sebenarnya nak buat entry ni dari semalam ag.tapi terasa kemalasan berganda-ganda la pulak. so arini gagahkan jugak diri untuk buat entry ni.
ari rabu baru-baru ni aku gi pasar malam area bandar universiti ni.memang kebiasaan aku untuk berbelanja kat situ setiap kali pasar malam. dan memang mata aku sudah biasa disajikan dengan insan-insan yang meminta sedekah. ya xdinafikan mereka memang selalu ada disana untuk meraih sedikit pendapatan.
gambar ehsan incik google |
itu belum lagi aku merujuk pada bakul atau tabung yang diletakkan untuk membina rumah anak-anak yatim. juga bersepah disitu. tapi sebagai seorang insan yang kerdil lagi hina jangan la terlalu sombong sangat kan. maka sedikit sebanyak dikongsi bersama mereka juga. untung-untung leh tolong cover dosa-dosa kecik aku ^_^
tapi tetap perasaan ingin tahu tu tetap ada. haruslah kan.sekarang kan macam-macam sindiket ada. bila aku tengok je insan-insan yang kudung kakinya tu, otak aku laju je terfikir "dia orang ni sindiket ke pe.ramai sangat kat sini. ke dia orang ni jadi macam citer kasih alia tu. dipotong kaki nya dan dipaksa untuk meminta sedekah". jahat kan pemikiran aku ni. tapi xboleh dielakkan itula yang aku fikir dari mula aku nampak mereka-mereka tu sampai la aku balik ke rumah.
antara ramai-ramai tu aku respek pada pakcik yang buta tu .sebabnya walaupon dia buta dan meminta sedekah tapi ada juga sedikit usaha dari dia. sambil dia menadah bakul kecil, dia juga letakkan tisu untuk dijual. walaupun harga tisu itu mungkin dalam 30sen or 50 sen tapi atas usaha yang kecil itulah mungkin dapat membantu dia. tidak hanya semata-mata meminta kan.
kalau dekat tapah ada juga pakcik buta tapi bukan insan yang sama. dia cuba menampung hidup dengan menjual penyapu lidi dan barang-barang kraftangan yang dibuat sendiri. salute aku ngan pakcik tu. walau xde orang beli sekalipun tapi usaha dia tu pasti sedikit sebanyak akan di hargai oleh Yang Maha Esa.
selain tu, walau zaman sekarang makin banyak kekejaman dan orang yang bongkak tapi aku bersyukur. sebabnya aku dapat tengok masih ramai lagi rakyat malaysia yang pemurah dan baik hati. alhamdulillah. lebih-lebih lagi ramai anak-anak muda yang masih ada kesedaran untuk membantu golongan susah ini. ibu bapa juga aku lihat mengajar anak-anak kecil mereka untuk bersedekah. haruslah kan bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya.
juga gambar hiasan dari incik google |
p/s : entry aku kali ni agak panjang la plak. damn!!!!
4 comments:
selalu gak jumpe org mcam nie.. aku pon selalu terfikir bende yg same... biase la tu kan... tapi apa yg penting ikot hati kita, klu kita iklas, kita bagi je...dah blah dari situ takpayah dok pkr2 lgi.. ikot dia la, klu dia tipu itu urusan dia dengan Allah.. yg pnting niat kita iklas membantu..
tapi smpai umah kot dok terpikir.huhuhu concern betul aku ni.hehehe
Allah Maha Mengetahui...
itu sudah tentu iwanski =)
Post a Comment