~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Monday, March 10, 2014

doakan #MH370

assalamualaikum

sabtu dan ahad lepas aku xbalik kampung.sebabnya nak gi kenduri anak sepupu naik buai.motif bagitau xbalik kampung sebab line internet kat kampung memang limited.so kalau aku ada kat kampung masa tu memang aku xkan tau pasal cerita MH370 yang hilang ni.tengok berita lagi la x kan.

walaupun nampak kelakar animasi ni tapi aku berharap mereka semua masih selamat walau dengan apa cara sekalipun.
tapi disebabkan aku xbalik tu la aku tau cerita pasal ni.bangun je pagi tu terus bukak tv dan nampak macam kecoh sikit la.so aku dok perhati gak kan kenapa macam serabut sangat.baru la tau ada kes kehilangan jejak pesawat MH370. sepanjang hari sabtu tu aku dok dengar cerita pasal kes ni.mana2 channel tv yang dok bincang isu ni semua aku tengok.cuma hari ahad je xberkesempatan nak follow mengenai kes ni secara detail sebab ada kenduri kat rumah makcik.


sampai ke malam aku dok ikut berita pasal kes ni.nak tido pun terasa macam semacam.rasa macam dekat sangat kejadian ni ngan aku.mungkin itula naluri manusia.kasih sayang sesama manusia yang xpernah terbatas.terfikir bagaimana nasib mereka yang terlibat.macam2 persoalan dalam kepala ni.terlalu misteri aku rasa.

seluruh dunia tertumpu dengan kejadian MH370 ini.dan seluruh dunia juga berdoa akan keselamatan mereka juga keselamatan pihak pencari dan penyelamat.sepanjang hari sabtu tu aku rasa macam nak siku je orang yang bagi info palsu.masa dalam pukul 11am aku terbaca pasal status pesawat dah mendarat kat satu kawasan ni.so lega sikit baru aku keluar rumah cari barang nak masak.alih2 balik rumah tengok rupanya berita palsu.

seluruh dunia menunggu berita dari anda semua MH370
lepas tu pulak muncul status yang bangang abadi.yang buat orang nak marah dan tambah dosa.benda yang melibatkan nyawa pun nak main-main ke??agak2 kalo family korang yang jadi mangsa tu ada x korang rasa nak hantuk orang yang bawak cerita palsu tu kat tayar pesawat?cuba la faham sikit perasaan orang lain.


walau apa pun aku bersyukur sebab musibah ni menyatukan kita semua.walau beza agama, fahaman, bangsa dan kewarganegaraan, kita telah bersatu melalui musibah ini.tengok sendiri betapa ramai yang mendoakan keselamatan mangsa dan pasukan penyelamat.betapa ramainya bantuan dari negara luar yang sanggup menolong usaha mencari ini.syukur Ya Allah kau membantu kami dengan menyampaikan bantuan2 yang berbagai cara kepada kami.

"benarlah kata mereka dengan musibah ia menyatukan kita.tiada lain yang diharapkan melainkan apa saja yang dilakukan akan menemui penyelesaian yang baik dan tentunya mengharapkan keselamatan dan kesejahteraan."

jadi aku berharap semoga kita semua terus bersatu bersama-sama mendoakan keselamatan mangsa2 MH370 dan juga mereka yang bersama-sama dalam urusan mencari dan menyelamat mangsa2 tersebut.semoga dipermudahkan urusan mencari mereka semua.diharap jangan la kita menimbulkan cerita2 palsu yang kadang kala meremukkan hati waris2 mangsa.fikirlah perasaan mereka bersama.andainya cerita palsu kita itu menyakiti mereka hentikan lah niat tu.bantulah waris2 ini untuk merasa lebih tenang dan sabar.



seluruh warga dunia mendoakan mereka.aku jumpa komen2 ni di page utube kapten zaharie
credit picture : anyone that share

ini pulak antara video2 dari utube yang buat aku sebak.aku menangis bila dengar puisi yang dibacakan di hotfm.karya seorang warga malaysia bernama pnut syafinaz.menangis aku bila dengar puisi tu.dari pagi tadi video tu public tapi masa nak share tadi dah jadi pivate.xtau kenapa.lagi satu video dari china yang menyatakan akan memberi laluan kepada MH370 dimana saja mereka berada.

pause dulu lagu kat bar bahagian atas ni sebelum tengok video ni.





p/s : so doakan la keselamatan mereka semua walau dimana mereka berada.jangan buat spekulasi melainkan telah mengetahui cerita sebenar.ok?semoga Allah rahmati dan bantu kita semua.

4 comments:

Nanie said...

Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan... amin...

mis3fa said...

Ya.. Semoga di permudahkan pencarian pesawat ni.. Amin..

Pha Is said...

smoga segala urusan pencarian dan penyelamat dipermudahkanNya.. amiin..

maisarah sarah said...

nanie, mis3fa, pha is : amin.harapnya begitulah.diharap semuanya selamat dan kembali kepada keluarga yang setia menunggu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...