~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Friday, August 10, 2012

dimana etika berurusniaga??

assalamualaikum

salam fasa ke 3 ramadhan.semoga puasa kita diterima dengan baik oleh Nya. tu dia area umah sewa aku dok berdentum dentam budak2 main mercun.meriah weh.hahaha

back to the topic.sekarang ni banyak sangat orang meniaga barangan secara online.xkira la buku ke, baju,kasut semua2 la.termasuk la aku kan.orait!bagi aku kalau dah nama nak meniaga ni xkisah la online or offline sekali pun etika tu kena la jaga kan.tapi yang aku nak story ni more to online business.

baru2 ni aku ada terbaca pasal business online dari lazada kot dan zalora.ramai rupanya yang komplen pasal diaorang punya service walaupun zalora tu siap dok beriklan dalam tv bagai.aku pun aritu saje usha2 website zalora tu tapi xde beli pun.mahal kemain.hehe

xmau citer pasal zalora ngan lazada tapi aku nak citer ada satu company yang jual buku2 motivasi dan lain2. 25/7 yang lepas aku ada order buku dari company arrazi network kalau xsilap.aku order buku Smile by irma hasmi, bagaikan khadijah di hati rasulullah dengan buku cinta meraikan kasih di langit syurga.

aku xtau la memang service dia lambat ke pe kan.dia reply email aku pada 27/7. ok la xde hal settle semua aku pun bank in la duit maghrib tu jugak.lepas dari berbuka puasa.then aku tersalah email details.sebab sepatutnya kena reply je email dia bagi tu and masukkan details tapi aku gi buat email lain.

itu pun xkisah sangat la.lepas tu diaorang reply email aku tu pada 30/7 dengan hanya tulis "salam hormat.pembayaran diterima. terima kasih ". aku masa tu dah macam rasa xkan la itu je dia balas.xde ke nak bagitau postage jalan bila ke, details lain2 ke.xkan la itu je kan.ok fine!aku pun let go je la.biar kan je sampai aku sendiri terlupa.

petang 3/8 tu aku teringat yang aku ada order buku and guna alamat kat kampung untuk postage.terus call mak aku laju2 tanya ada x poslaju datang umah.mak jawab xde pun.call plak akak aku sebab kadang2 brother poslaju tu anta kat opis dia.akak aku pun kata xde.aihh bikin gua bengang nih.

terus aku mesej kat nombor yang ada dalam website tu.ok sangat hampeh sebab dia xreply.call pulak tapi xberjawab juge.dah bertambah angin dalam badan aku masa tu.try buka page fb dia and tanya.dia reply tapi dia suruh bagi nama penuh.bila aku bagitau xde lak dia komen balik.wah gitu kan.berapi je aku.


alih2 6/8 selepas dekat seminggu aku buat pembayaran dia boleh email kat aku macam ni :

Assalamu'alaikum dan salam hormat buat saudara - saudara sekalian.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa.



Pertamanya,  kami memohon kemaafan atas kelewatan untuk membuat penghantaran naskah - SMILE.  Akibat permintaan tinggi,  maka pihak kami baharu sahaja mendapat stok baru.  Itupun dalam kuantiti yang masih tidak mencukupi berbanding jumlah yang kami pesan.
InsyaAllah,  kami akan usahakan untuk selesaikan kesemua tempahan dalam minggu ini.



Kedua - Kepada anda yang membuat tempahan tetapi masih belum membuat pembayaran.  Sila berbuat demikian,  sila rujuk emel dari - sales.




#  JANGAN membalas mesej /  emel ini.  Sebarang soalan, pertanyaan dan sebarang perkara berbangkit - sila gunakan EMEL BARU.  Sebarang pertanyaan yang menggunakan emel ini TIDAK AKAN DILAYAN.



TERIMA KASIH atas pembelian anda menerusi AR RAZI NETWORK - http://www.arrazi.my

agak2 korang angin x kalau dapat email macam tu lepas dah seminggu ko buat bayaran.aku masa baca email tu rasa macam nak sembur je orang2 tu.nasib baik teringat bulan puasa.aku memang bengang sangat baca email tu tambah2 bahagian kedua tu.

bagi aku kalau dah tau stok xcukup xpayah la bukak order lagi.mention kan dekat situ stok belum ada.xde la orang sibuk2 nak order pehtu kena tunggu berzaman.orang order online sebab nak cepat.kalo tau baik aku gi cari kat MPH je lagi senang.

pehtu boleh plak suruh yang tempah tu buat bayaran.hadoi yang dah bayar pun xdapat lagi ko nak minta pulak duit orang yang tempah.kasi settle satu2 la der.

aku rasa buku tu still xsampai kat umah aku lagi sebab mak aku xde call pun.aku faham la kalau stok xde tapi xboleh ke mention awal2.xkan la customer dah bebel2 baru ko nak amik tindakan.kang mula la kata kita ni berlagak la cerewet la.aihhh

niat aku buat entry ni bukan nak tutup/sekat periuk nasi diaorang.aku xkan buat macam tu sebab aku sendiri pun buat bisnes kecik2.aku tau macam mana rasa bila customer dok desak2 kita.tapi ni just luahan aku je sebagai customer.apa2 pun kalau kita xmampu nak adakan benda tu just inform awal2.jangan expect semua orang boleh terima keadaan tu.bisnes tetap bisnes tapi hati customer kena jaga.kalo customer lari kita jugak yang susah kan.

so walau apa pun bagi yang nak membeli tu, sila semak betul2 maklumat yang ada kaitan.dan bagi yang menjual pulak diharap lebih beretika ketika berurusan dengan customer. customer always right kan?

p/s : maaf pada pihak ar-razi kalo terasa.tapi ini luahan as a customer :)

dah kenapa pulak background blog aku ni,haha

6 comments:

Hans said...

betul tu
patut tulis sold out jer dkt buku tu

maisarah sarah said...

hah yang lagi terbaik yg sampai baru2 ni satu buku je.lagi dua xsampai2.

bila call suara org tido.grrr bengang giler

Hans said...

hahaha
sabo2

Kit Perunding dan Unit Latihan said...
This comment has been removed by the author.
Zamri Mohamad said...

Assalamualaikum wbt

Saya Zamri Bin Mohamad, penulis buku dalam tajuk yang diberi.

Saya meneliti apa yang terkandung dalam blog ini dan terkesan situasi ini.

Pada pihak penulis, saya mohon maaf kerana Cik Puan melalui kesukaran mendapatkan maklum balas tentang penghantaran karya tersebut.

Selaku penulis, dalam daya yang kecil dan terhad, sudah tentu mahu menggembirakan hati pembacanya.

Sudikah Cik Puan yang dikasihi Allah dan disayangi Nabi ini menerima buku saya berjudul Semurni Kasih Adam Seutuh Cinta Hawa daripada saya sementara menunggu kiriman buku-buku lain itu?

Mohon emelkan nama, nombor fon dan alamat, Insya Allah, saya usahakan penghantaran buku itu sebagai tanda memohon maaf daripada penulis.

maisarah sarah said...

wsalam en zamri

saya telah menerima buku yang ditempah cuma sedikit terkilan kerana ada kesilapan dalam penghantaran buku yang ditempah.

tapi xmengapa kerana saya telah dapat refund saya kembali.

jadi saya hanya ingin bertanya adakah buku itu masih ingin diberikan pada saya kerana saya telah mendapat kiriman buku saya

maaf saya tiada alamat email tuan.nama tuan di link kan pada fb saje

tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...