~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Thursday, March 6, 2014

rindu nak berenang ='(

assalamualaikum

pertama sekali terima kasih buat kawan2 yang menjengah ke blog aku bersempena dari entry ramaikan follower raikan ukhuwah. tapi aku xsempat nak berbalas kunjungan lagi ke blog kamu2 itu.nanti bila aku ada masa dicampur kerajinan aku melawat ok.janji!

sebenarnya dari bulan oktober tahun lepas lagi aku dah rasa rindu giler nak gi berenang atau erti kata lain nak berendam.sekali sekala jadi badak apa salahnya kan. belakang rumah aku kat tapah tu sebenarnya sungai.tapi disebabkan jalan kat bawah tu dah jadi hutan lepas tu aku pulak xde kawan nak ajak gi mandi makanya dah lama la xsinggah kat sungai tu.

eh sungai tu pun sebenarnya bukan la betul2 belakang rumah.lokasi dia tu macam kena turun ke bawah sikit la baru jumpa sungai tu.sebab tu aku xberani nak pergi sorang2.takut jumpa biawak, ular dan paling utama babi hutan.hehehe giler kau babi hutan kat kampung aku tu xtakut orang kot.dia bersiar-siar macam itu kampung dia je.

masa zaman dulu2 waktu aku sekolah mak memang suka mandi sungai.kadang tu waktu balik rehat dari kerja tengahari tu pun dia balik rumah pastu gi mandi kat sungai.sorang2 dia je pun gi turun sungai.tapi sejak2 lepas dia kena demam chikungunya tu dia dah xturun sungai dah.ala2 trauma la sebab masa tu pun kes kencing tikus tengah kecoh.

disebabkan dari itu lah bila aku nak gi mandi mana2 je mesti along ngan mak aku bebel.katanya sekararang ni bahaya mandi kat sungai ke lata ke or kolam ke.takut kena kencing tikus.contoh macam kat lata kinjang ngan kuala woh tu la.kalo ikut bukan jauh mana pun.tapi sebab isu tu terus jadi xboleh langsung.

sebab tu la aku jadi rindu giler nak berenang.kalo gi hotel2 ke memang la ada kolam tapi jadahnya aku sorang2 nak berenang kat situ macam ikan paus.malu la oii orang tengok.kalo ada kolam yang jenis kena pakai pakaian renang lagi la aku angin.nak mandi laut pun bukan selalunya gi.ni minggu depan baru la dapat gi berenang kot.sebab angah aku ngajak gi lost world.dapat harga murah sikit tiketnya.kalo xmemang xhadap la nak masuk oii.RM49 tiket nak masuknya kalo xsilap.mahal kemain!

kalau tanya sape ajar aku berenang, jawapannya adalah alang aku.masa kecik2 kan aku rajin gi mandi sungai so dia la yang ajar aku.masa mula2 belajar tu xde la terus kat tempat dalam kan.dia dok suruh aku meniarap kat atas pasir antara batu sungai tu.pastu di suruhnya aku kuak2 kan kaki tangan semua tu.dah lama2 tu baru la pandai sikit2.tapi bila dah pandai berenang aku rasa xde pun nak tepuk2 kaki tu macam masa belajar.just dok kayuh kaki dalam air je pun.alang aku tu lagi sengal.masa ngajor dia kata berenang tu ada gaya laki ngan pompuan.hahahah

bagi aku asas pertama yang nak kena handle bila belajar berenang adalah apungkan badan.sebab kalo ko xpandai apungkan badan ko memang kompem tenggelam xpun jenis yang boleh berenang sekejap2 je.macam adik sedara aku la.dia dok KL pastu amik kelas berenang ngan sekolah dia.tapi xreti2 gak berenang.abang dia dok kat kampung ngan family aku dari darjah 1-6.selalu la ngikut gi sungai tu dan sampai sekarang dia dah pandai berenang.sebab dari kecik memang dah belajar benda tu plus selalu praktik.

bila ko dah pandai apungkan badan jadi mudah sikit la nak berenang.xpun jenis ko apungkan badan pastu ko hanyutkan badan ko sepanjang sungai tu.aku selalu buat macam tu masa kat sungai,gi tempat atas sikit pastu apungkan badan dan biarkan arus yang bawak ko.tapi pandai2 la.jangan la ko biar arus bawak ko sampai ke mana2 ntah,memang nanti nangis la bila sedor.huhuhu

view ni diambil masa aku kursus teambuilding kat pulau jerejak.cun x?
alamak terpanjang pulak entry ni.tadi just nak bagitau pasal rindu nak berenang je pun.huhuhu sengal betul la.so pada sapa2 yang dok dekat ngan pantai/laut tu leh la ajak aku jalan2 umah.aku jenis suka tengok sunset ngan sunrise.hehehe nice view ciptaan Allah.

view dari pelantar feri pulau jerejak ^^,
p/s : sape2 ada lokasi tempat berenang yang best2 dan bersih tu roger2 la aku ek.hehehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...