Wednesday, December 11, 2013

my second nephew - ammar zikry ^_^

assalamualaikum

harini rasa macam malas bertingkek2.nak cari borang permohonan yang hilang tapi sebab xjumpa2 so marilah rest kejap.so aku nak share la sikit pic anak sedara aku yang nombor 2. lahir 10 september 2013 aritu kat ipoh.huhuhu tapi aku wonder la apasal baby masa kecik xsecomel masa dia dah sebulan keatas ek.

yang ni masa dia lahir 10.09.2013 ^_^
melepak-lepak la.apa lagi nak buat.hehe
dengan abang apiq.huhuhu
opah punya keje.hahhaa
auuww cak!!
action time =)
with ashu yg cute =p
di hospital :(
di hospital lagi 
sebenarnya baru2 ni anak sedara aku ni dok kat hospital.sebabnya dia ni jenis bila bernafas dada dia dok bunyi macam berdengkur.memula memang aku ingat dengkur rupanya bukan meyh.kahak dia tu dok sangkut kat dada.xtau la sebab sejuk ke ape.so doc suggest suruh amik neb 4 jam sekali kalo xsalah.then along aku request untuk masuk wad je sebab malas nak berulang ke hospital.

dengar x bunyi dia bernafas.macam dengkur kan?

so duduk la kat hospital tu dalam 4 hari. tadi baru keluar wad kata along aku.huhuhu masuk wad tu pun bukan sebab serius sangat sakit cuma nya nak mudahkan lagi je xpayah berulang.nasib baik dh keluar.nanti aku minggu ni je la nak jumpa ammar.

sabtu ngan ahad next week aku ada kursus kat pulau jerejak.next week lagi plak aku nak ke penang holiday ngan kawan-kawan.si ammar bulan 1 dah start dok ipoh balik.so minggu ni je la pun nak gomol2 dia.hehehe

so itu je la nak share.harapnya ammar dapat jadi anak yang soleh.dapat jadikan arwah ahmad ammar sebagai inspirasi untuk membantu ummah dan menjadi insan yang terdidik serta soleh.amin

p/s : ammar suka ngajuk mulut ngan lidah orang >_<

Friday, November 22, 2013

impak dari kisah allahyarham ahmad ammar bin ahmad azam

assalamualaikum

sejak 2,3 hari ni kisah mengenai adik ahmad ammar memenuhi ruangan media sosial samaada facebook, blog mahupun twitter. memang beruntung jadi ammar.kebaikan yang dia lakukan membuka banyak mata dan hati manusia. untungnya dia kerana kebaikan nya itu memberikan nya pahala yang berganda sehingga kiamat nanti.alhamdulillah

memang ramai yang terkesan dengan video tersebut.salah seorang nya dah tentulah aku.sejak aku tonton video tu, aku rasa aku ni serba serbi kekurangan.xlayak langsung nak dibandingkan dengan adik ammar walau sebesar biji sawi sekalipun.kerana tentu-tentu aku sendiri xdapat nak senaraikan apa kebajikan untuk ummah yang pernah aku lakukan.

semalam aku tidur dalam pukul 3.10 pagi.sebab kan hari ni jumaat so aku memang selalu tidur lambat.lepas dah siap2 baca al-mulk aku on kan radio dan terus tutup lampu.aku xboleh tidur dalam keadaan sunyi sebab aku risau ada dengar benda bukan-bukan.tapi kalau dah tertido xde hal la.so setiap malam memang aku on radio ikim sebab ada ngaji2 kan waktu2 gitu.

lepas baring and baca segala doa aku terlelap sendiri.mungkin sebab memang dah ngantuk.tetiba aku terjaga lebih kurang dalam 15-20 minit aku tido.aku terus banguun sebab dengar bunyi macam air mengalir (paip air umah aku rosak sikit). so aku bangun dan intai ikut tingkap sama ada hujan atau air paip tu.

lega sikit la sebab hujan yang turun.kalo air dari paip tu jawabnya pagi2 buta tu la aku kena keluar tutup main pipe.tapi sebenarnya masa dari aku terbangun tadi, jantung aku berdegup laju sangat.bukan xpernah jadi gitu, selalu je pun.dah kata bangun mengejut memang la.

sebelum-sebelum ni kalau aku terjaga gitu aku selalu rasa lain macam sikit and aku terus fikir ada benda xelok jadi.kira macam xsedap hati la.tapi lepas je aku tengok video adik ammar tu aku fikir lain.macam malam semalam la.masa jantung berdegup kencang tu aku cuma terfikir 'dah sampai masa aku ke?kenapa lain sangat rasa ni?aku dah nak mati ke?'. 

jujur masa tu aku takut.kalau nyawa aku diambil malam tu aku mungkin menyesal xsudah.rasanya solat taubat yang aku buat xpernah cukup.kerana bagi aku selagi taubat tu bukan taubat nasuha maka ia belum benar-benar bertaubat. ini pandangan aku.jangan korang salah faham pulak.

lepas terfikir gitu aku terus istighfar dan cuma tenangkan hati.lama-lama jadi ok dan aku xsedar bila aku terlelap.niat nak bertahajud dan solat hajat terkubur bersama ngantuk yang bertingkat-tingkat.


p/s : terima kasih untuk video tersebut.sejak aku tengok video tu malam-malam aku sebelum tidur diisi dengan bacaan surah al-mulk.walau malas sekalipun akan aku cuba ingat kebahagiaan ammar.aku juga mahu jadi seperti dia.insyaAllah amin.


Thursday, November 21, 2013

ahmad ammar bin ahmad azam insan istimewa

assalamualaikum

" sebelum tu aku nak minta maaf pada ibu bapa, keluarga dan sahabat-sahabat 
arwah ammar kerana ada gambar, status atau perkara yang berkaitan yang aku
ambil dan print screen untuk diletakkan di dalam entry kali ni.
izinkan aku ambil dan mohon dihalalkan."

kelmarin (18/11/13) aku terbaca status seorang sahabat facebook berpangkat adik.tapi dia punya kejayaan lebih dari aku.boleh usha blog dia dekat SINI .dia ada share pasal sorang student malaysia yang study kat turki.nama student tu AHMAD AMMAR BIN AHMAD AZAM berumur 20 tahun pada tahun ini (al-fatihah).arwah meninggal akibat kemalangan jalan raya sewaktu dalam perjalanan ke tempat pelajar-pelajar baru.




so aku nak tau gak la pasal apa kan.sebab budak yang share tu memang jenis share status2 yang berfaedah.bila aku bukak je link youtube tu, baru berapa minit aku tengok video tu terus menitik air mata aku.video tu seperti telah menjentik hati aku untuk tahu lebih lanjut lagi pasal adik ni.AHMAD AMMAR yang aku rasa sangat hebat dan istimewa.

so korang cekidaut dulu video ni ek.jap lagi aku sharing2 info yang aku baca [pause lagu background dulu ye].



so dah tengok video tu??apa macam?menitik air mata kan.macam tu la keadaan aku kelmarin.menangis xhenti aku bila video ni dimainkan.tambah-tambah masa start tunjuk jenazah dan urusan pengebumian.makin laju air mata menitik bila dengar khutbah dari penceramah terkenal turki tu.sesungguhnya dalam hidup kita ni tiada yang kebetulan.semuanya dirancang oleh Nya.

masa aku share video ni malam kelmarin ada berapa kerat je yang tengok.tapi bila aku online facebook pagi semalam (19/11/13) aku tengok berpuluh kawan-kawan aku share video ni.semuanya kata video ni memang menyentuh hati mereka.video yang membuatkan mereka menitiskan air mata walau xkenal siapa pun ahmad ammar.video yang buat mereka bersemangat nak menjadi seperti ammar.video yang buat mereka rasa untuk berubah.sama la juga dengan aku.diri ini merasai sama seperti apa yang mereka rasa. benarlah kata ayah ammar iaitu EN AHMAD AZAM BIN AB RAHMAN.

istimewanya arwah ammar
sungguh arwah sangat istimewa dan hebat. keistimewaan dia lebih terserlah selepas dia pergi bertemu Illahi.bukan sekali aku tonton video tu, tapi 3,4 kali dan setiap kali itu jugalah aku menangis.istimewa dan hebatnya arwah kerana disayangi ramai sahabat.dikebumikan pula di tanah perkuburan yang menempatkan sahabat-sahabat nabi, pahlawan dan tokoh ternama turki iaitu tanah perkuburan Eyub Sultan.beliau diberikan pengecualian oleh dato' bandar untuk dikebumikan disitu sekaligus menjadi rakyat malaysia pertama dikebumikan disitu.



dapat dilihat dari video tersebut bahawa ketika jenazah dibawa masuk kedalam masjid, ketika itu jugalah azan zohor berkumandang.berpusu-pusu saudara kita disana bersama-sama jenazah allahyarham.saudara-saudara seislam kita bukan sahaja dari malaysia malah rakyat turki, berebut-rebut mahu mengusung jenazah allahyarham untuk dibawa ke perkuburan.jenazahnya juga seakan-akan tidur kerana wajahnya yang masih berpeluh.jujur aku kata sebelum ini aku ada rasa takut semasa melihat mayat.tapi tidak semasa aku melihat jenazah arwah.berkali-kali aku tatap sehingga masa aku nak tidur semalam aku masih terbayang wajahnya.

aku paling tersentuh semasa khutbah yang disampaikan oleh penceramah ternama turki.memang menusuk sekali kata-kata dia.di awal muharam tersebut arwah berhijrah ke alam lain bertemu pencipta.tapi seperti kata-kata penceramah tersebut"tiada apa didunia ini yang kebetulan, semuanya yang terjadi telah dirancang oleh Allah yang sebaik-baik perancang" (aku olah sedikit ayat tersebut)


aku cemburu dengan nya.
jujur memang aku cemburu.arwah baru berusia 20 tahun tapi lihat saja apa yang telah dia lakukan.aku yang dah 23 tahun hidup kalau disuruh senaraikan 'apa yang aku sumbangkan pada ummah' mungkin aku tiada jawapannya.pelbagai misi kemanusiaan telah dia sertai termasuk di syria.sehingga dia mengatakan kepada sahabat nya bahawa dia mula jatuh cinta dengan bumi syam (syria) dan ingin syahid disitu.sahabat arwah juga mengatakan yang arwah bermimpi telah diberikan 'hadiah' oleh Allah di dalam mimpinya. mungkin dia telah berjumpa dengan bidadari syurga sehingga dia tidak lagi berpaling dan hanya terus kehadapan dalam urusan dakwah ini.

sahabat menggelarkan dia syahid yang tertangguh kerana dia bukan syahid di bumi syria, tempat dimana dia menghulurkan bantuan dan rasa cintanya.tapi dia meninggal di bumi turki, tempat dia menuntut ilmu Allah.ada aku terbaca sebelum kemalangan tersebut arwah telah bercakap dengan rakannya mengenai apa tajuk dakwah yang ingin disampaikan kepada pelajar baru.

semasa perjalanan nya ketempat junior mereka juga, dia sedang mendengar muzik ney dan sedang berpuasa sunat.didalam beg nya terdapat buku catatan yang telah dilakar isi-isi untuk penyampaian dakwahnya.tapi takdir Allah menentukan segalanya.




abah dan mak yang hebat
arwah mempunyai ibu bapa yang sangat istimewa.arwah dididik untuk menjadi anak yang akan membantu ummah.mereka mempersiapkan dia untuk ummah tapi Allah telah mempersiapkan arwah untuk Nya.sesungguhnya Allah kasih dan sayang pada arwah.

hebat kedua ibu bapa arwah ini.abahnya merupakan bekas presiden ABIM dan emak nya selalu bersama-sama turut serta dalam kerja-kerja kemanusiaan bersama abah.kata orang jika acuan baik, maka baik lah hasilnya.begitulah ammar, ibu ayah yang hebat melahirkan anak-anak yang hebat.

tabahnya kedua ibu bapa nya kerana saat mendapat khabar duka ini mereka masih mampu tersenyum dan masih mampu menenangkan orang lain.kerana mereka sedar bahawa anak itu adalah pinjaman semata-mata.tiada daya untuk melawan kerana memang telah Allah janjikan semua ini hanyalah pinjaman.

print screen dari keluarga


"abah, dunia ini untuk berjuang dan untuk penat, kita rehatlah bila mati nanti di syurga."






print screen dari sahabat-sahabat










print screen dari pelbagai page





so ini antara list yang korang boleh tengok dan baca.aku ada sertakan sekali fb ayah dan ibu arwah.korang boleh la klik dan baca.semuanya menceritakan keistimewaan dan kehebatan ahmad ammar.sama-sama lah kita berdoa semoga kita juga diberikan pengakhiran khusnul khotimah.doakan semoga arwah berbahagia disamping Allah.al-fatihah.

http://saifulislam.com/2013/11/ammar-antara-tadbir-insani-dan-takdir-ilahi/
http://cikmatahariku.blogspot.com/2013/11/kematian-yang-dicemburui.html
http://cikmatahariku.blogspot.com/2013/11/redha-allah-dan-redha-manusia.html
http://notakelana.blogspot.com/2013/11/inspirasi-di-eyup-camii.html?m=1
http://chedinsphere.blogspot.com/2013/11/al-fatihah-almarhum-ammar-dalam-kenangan.html
https://www.facebook.com/nur.azlina.54
https://www.facebook.com/ahmad.a.rahman.5
http://alinmarlini.com/ammar-dan-bidadari-syurga/

jujur aku tersentuh dengan video ini.seolah-olah isi didalam video ini telah memberikan satu pengajaran yang sangat besar dalam diri aku.aku jadikan ammar sebagai contoh untuk aku terus beramal kepada Allah kerana aku juga mahu pengakhiran yang khusnul hotimah sepertinya.kematian yang memberi kebahagiaan kepada ku dan orang lain.insyaAllah amin.

aku harap aku xkan pernah jemu untuk menonton video ini dan xpernah jemu untuk sentiasa istiqamah dalam segala apa yang aku lakukan terutamanya kearah kebaikan dunia dan akhirat.sesungguhnya ALLAH utuskan kisah allahyarham ahmad ammar sebagai petunjuk dan contoh kepada kita semua.sebagai anak muda yang masih lagi mentah tapi telah melakukan sesuatu yang amat bernilai dan tiada harganya.

jika arwah ammar yang baru berumur 20 tahun boleh menjadi matang dalam kehidupan ini mengapa tidak kita yang lebih berusia dari dia.aku yang berumur 23 tahun ini masih terkial-kial dalam mencari erti hidup tapi dia telah berbahagia disamping penciptaNya.

"Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian.Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun...Kerana itulah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini"   

adik ahmad ammar bin ahmad azam.aku tahu kamu sedang berbahagia bersama pencipta Mu.terima kasih kerana diatas dakwah adik ini, telah membuka banyak mata dan hati manusia.bertuahnya menjadi dirimu dan bertuah juga ibu bapamu mempunyai anak sepertimu.aku doakan semoga kita bertemu di 'sana' nanti dan andai saja adik boleh doakan untuk kami, agar kami juga menjadi sepertimu. istiqamah dalam melaksanakan ibadah tanpa mengenal erti penat.sampaikan salam kami kepada penghuni syurga, juga kepada Rasulullah SAW.semoga suatu hari nanti kita dapat bersama-sama di syurga Allah.insyaAllah amin. #al-fatihah

maaf jika ada info yang salah didalam entry aku kali ni.ada sebahagian yang aku tambah kan ayat nya mengikut fahaman aku.so mungkin tersalah info tersebut.mohon dimaafkan segala khilaf

Friday, November 15, 2013

bakal suami, nak request boleh?

assalamualaikum

hari ni dah jumaat.maknanya jap lagi marilah merempit balik ke kampung halaman.huhuhu cuaca pulak nampaknya sayu je ni.jangan la hujan time aku balik jap ag.pleasee

eh tajuk entry khas untuk bakal suami kitew la *pang sekali* buat masa ni bakal suami aku belum diketahui lagi siapa.sebabnya aku belum ada calon lagi la.al maklum lah teman ni mana pernah bercinta.diri pun xberapa nak cun.miahahah buat ayat sedih pulak kan.

ok lah actually just nak minta something kat bakal suami nanti.rasanya xde la keterlaluan tapi memerlukan effort untuk menyimpan duit la supaya permintaan ni berjaya dipenuhi. aku nak minta supaya salah satu hantaran kahwin atau hadiah kahwin nanti adalah pakej mengerjakan umrah. pakej tu pulak dah tentulah termasuk bakal suami ku yang tidak ku ketahui itu.ekekeke

sebenarnya ada sebab aku minta macam tu. sebelum ni aku pernah post entry pasal kehadiran mahram untuk mengerjakan umrah.korang boleh baca dekat entry ni .jadi disebabkan kena ada mahram maka aku nak la ajak suami kan.maybe tu la yang paling sesuai nak bawak pun.

tapi kan aku rasa even korang xminta macam tu pun, mesti la korang ada simpan niat nak sama-sama ke mekah dengan suami kan.tak kan xde kot.aku rasa itu la tempat yang paling cantik sekali nak berhoneymoon or habiskan masa.dok depan rumah Allah bersama pasangan, sama-sama berdoa depan kaabah tu.perghhh best kot.

so atas permintaan tersebut maka perlulah bakal suami ku nanti menyimpan duit lebih sikit selain duit untuk kawen.jangan risau la, aku pun simpan la gak duit untuk tiket aku.cumanya kalau xcukup tolong la topup sikit-sikit  >_< harapnya boleh la ye bakal suami ku.ececeh

aku pernah terbaca satu kisah dekat facebook.dia kata jangan risau pasal xde duit untuk mengerjakan umrah. niatkan betul-betul dalam hati yang kita nak mengerjakan umrah. pasal kewangan tu jangan terlalu risau.istiqamah dalam hati, doakan supaya tercapai niat tu disetiap waktu solat, ditambah lagi dengan doa semasa solat tahajud, hajat dan taubat.insyaAllah akan tercapai hasrat kita tu.yang penting ISTIQAMAH.


so bakal suami jangan risau sangat ok.janji pasang niat dulu.insyaAllah dipermudahkan segalanya.akhir sekali terima kasih bakal suami =)

p/s : kurniakan aku suami yang telah kau takdirkan untuk ku dan biarlah dia mencintaiMU lebih dari aku.cewah!

Tuesday, October 22, 2013

pejabat kena pecah masuk.sampai hati perompak tu :'(

assalamualaikum

nak bagitau cerita sedih ni weh.sedih dan terkilan sebenarnya.huwaaaa pada pagi isnin bersamaan 21.10.2013 ketika member sepejabat sampai di pejabat, keadaanya sangat mengejutkan *ewah ayat cantik punya* rupanya ofis kitaorang kena pecah masuk da.xtau la kejadian jadi hari sabtu atau ahad.tapi kitaorang anggarkan hari sabtu sebab masa tu hujan lebat sangat dan xde orang lalu-lalang dekat area pejabat.

masa aku dapat mesej dari member ofis, aku dah bajet aku kena prank ngan diaorang.tapi bila fikir balik, diaorang xpenah buat gurau kasar macam ni. terus aku merempit laju-laju sebab nak sampai ofis cepat. bila sampai je aku tengok one of my officemate dah dok kat tingkat bawah (pejabat aku tingkat atas). aku tanya la mana yang lain.dia kata bebudak ni gi buat report polis.

bila naik tu memang agak terkejut la kan.sebab selama ni aku xpernah sangka yang ofis kitaorang akan dipecah masuk sampai macam tu. walaupun sebenarnya ofis aku ni xde barang berharga tapi risau jugak la.kesan kena punggah tu pun xbanyak sangat berbanding masa pejabat teluk intan kena pecah masuk.

kertas-kertas kat meja aku pun xde bersepah sangat.kira macam dia bawak keluar pastu selak2 gitu je la.bak kata polis tu pencuri ni xberapa profesional sangat.sebab dia aim lappy ngan hard disk je. anggaran pencuri ni dalam 2-3 orang. bila polis datang pun dia xleh nak trace sangat sebab dia pakai sarung tangan. kat pintu tu ada la kesan kain sarung tangan tu kan. well itu benda basic kot kalau nak mencuri.dalam tv dah selalu tunjuk kan.orang pun dah tau.polis kena ada advance tools untuk trace cap jari lepas ni.hehe

keadaan meja yang kena punggah
so keadaan ofis sebenarnya xde la teruk mana.sabor je la.kan xpasal2 je nak ngabis duit. owh lupa nak bagitau barang-barang yang hilang. antara barang yang hilang adalah 1 laptop dan 2 note book serta 3 hard disk dan juga sedikit wang tunai. semuanya milik kawan-kawan aku. lappy dan note book tu milik peribadi ye  kawan-kawan.hard disk je milik company.

so agak terkilan gak la.sebab member-member yang hilang barang tu semua nya ada kerja yang melambak untuk diselesaikan.member-member aku tu dah ada yang nangis, yang menyumpah pun ada jugak.bangang abadi pencuri nih.dia ingat ape, kawan-kawan aku tu beli barang pakai pasir tepi jalan agaknya yang senang-senang pencuri tu nak amik. pencuri tu ingat diaorang je nak pakai duit ke pe.usaha sendiri la woi.jangan nak susahkan orang.

masa polis buat siasatan.kena blur kan sebab procedure.huhu

binawe punya penyamun. ketua unit kitaorang dah buat spekulasi yang ada unsur sabotaj dalam kes ni.sebab bukan setakat di utara sahaja malahan di sarawak dan zon selatan juga ada kes pecah masuk ni.

tapi aku punya kesimpulan budak-budak yang mencuri ni naik motor je sebab tu dia xrembat benda besar-besar.sekarang ni aku bertawakal je la masa kunci pejabat ni.harap-harap xde lagi kes pecah masuk ni berlaku.

disebabkan kes pecah masuk ni, aku jadi xlena tidur. dok berjaga 3,4 pagi pastu dengar bunyi moto.buat aku terbayang macam-macam.risau kalau2 masuk rumah pulak.dalam masa yang sama aku dok risau keadaan ofis nih.takut dia return untuk kali kedua pulak kan.jangan la weh.seram!!

so diharapkan xde lagi la kejadian pecah masuk jadi kat ofis aku ni.usaha la wei kalo nak duit.yang gi pecah masuk ofis orang pastu rembat harta orang lain wat mende.xhalal hidup kau tau x.jangan sampai nanti tangan, kaki ngan anggota2 lain ko tu jadi cacat baru nak tau erti penyesalan.doa-doa orang teraniaya ni cepat makbulnya.moga kalau2 ada terbaca tu minta maaf la kat kitaorang ni.

p/s : ada rasa sedikit trauma. baru la aku tau perasaan akak aku jadi mangsa ragut

Friday, October 18, 2013

demi mak dan ammar aku turutkan.ekekeke

assalamualaikum

petang ni aku busy sikit.bukan busy buat keje.kerja-kerja yang urgent semua aku dah siapkan pagi tadi.dah siap masuk sampul dan dipos kan.hehe aku busy mencari resepi puding kastard jagung. mak request suruh buat puding tu untuk majlis naik buai anak sedara aku esok. dia nak jamu orang marhaban katanya.geng-geng dia jugak la tu.huhu

semuanya gara-gara aku buat puding trifle masa raya hari tu. aku saje-saje je buat nak jamu kawan-kawan akak aku.sebab angah aku buat open house untuk kawan-kawan dia. petang-petang sikit mak pulak makan puding tu.mak kata sedap pastu xde muak sangat. second time aku buat double layer je tanpa kek.sebab malas nak carik.mak kata xberapa sedap.sentap ai tau T_T tapi kejap je sentap sebab memang xberapa sedap pun.muak!

so disebabkan esok nak buat majlis untuk ammar makanya pagi lagi mak dah call tanya macam-macam. makanya mengoogle la aku resepi puding kastard jagung ha. kalo ikutkan memang la senang sesangat nak buat nya.tapi aku ni kalo bab menjamu orang aku xconfident sangat.

kalau mak, dia jenis yang rasa ok, nampak macam sedap pun kira okla. kalo aku ni walau rasa ok tapi kalo xberapa cantik aku segan nak bagi kat orang.haha bila aku usha blog2 yang share resepi tu tadi aku tengok ada yang puding yang jadi cantik terbentuk, ada pulak yang macam hancur-hancur sikit. tu yang buat aku risau terlebih tu.

kalau boleh aku nak puding aku tu jadi cantik licin je pastu terbentuk dan mudah nak potong.baru la orang selera nak makan kan.dan baru la aku confident nak buat lagi lain kali =p

nak yang macam ni.cantik je bentuknya
yang ni ok je.tapi dia macam xterbentuk sangat.huhu
so just wish me luck je la supaya aku dapat buat puding tu jadi sedap, cantik dan menyelerakan *bajet macam susah sangat kan* bukan apa, orang kalo kalo nak jamu tetamu tu biarla nampak ikhlas nya kan.kalo hidangan tu xberapa comel apa pulak orang fikir nanti kan.huhu ok la aku nak siap-siap. kejap lagi nak rempit balik kampung.ahaks bajet macam jauh je kampung aku tu.sejam je pun perjalanan xoxo

p/s : kemalasan berganda-ganda

Wednesday, October 16, 2013

assalamualaikum

kemain lama lagi aku xupdate blog kan.last update hujung bulan 8 masa bos kecik pindah opis.ekekeke ampunkan saya penunggu gua. bukan apa, aku selalu je bukak blog ni tapi aku gi dashboard dan baca blog orang.pastu bila dah tekan new post aku biar dulu and main facebook lak.leka dengan facebook yang diselang seli dengan keje opis ni makanya teruslah lupa nak update blog.bila nak update tengok2 dah waktu balik.maka sign out je la jawabnya =p

alhamdulillah tahun ni ada rezeki lebih. tahun lepas aku join korban guna duit hasil aku berniaga vco, tahun ni aku guna duit bonus yang xhabis lagi. aku punya bahagian korban hari ni baru diaorang buat. tapi aku xbalik pun.raya semalam pun aku ada je berkampung kat rumah sewa. bukan xmau balik tapi aku baru je balik dari kampung pagi isnin.terus je masuk ofis pastu lepak-lepak kat rumah je.nanti jumaat balik kampung balik.xde nak hairan sangat la.sejam je pun dari rumah sewa aku nak ke kampung.hehe

so last week birthday aku.alhamdulillah bilangan angka bertambah tapi usia makin berkurang.sebab orang kata makin kita tua makin kurang sebenarnya usia kita. tapi sedih sikit la sebab orang yang aku tunggu2 untuk wish birthday xde pun wish.hurmm xpe la.mak ngan ayah pun xde wish tp tu xkisah sangat.yang terkilan bila budak tu xwish T_T tidak mengapalah ku redha.muahaha

eh sudah lah dah waktu balik keje.idea nak menaip pun terus hilang.hahaha ngantuk sebenarnya ni.semalam tidur pukul 3 pagi pastu bangun awal pulak.ahaks so till here then xoxo

alolo comelnya :p
p/s : selamat hari raya korban


Thursday, August 29, 2013

bos kecik dah pindah :'(

assalamualaikum

pertama sekali nak ucap selamat hari raya maaf zahir batin.hari ni dah masuk 22 syawal dah pun.tinggal lagi 8 hari je nak sambut raya.tapi aku baru nak wish kat korang kan.hehehe sorry sangat-sangat.lately rasa macam malas je nak menaip.tengah aku rajin nak menaip pulak, ada je keje kena buat.so ni aku try la nak buat entry ni sampai habis dan xbiarkan bersawang di draft.

sebenarnya aku cuma nak kongsi yang bos kecik opis aku dah pindah officially today. first aku panggil bos kecik sebab dia adalah ketua pejabat opis aku.bos besar untuk zon utara ada dekat teluk intan. tambah pulak saiz bos aku tu memang kecik comel je.hahaha

dia pindah sebab dah dapat kerja yang lebih menjamin masa depan. lapor diri 2 september nanti.kalo ikutkan dia kerja sampai ujung bulan ni.tapi hari ni ngan esok dia ambik cuti. ok la tu kan.xpayah la nak rajin sangat keje sampai ujung bulan betul2.dahla dia nak gerak ke ganu ngan pahang lagi.

sedih jugak la dia nak pindah ni.sebabnya dah 2 tahun lebih kot ofis ni bukak.dari bukak ofis ni kitaorang sama-sama ada.mau nya aku xsedih.even aku xde la rajin sangat bersembang ngan dia kan.tapi aku nak listkan antara sebab dia disayangi dan disukai oleh kakitangan pejabat PCSI.

  • bos yang terlalu sporting sebab jenis boleh ajak bergurau dan bersembang.
  • tidak terlalu tegas dengan kakitangan janji kerja mesti siap.
  • tidak berkira dengan orang lain even pasal beli barang2 pejabat.
  • selalu backup kakitangan opis.janji mesti bagitau kat dia apa yang jadi.
  • selalu tolong aku uruskan kerja pentadbiran.
  • senang nak berurusan dengan dia.even student uitm pun ramai yang datang minta maklumat kat dia.
aku paling touching waktu dia kata "jatuh bangun pejabat ni kita sama-sama.so jaga la pejabat ni.jangan jadi macam pejabat-pejabat lain.harap lepas saya pindah nanti xnak la dengar citer kata staf pejabat ni gaduh ke pe". serius masa tu macam alahai sebaknya. owh before lupa.korang boleh usha antara staf pejabat aku dekat link (mereka semua sempoi). cumanya sekarang ni dah bertambah lagi 3 orang staf dan staf lama ada sorang yang keluar.

next time aku citer la pasal staf2 yang baru tu. semalam pulak en khairil belanja kitaorang semua makan kat nasi ayam penyet ap sempena bos nak pindah.so aku share sikit la pic kat sini.tapi sebenarnya pic ni aku amik dr facebook budak opis aku.hehehe

yang baju kelabu tu lak en bos kitaorang
ni antara kakitangan pejabat kiraorang.xramai ada 8 orang je pun.lepas ni tinggal 7 je la
yang baju merah hujung tu la en khairil akak abg long.ekeke sbb dia paling tua kot
sementara nak order makanan dan minuman
sementara menunggu order sampai
keadaan bila makanan dah habis dihadap.hahaha
muka yang ceria sikit sebab dah kenyang :)
okeh so itu je la pic yang ada untuk dikongsi.hopefully bos akan lebih sukses di tempat baru.mana la tau kot2 nanti dapat anugerah cemerlang ke pulak kan.hehehe nanti kalo gi terengganu ke maran ke boleh la kawtim2 suruh belanja kot.muahaha xkisah la.janji semua nya berjalan lancar.kot2 nak makan nasi minyak pun ok gak.boleh buat rombongan cik bedah gi terengganu nanti.sambil2 holiday.kan3 hehehe


p/s : semoga anda2 semua bergembira sentiasa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...