Monday, October 24, 2011

jangan biarkan dia menangis

assalamualaikum

"mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?"
"sudah tentu wahai Rasulullah"
baginda menjelaskan : syirik kepada ALLAH, derhaka kepada ibu bapa, dan sumpah yang palsu.

kredit untuk page hafizfirdaus.com

zaman sekarang ni isu derhaka bukan la sesuatu yang pelik pun. terlampau banyak kes yang melibatkan ibu bapa dan anak-anak. si anak sanggup menikam ibu bapanya, sanggup memukul semata untuk duit, sanggup memaki hamun semata kerana xdipedulikan kehendaknya. and most of it adalah mengenai harta. xde apa yang nak dipelikkan bila semakin ramai warga yang bergelar ibu bapa memenuhi rumah-rumah kebajikan walau masih ada anak-anak yang sewajibnya menjaga mereka.

yes!! hati sangat tersentuh bila melihat ada air jernih yang mengalir di tubir mata mereka tika aidilfitri menjelma, tika si ibu dan ayah lain diulit bahagia bersama anak-anak mereka. rasanya memang xterlintas di benak fikiran kudus mereka akan pengakhiran hidup di rumah kebajikan. suatu tika dulu di benak mereka hanya memikirkan  "akan ku asuh dia menjadi insan yang berguna, semoga dia akan menjaga kami di hari-hari tua kami nanti. semoga dia akan berterusan mengingati Mu Ya Rabbi"

agaknya apa yang ada di fikiran anak-anak masa tu ye yang sanggup biarkan si ibu dan ayah menangis disebabkan kita sendiri. yup aku xnafikan aku pernah nampak mak aku menangis. waktu tu mak kena sakit demam chikungunya. masa tu mak dah rasa sakit sangat sampaikan nak naik tangga pun sampai mengensot. then satu masa mak xtahan sangat, mak baring kat bilik belakang. dan masa tu la aku nampak mak menangis. terlampau hiba rasanya waktu tu dan si ayah berusaha memujuk si emak supaya bersabar.

aku bukan seorang yang pandai mengekspresikan kasih sayang. aku xpandai nak tunjukkan kasih sayang even aku tau aku sayang sangat-sangat kat mereka. mungkin juga ada ego disebalik semua tu, tapi persoalan nya kenapa harus ego?kan. 

"seorang ibu yang menangis dan seorang ayah yang termenung dalam konteks berinteraksi dengan anak lazimnya adalah isyarat bahawa mereka telah diderhakai"

sekali lagi kredit untuk page  hafizfirdaus.com

mungkin ramai anak-anak akan kata "eyh mak ngan ayah aku xpernah nangis sebab aku. diaorang selalu ceria and gembira je". tapi hakikatnya korang tau ke waktu-waktu dibelakang korang apa yang diaorang fikirkan. mungkin waktu anak-anak ada dia xnak tunjuk kesedihan tu even dia rasa disakiti sangat-sangat oleh si anak. tika itu rasanya hanyalah hati mereka yang menangis mengenangkan semuanya. tapi setelah anak-anak hilang dari pandangan mata mungkin terbit air jernih dari pelupuk mata mereka.

syukur alhamdulillah pada anak-anak yang mementingkan ibu bapa daripada kawan-kawan. walau kadang kala kawan-kawan itu yang banyak membantu tapi ingatlah jika kita hilang ibu atau ayah yang melahirkan kita, di mana agaknya hendak dicari ganti. xdo dah jual kat pasar malam tu. kat jualan lelong pun xdo. nak kejut balik suruh bangun dari kubur tu, ha memang gilo dah tu ha.

semoga anak-anak akan sentiasa memberi yang terbaik untuk ibu bapa mereka. walau sesibuk mana pun kita luangkan la sikit masa untuk kebahagiaan mereka. at least bila mereka gembira, pasti mereka akan mendoakan kita. dan ketahuilah bahawa doa mereka memang akan dimakbulkan. semoga masih ramai anak-anak yang diberi kesedaran untuk terus menyayangi ibu bapa mereka hingga akhir hayat.AMIN

my luvly mak and ayah ^_^
bersama adik beradik dan biras =)
p/s : tetibo nak emosi lak.hahaha

6 comments:

CikLaLA said...

saya sayang ibu ayah saya...

maisarah sarah said...

oh yeh..saya juga =)

azreen said...

saya p0n rasa em0si jugk..huhu.. :'(

maisarah sarah said...

haha jom emosi bersama2

Faaein Talip Roy said...

sedih.. pernah terbuat air mata emak itu mengalir.. sedih bila mengenangkan balik.. =(

sayangi mereka selama-lamanya..

maisarah sarah said...

xpe kak,asal dh insaf ok la.huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...