~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Friday, June 7, 2013

umrah mesti ada mahram :(

assalamualaikum

sebenarnya dah lama dah aku tau pasal hal ni. pakcik aku dok bagitau masa dia balik kampung ritu. aku ingatkan benda ni xdiwajibkan lagi. lepas tu tadi terbaca status dari seorang kawan fb aku pasal trip untuk umrah ni. dia tulis kalau wanita yang umur 45 tahun ke bawah kena pergi bersama mahram. maka nya laju-laju la aku gi google.

keputusan nya adalah bermula dari tahun 2013 segala urusan untuk umrah hendaklah dilakukan bersama mahram. jika mahram tiada walaupun segala urusan telah dibuat, potensi untuk tidak mendapat visa adalah tinggi. tapi ini hanyalah untuk wanita yang berumur 45 tahun ke bawah. jika mereka berumur 45 tahun ke atas mereka boleh menggunakan ' tumpang mahram'. maklumat pasal ini dah dikeluarkan oleh Dato Seri Jamil Khir Baharom. boleh lihat artikel nya di SINI

lepas tu aku google pulak senarai mahram yang boleh ikut serta. maklum je lah aku ni bukan pandai sangat bab-bab ni. yang aku tau mahram ni ada ramai jugak tapi yang aku tau sikit je. so bila google maka keluar lah senarai seperti di bawah.


selain dari tu aku ada jugak baca pasal maksud mahram dan huraian lanjut mengenai mahram ni. rasanya info dari blog tu memang berbaloi sangat. jelas penjelasan yang dia bagi. boleh tengok dekat syahirul.com dan juga fiqh-sunnah. so boleh lah kawan-kawan dapatkan sedikit info dari blog mereka. kalau masih kurang jelas boleh lah berjumpa dengan pakar seperti ustaz dan ustazah.

jadi di sini aku nak bagitau kekecewaan aku jugak la. sebab nya adik beradik aku semua nya perempuan. kalau kata satu hari nanti aku nak pergi umrah aku kena cari mahram kan. nak bawak ayah pun dia xberapa nak sihat. nak bawak atok memang xde dah la. dua-dua atok aku dah xde. kalau anak sedara lagi la xboleh sebab dia baru 4 tahun je tahun 2013 ni. kalau suami pun sekarang mana ada lagi. sebab calon pun belum ada =p

tapi nampaknya cara terdekat adalah suami. adakah ini bermakna aku kena kahwin cepat-cepat.muahaha. ok stop!kalau nak ajak pakcik pun masing2 dah ada family dan aku ni jenis segan sikit. tapi maybe next time boleh kot kawtim ngan pakcik aku. kena jugak la kawtim ngan diaorang.

eh tapi kan aku rasa cara paling mudah adalah pergi dengan suami. haih, kena cari suami cepat-cepat la jawabnya ni. duhai suami....dimana dikau segeralah bertemu denganku.eceh pang sekali baru tau.hahaha
anyway aku rasa semua orang ada simpan harapan nak jejak kaki ke mekah kan. memang xsemua mampu tapi niat tu mesti ada jugak.

macam aku ni ha duit gaji bulan-bulan dapat.tapi menyimpan sikit2 je. aritu ingat duit jual vco tu nak kumpul buat gi umrah tapi aku guna dulu untuk masuk korban tahun lepas. xpe la korban tu pun salah satu yang dituntut kan. untuk umrah ni aku akan cuba maintain simpan duit semula. semoga harapan dan niat kita semua untuk mengerjakan umrah dan haji akan tercapai.amin

p/s : bakal suami!jom gi umrah. kalau pakej termasuk dalam hantaran lagi ok =)

2 comments:

Anonymous said...

Sy pn nk kene cri en.somi gk ni

maisarah sarah said...

anon : mari la sama2 doa cepat dpt suami.ahaks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...