakit tu.tapi yang pasti pengalaman yang xdapat dilupakan.

sampai darat terus bukak balik rakit yang kitaorang buat dan kemas2 kan diri.kasi basuh segala lumpur2 kat badan supaya lebih selesa.then tunggu group lain sampai untuk taklimat sebelum makan.settle semua terus gerak gi makan dan rest sampai pukul 3ptg.

3.00ptg - setiap kumpulan diberikan beberapa keping bentuk.kemudian perlu selesaikan supaya menjadi bentuk segi empat sama.pengajaran yang dapat kat game ni, walaupun bentuk tu kecil jangan diabaikan kerana kadang kala yang kecil tu dapat menyelesaikan masalah.

5.45petang - gi lepak tasik chini sebab situ je tempat yang paling dekat nak dituju.selain tu semua tempat kemain jauh nya.nak ke bank pun payah.adoiyai

kami semua =)
view di tasik chini
sangat suka view ini
9.00malam - dengar taklimat sikit pasal game yang akan dimain.then ketua kumpulan/ wakil dipanggil untuk mendengar arahan. lepas tu ketua kumpulan pun explain dekat anak buah cara2 nak main.setiap kumpulan diberi benang, botol dan pensil.setiap ahli kumpulan haruslah ikat badan mereka dengan benang dan penghujung benang diberi kepada ketua kumpulan. ketua akan ikat penghujung benang setiap orang dengan sebatang pensil dan bentuklah bulatan untuk mula bermain game.letakkan botol kat tengah dan cuba masukkan pensil tanpa botol jatuh.ahli kumpulan xleh pandang botol tu cuma ketua je boleh bagi arahan.

kata konsultan kitaorang mpob sekali lagi berjaya pecah rekod sebab berjaya selesaikan game tu dalam masa 3 minit.dia sendiri pun macam xpercaya je bila tengok 4 minit dah dapat selesai.not bad la.hehe group aku no 2 yang settle game tu.

10.45malam - rest

27/05/2012 - ahad
7.00pagi - senaman sekali lagi.tapi kali ni buat di jalan tar di depan d'ambang resort sebab rumput basah.hehehe masa tu ada brother ni dok tido situ gak ngan family dia.rasanya dia nak gi wedding kot.dia usha je kitaorang buat senaman.macam berminat je ngan senaman kitaorang tu.kalo aku tengok pun berminat sebab santai je pehtu buat ramai2 lak kan :)

9.00pagi - mula dengan sedikit penerangan dan mula bermain game yang diberi nama traffic jam/square. game ni agak pening jugak la.aku nak explain mcm mana pun xtau.hehe tapi syok la gak.sampai akhirnya terkeluar formula penanaman sawit secara 3 segi.sesuai la ngan kitaorang yang dari mpob kan walaupun yang pergi kursus tu xramai daripada TUNAS.

traffic jam/square
group aku kedua last xsilap aku yang settle kan benda ni.hahaha agak slow jugak la nak cari penyelesaian tu.tapi yang bestnya bila dah tau formula tu, laju je kitaorang selesaikan.bila cikgu zaida tukar position kitaorang pun still lagi kitaorang leh settlekan.mudah sebab adanya formula

10.00pagi - main game boneka tungganeka.yang ni pulak untuk menguji tahap idea dan kerjasama kitaorang.memula konsultan letakkan tali yang dibentuk kan bulat yang besar.kemudian semua peserta kursus selama 50 orang hendaklah masuk kedalam bulatan tu.semakin lama semakin bulatan tu dimana dapat dilihat akhir sekali peserta lelaki mengangkat kawan2 ke atas supaya semua dapat berada di dalam lingkungan tali.owh ye kaki xleh jejak bahagian luar dari tali >_<

boneka tungganeka.nampak tali tu....
11.00pagi - ulasan sepanjang program oleh cikgu zaidi dan tuan muhsin dan penyampaian hamper bagi setiap kumpulan. diakhiri dengan penyampaian sijil kepada setiap peserta yang mana sijil diberi secara terbalik kepada peserta.kemudian peserta perlu serahkan kepada rakan2 yang namanya tertulis di sijil itu.

my team
2.00petang - bersiap2 dan bertolak balik.sepanjang perjalanan datang dan balik sangat memenatkan tapi kepuasan juga dapat dirasai hasil daripada kursus yang sangat santai.

kesimpulan :-
- memupuk semangat kerjasama/setiakawan dan perhubungan antara semua peserta tambahan pula di bawah satu agensi.
- berkongsi idea dan buah fikiran supaya mampu menyelesaikan masalah dengan efektif dan efisyen.
- menghormati pandangan orang lain tanpa mengira umur.
- manusia memerlukan bantuan dari luar seperti kawan2 untuk menyelesaikan masalah.jika berseorangan mungkin masalah tidak akan selesai.
- menghadapi cabaran bersama-sama tanpa ada perasaan mementingkan diri sendiri.
- jangan buat sesuatu kerja last minute atau secara kelam kabut kerana pastinya peluang untuk melakukan kesilapan sangat cerah.
- jangan bebankan fikiran dengan benda yang negatif tapi penuhkan dengan cas positif.
- hargai benda yang kecil walau nampak seperti xberguna.

our konsultan
*yang paling aku xleh lupa ada sorang budak ni sentiasa membantu aku masa aktiviti outdoor aritu.thanks sesangat sebab tolong aku.tapi bestnya sebab ramai peserta yang dah lama kerja ngan mpob.kiranya veteran la dan mereka semuanya baik2 serta sempoi dan peramah.selesa je ngan mereka ni

p/s : not bad la D'ambang resort ni :)

3 comments:

jannah said...

baca entry ko pn dh tau tempat tu best gyler kn .. hee ..

Faaein Talip Roy said...

wah.. pengalaman yang menarik..

seronok je bacanya..

pasti aktiviti dia sentiasa fun kan..

jeles ai~..

maisarah sarah said...

azzren : best juge la.hehe

kak faaein: sangat fun meyh....yang penting konsultan sempoi.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...