~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, May 23, 2012

takziah :'(

assalamualaikum

- alfatihah buat arwah norma -


tadi ada terbaca update dari kak fillanie pasal sis norma.aku pernah letak entry wordless wednesday di SINI. dari entry kak filla dikhabarkan arwah menghembuskan nafas terakhir pada tengah malam tadi.boleh tengok di entry kak moon atau kak filla.

sebak rasa bila tau arwah dah xde.aku selalu jadi silent reader di blog kak moon.kiranya tau jugak la mengenai kisah arwah ni.setiap kali baca setiap kali jugakla menitis air mata aku.sedih bile tengok penderitaan arwah dan sebak bila tengok anaknya yang masih kecil. akhirnya penderitaan beliau berakhir.mungkin ini yang terbaik buatnya dan yang pasti Allah lebih menyayangi hambanya itu.

tapi aku rasa sedih sangat dengan rafiq, anak arwah.anak dia kecik lagi dan rasanya dia pasti akan merindui arwah ibunya itu.arwah start sakit xlama lepas dia bersalin kalo xsilap aku. oh bagi yang tidak tahu arwah mengalami brain cancer stage 4.lebih setahun arwah menderita disebabkan kanser dan terlantar di katil sahaja.

walau apa pun arwah dijaga dengan baik oleh ahli keluarga nya tambah2 oleh suami nya.beruntung arwah mempunyai suami yang sangat menyayangi dan setia bersamanya.semoga abg Talib (suami arwah) tabah dengan dugaan ini.walaupun sukar untuk menerima kenyataan ni tapi kita tetap kena terima.dan semoga abg talib sentiasa redha dan kuat untuk membesarkan zuriat yang sedang mengenal dunia itu.

salam takziah buat mereka sekeluarga.semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah yang Esa dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang soleh insyaAllah. setiap yang terjadi ada hikmahnya dan semoga keluarga arwah lebih2 lagi suaminya tabah dan kuat. maaf xdapat aku letakkan gambarnya di sini sebagai menghormati arwah dan keluarga

p/s : semoga arwah bahagia disamping penciptaNya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...