~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Friday, August 17, 2012

gelagat di bulan ramadan #2

assalamualaikum

salam akhir ramadhan kawan2.kejap je rasanya ramadhan nak habis.kalo ikut kelendar kuda ni ahad dah pun raya.hurmmm harapnya ada lah peluang lagi bertemu ramadhan tahun hadapan.

dalam sibuk2 mood raya ni aku nak tanya gak kat korang.zakat dah bayar??hehe dah akhir2 ramadhan dah ni.so pada yang memang wajib bayar zakat tu jangan la buat2 lupa pulak.sebab aku terdengar aritu even student pun tapi dia ada harta yang melebihi keperluan dia maka dia pun kena bayar zakat.

alkisah nya aku ada la jugak pengalaman untuk bayar zakat ni.aku start keje 03.05.2011 so maknanya tahun lepas aku dah memang patut la bayar zakat kan.tapi aku boleh xtahu yang aku kena bayar zakat.memang tiap2 tahun ayah aku bayarkan untuk kitaorang adik beradik melainkan yang dah kawen.

so tahun lepas sebelum raya aku still kena jaga opis gak.ari ahad kalau xsilap, aku dok tengah masak tu sambil pasang siaran ihya ramadhan by ustaz don.memula dengar sambil lalu je ustaz don cakap.tapi bila dia mention kata yang dah kerja wajib bayar zakat.terus lari cepat2 dok depan tv.elok plak ustaz don ulang balik ayat dia >_<

aku dah tau tu terus masak cepat2 then berkejar ke param (pasar ramadhan). aku memang selalu nampak ada pakcik makcik tu dok sana untuk mudahkan org bayar zakat.so first target gi param aritu sebab nak bayar zakat.agak ramai jugak la masa tu.

makcik tu pun tengok aku mcm cuak dia tanya aku pertama kali ke bayar zakat.then sembang2 la kejap dan teruskan kewajipan bayar zakat.balik umah cakap kat akak aku.dia kata memang la kalo keje kena bayar zakat.haha hampeh betul.nasib baik aku terdengar ustaz don bagitau.kalo xmemang xbayar zakat la aku tahun lepas.lagipun apalah yang nak berkira sangat dengan RM7 tu.

apa2 pun jangan lupa bayar zakat ye kawan2.selamat hari raya maaf zahir batin aku ucapkan kat semua.semoga syawal kali ni memberi makna buat anda semua.aku ni umah pun xkemas apa lagi and malam ni baru nak start buat kuih raya.

p/s : hati2 balik kampung ye :)

1 comment:

Pondok Usang said...

Salam Aidilfitrah.. Maaf Zahir dan batin.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...