Friday, November 22, 2013

impak dari kisah allahyarham ahmad ammar bin ahmad azam

assalamualaikum

sejak 2,3 hari ni kisah mengenai adik ahmad ammar memenuhi ruangan media sosial samaada facebook, blog mahupun twitter. memang beruntung jadi ammar.kebaikan yang dia lakukan membuka banyak mata dan hati manusia. untungnya dia kerana kebaikan nya itu memberikan nya pahala yang berganda sehingga kiamat nanti.alhamdulillah

memang ramai yang terkesan dengan video tersebut.salah seorang nya dah tentulah aku.sejak aku tonton video tu, aku rasa aku ni serba serbi kekurangan.xlayak langsung nak dibandingkan dengan adik ammar walau sebesar biji sawi sekalipun.kerana tentu-tentu aku sendiri xdapat nak senaraikan apa kebajikan untuk ummah yang pernah aku lakukan.

semalam aku tidur dalam pukul 3.10 pagi.sebab kan hari ni jumaat so aku memang selalu tidur lambat.lepas dah siap2 baca al-mulk aku on kan radio dan terus tutup lampu.aku xboleh tidur dalam keadaan sunyi sebab aku risau ada dengar benda bukan-bukan.tapi kalau dah tertido xde hal la.so setiap malam memang aku on radio ikim sebab ada ngaji2 kan waktu2 gitu.

lepas baring and baca segala doa aku terlelap sendiri.mungkin sebab memang dah ngantuk.tetiba aku terjaga lebih kurang dalam 15-20 minit aku tido.aku terus banguun sebab dengar bunyi macam air mengalir (paip air umah aku rosak sikit). so aku bangun dan intai ikut tingkap sama ada hujan atau air paip tu.

lega sikit la sebab hujan yang turun.kalo air dari paip tu jawabnya pagi2 buta tu la aku kena keluar tutup main pipe.tapi sebenarnya masa dari aku terbangun tadi, jantung aku berdegup laju sangat.bukan xpernah jadi gitu, selalu je pun.dah kata bangun mengejut memang la.

sebelum-sebelum ni kalau aku terjaga gitu aku selalu rasa lain macam sikit and aku terus fikir ada benda xelok jadi.kira macam xsedap hati la.tapi lepas je aku tengok video adik ammar tu aku fikir lain.macam malam semalam la.masa jantung berdegup kencang tu aku cuma terfikir 'dah sampai masa aku ke?kenapa lain sangat rasa ni?aku dah nak mati ke?'. 

jujur masa tu aku takut.kalau nyawa aku diambil malam tu aku mungkin menyesal xsudah.rasanya solat taubat yang aku buat xpernah cukup.kerana bagi aku selagi taubat tu bukan taubat nasuha maka ia belum benar-benar bertaubat. ini pandangan aku.jangan korang salah faham pulak.

lepas terfikir gitu aku terus istighfar dan cuma tenangkan hati.lama-lama jadi ok dan aku xsedar bila aku terlelap.niat nak bertahajud dan solat hajat terkubur bersama ngantuk yang bertingkat-tingkat.


p/s : terima kasih untuk video tersebut.sejak aku tengok video tu malam-malam aku sebelum tidur diisi dengan bacaan surah al-mulk.walau malas sekalipun akan aku cuba ingat kebahagiaan ammar.aku juga mahu jadi seperti dia.insyaAllah amin.


6 comments:

Kenari Putih said...

Ye. Ramaimyg terharu dan terkesan dgn arwah Ammar. Sy suka semua yg awak telah kongsikan tentang Ammar. Ammar insan didikan ayahanda dan bondanya yg begiitu terancang dan berkesan. Moga kita juga boleh memberindidikan utk anak2 kita moga mereka bijaksana dan solehah spt Ammar.

Anonymous said...

Aamiin Allahumma aamiin. Syukran jazilan kerna berkongsi.

Anonymous said...

Moga Allah kabulkan cita2 adikku untuk menunaikan Umrah aamiin Allahumma aamiin.
Bila kita dah tanamkan niat. Berusaha untuk siapkan diri berangkat menjadi tetamu Allah SWT.
Tu yg terjadi pd akak. Tanam niat tahun 2012 yg lalu alhamdulilah bulan March 2013, 6-16 March telah Allah kabulkan dan kini niat untuk menunaikan Haji doakan akak gak ye adikku :)
Syukran jazilan. Jazakallahu khairan kathiran.

maisarah sarah said...

kenari putih : terima kasih.menaip sambil emo so ayat pening2 sikit.tapi memang saya xberapa pandai mengarang ayat pn.huhu semoga kisah nya jadi inspirasi pada kita semua.amin

anon: thanks singgah sini =)

maisarah sarah said...

anon : amin.thanks akak.seronoknya dh dapat gi umrah.tapi doakan jugak jodoh kita cepat sampai.baru la ada mahram nak ajak gi umrah.hehe :p

Durrah safiyyah said...

nice sharing☺

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...