Tuesday, October 4, 2011

jauh dari cinta

assalamualaikum

"Semakin jauh aku berlari, semakin cinta itu menjauh pergi.
Lantas tidak lagi aku mengejar, kerana kau hanya bahagia apabila ku berhenti" 

quotes tu aku amik dari novel JAUH DARI CINTA oleh ADAH HAMIDAH. sebenarnya aku ni jenis yang suka baca novel sampai berminggu-minggu. tapi sejak-sejak akak aku menjual novel second hand ni aku terpaksa menghabiskan sesebuah novel tu dalam masa seminggu je.

so selalunya bila dia kata seminggu tu aku akan dapat habiskan dalam 3 ari je.alamak bangga tetiba.padahal alang aku siap leh baca 2-3 novel dalam sehari. tapi kalo nampak dek mak aku habis la.kuar la ayat-ayat cinta dia. "ha baca la novel tu, xpayah makan xpayah pe.nanti novel tu yang bagi makan.novel tu yang tolong menjawab kat akhirat nanti". hahaha amacam tersirok xdengar ayat mak aku camtu.

alamak lari tajuk.sebenarnya nak story pasal citer ni.sekarang ni aku dah baca sampai muka surat 208 dan mungkin dapat habiskan menjelang esok ^_^ . memula baca rasa macam bese je, tapi sampai satu bab tu tetiba leleh kot.huhuhu....alangkah bahagianya kalau ada orang yang sanggup berkorban seperti Hadif. 

tapi kental betul hati farish aqil tu.walaupun aku xabis baca ag, tapi aku tau dia sayangkan nysa sakinah sebab dia tulis kat layang-layang tu "berjanji dgn sepenuh hati...takkan mencintainya!". bermakna dia berjanji yang dia akan lupakan lily kekasih hati yang dia sayangi dulu. dan aku juga rasa ada something wrong antara aqil dan sara iaitu ex housemate nysa.

adeh aku citer ni mesti korang pening nak baca kan.huhuhu xpe la.meh aku tuliskan sinopsis dia kat sini ek.

NYSA SAKINAH. Cintanya pernah ditolak oleh abang angkatnya, Farish Aqil. Namun Farish Aqil kembali menagih kasih, lalu dengan rela dia menerima. Satu penemuan membuatkan dia kembali sedar, siapa dirinya. Lantas dia terikat dalam perkahwinan yang menjerat.. 

"duduk berkurung dalam bilik ni kenapa?makan tak..minum tak, nak sangat jatuh sakit ke? Nysa ingat kalau kurung diri macam ni dapat selesaikan masalah?"

"masalah dah lama selesai kalau Abang Aqil tak datang masa majlis pernikahan kita dulu."

"oh..jadi Nysa nak salahkan abanglah ni? kalau abang tak boleh jatuh cinta dengan Nysa, kenapa Nysa nak salahkan abang pula? Kalau Nysa dah tahu yang abang tak pernah cintakan Nysa, buatlah sesuatu supaya abang boleh jatuh hati pada Nysa, jangan duduk berpeluk tubuh dalam bilik macma ni aje!"

namun  Nysa Sakinah tidak terdaya melakukan semua itu. lantas dia bertindak menjejaki wanita yang selama ini dicintai oleh suaminya. kembali memulangkan bahagia buat suaminya.

FARISH AQIL.hati lelakinya dicabar, lantas dia terpaksa memulakan semuanya sedangkan hanya Lily di hatinya. takkan ada wanita lain.

"tolong kekal jadi adik abang sampai bila-bila.abang betul-betul selesa dengan keadaan macam ni."

"abang aqil boleh anggap yang permintaan abang aqil tu dah tertunai sepenuhnya sebab memang Nysa hanya akan kekal sebangai adik abang aqil sepanjang hayat Nysa. semua dah cukup jelas."

bagi Nysa Sakinah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi! maka, kerana dia seorang isteri, pengorbanan adalah hadiah teristimewa buat seorang suami!

so tu la dia sedikit sebanyak sinopsis novel ni.kalo nak tau lebih lanjut cari la novel ni kat kedai-kedai ok...bagi aku novel ni boleh tahan la.masuk gak la ngan otak aku ^_^


tandatangan dan sedikit kata-kata dari penulis (>_<)
p/s : sanggup tido lambat semata-mata nak tau story novel ni.sampai bengkak-bengkak mata bila bangun (=_=")

2 comments:

CikLaLA said...

sarah... cite la ending nye.... tak sabar nak tahu... cerita nie macam....... adooii... nak tahu apa kesudahan yg buat aqil leh jatuh cinta pada nisa... plis...

maisarah sarah said...

nk citer mende kak ila.belum abis baca pn ag.tp dah kata dh.si sara tu la lily.huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...