Friday, February 14, 2014

kenangan zaman sekolah.rugi kalau xrasa memori tu

assalamualaikum

*sorry la entry dia panjang sikit.excited!*

sape2 yang lahir tahun 90an ke bawah mesti dapat rasa macam2 pengalaman hidup kan.yang aku nak tekankan sekarang ni zaman sekolah atau zaman belajar dulu-dulu. aku sendiri berada dalam zaman awal 90an.sejujurnya zaman aku dulu seronok kot berbanding zaman budak-budak millenium ni.hidup budak2 zaman sekarang ni penuh dengan gajet je.xmencabar langsung.

sebenarnya sejak akhir-akhir ni aku selalu sangat terbaca pasal kes parents buat aduan ataupun nak ambik tindakan terhadap cikgu-cikgu yang mendenda anak mereka.bagi aku kalau denda tu xmemudaratkan apa lah salahnya.nak bentuk anak kau jugak supaya jadi manusia.

hari tu aku tertengok senarai hukuman yang dilarang seperti kat atas ni.tengok je terus aku rasa macam apa hal korang ni.nak bentuk budak jadi manusia ke jadi jelmaan. memang ada sesetengah hukuman tu wajar xboleh dibuat.tapi kalo setakat ketuk ketampi, cubit, lari padang, berdiri atas kerusi, berdiri dalam/luar kelas, tarik telinga, rotan ngan pembaris, gunting rambut ngan berleter tu pun xboleh, apa kejadahnya!

benda tu asas je kot.aku dah pernah rasa separuh dari yang aku highlightkan kat atas ni.banyak nya merasa masa dekat sekolah teknik dulu.masa kena zaman sekolah dulu memang la bengang kan, rasa macam nak maki je cikgu yang denda tu.tapi bila ingat balik sekarang ni kenangan gitu.ada gak la benda yang ko nak citer kat anak cucu ko nanti.

masa sekolah teknik dulu kitaorang selalu gelarkan sekolah tu sebagai "sekolah agama askar teluk intan". hahaha mana xnya sebab cikgu yang denda kitaorang tu gunakan konsep one for all, all for one.bukan sama ke konsep tu dengan askar or polis ^_^

antara tempat aku menimba ilmu suatu ketika dulu.
bagi aku zaman sekolah berasrama yang paling banyak merasa benda-benda macam ni.sebab dok asrama kan.kalo sekolah harian biasa2 je. kalo kata xboleh ketuk ketampi, aku memang bengang habis la.untuk pengetahuan korang2 semua masa aku sekolah teknik dulu ketuk ketampi perkara biasa.sebelum prep or selepas prep selalunya akan kena buat 100++ ketuk ketampi hampir setiap hari.semua tu sebab salah seorang or dua je yang buat perangai.sekolah sekarang paling kurang pun 50 je ketuk ketampi nya.

kalo buat xsama ko kena buat semula dari kiraan 1 walau pun masa tu ko dah buat 20.waduh2 masa tu memang sape yang buat xsama tu confirm kena maki.hahahah kenangan giler!yang paling xboleh bla bila ketuk ketampi pun boleh hutang.contohnya harini denda ketuk ketampi 200 tapi dia xsuruh la buat 200 hari tu gak.hutang dulu, esok bayar lagi 100.

bab lari padang pun sama.pernah satu hari tu aku tengah mandi tetiba bunyi siren rowcall.masa tu memang gelabah giler.cepat2 kuar toilet, capai seluar baju suma then terus turun.sampai je dataran kijat dalam 3 minit lepas tu dah kena lari keliling padang.masa tu pulak aku tengah puasa, ko boleh bayangkan x betapa rasa nak nangis nya masa tu.bila dah hampir 2 pusingan boleh pulak cikgu tu kata "yang puasa buat pe lari.duduk je la rehat". arghh masa tu macam apahal baru cakap.aku dah macam nak pengsan kot.xbuat takut kena marah lak.

baru kena cubit, tarik telinga or diri atas kerusi tu bagi aku xde mende pun.xlegend langsung denda gitu.haihh adik2 kalo dulu2 korang duduk kat sekolah semaian tu confirm korang akan tersenyum sekarang bila ingat balik.pernah dengar denda guling mayat?disebabkan aku xdapat cari contoh gambar so mari aku terangkan.

1. korang kena berkumpul kat dataran kijat atau kawasan lapang.
2. baring la kat dataran tu secara berjemaah atau perseorangan.
3. siap sedia nak berguling.
4. dengar arahan terus guling ramai2 dari hujung sini ke hujung sana tanpa henti.ala askar2 selalu buat.

so kalo dah kena macam tu jangan tanya la kenapa kasut pun boleh tercabut.nampak mudah tapi seksa sangat.selalu sekolah aku budak laki yang kena.budak perempuan pernah kena sekali tapi xsemua la.budak2 kawat rumah sukan yang kena.alhamdulillah la aku xpernah kena.hahahaha

setiap pagi ahad kitaorang kena kawat kaki dari pukul 7.30 sampai la pukul 9 kebiasaan nya.lepas tu baru la makan.xlama mana pun tapi kalo dibandingkan sekolah2 lain, setiap ahad rest all day.tu belum lagi setiap pagi sabtu ngan ahad dalam pukul 6.30 kena dengar tazkirah kat dataran kijat.kalau ada yang xturun memang satu dorm kena denda tapi ketua dorm kena dulu.yang buat aku sedih sebab aku lah ketua dorm nya pun T_T setiap malam sabtu pulak dari pukul 9-10 selalunya ada kelas tajwid atau ceramah.dah dibahagikan pun kelas2 nya.lepas tu ko nak tengok cerekarama ke, basuh kain ke, gosip ke terpulang lah.

Ya Allah betapa aku rindu kan zaman sekolah dulu.rasa macam nak gi masuk balik je kat semaian tu.tapi sekarang sekolah tu dah jadi kolej.bukan sekolah tu je, semua sekolah teknik dah tukar nama.jadi Kolej Vokasional Teluk Intan. status pun bukan sijil dah tapi diploma kau.kemain lagi.


jadi apa relevan nya arahan untuk tidak mendenda anak-anak ni dari kesalahan2 yang mereka buat.lain la kalau diaorang tu jenis rajin belajar, kerja semua siap xpun memang star student.kalo diaorang macam tu aku yakin cikgu pun xnak denda diaorang.lagi cikgu2 sayang ada la.

member-member dan sepupu aku yang bakal cikgu ramai yang takut nak mengajar.diaorang kata bukan lah niat nak mendenda tapi kalau dah segala arahan xmakan dek saman, xkan nak biar je.nanti jentik sikit pun dah kena saman ngan mak bapak.xke pening cikgu2 tu.aku pernah terbaca, kalau mak ayah sayang sangat kat anak2 tu xyah hantar gi sekolah.ko ajar la anak ko tu sendiri.tapi bila suruh gitu xnak pulak, sebab ko sendiri pun xmampu nak ajar anak ko kan.

so bagi aku salah satu penyebab nya selain dari anak2 adalah mak ayah sendiri.kalau mak ayah jenis manjakan anak2 jangan la nak hairan bila anak2 tu mengada-ngada sangat.budak2 zaman dulu mak ayah siap bagi rotan atau inform kat cikgu siap2.kalo anak2 buat hal denda/hukum aje anak tu.janji jangan memudaratkan anak sudah.tengok betapa mak ayah dulu2 faham situasi untuk kaedah mengajar dan diajar.
aku dulu zaman kecik2 mak ayah siap rotan aku guna penyangkut baju, tali pinggang dan rotan.xreti balik waktu senja ayah suruh kayuh basikal keliling rumah sampai azan.sebab xreti2 nak balik.menangis2 aku minta maaf.akak2 aku siap kena campak dalam sungai belakang rumah sebab degil sangat.xde ape pun.jadi je manusia kami semua ni.

bukan semua anak2 ni degil.diaorang pun sayang diri diaorang jugak.cikgu2 pun kadang2 xsemua nya betul tapi most of them memang dah niat nak mengajar bukan menghukum.jadi cuba fahamkan situasi dulu baru kita lemparkan tohmahan atau apa saja.aku sendiri xtau bila aku dah ada anak nanti aku jadi mak ayah yang macam mana.tapi harapnya aku bukan jenis yang salahkan cikgu 100%.mungkin salahnya datang dari aku jugak kan.tapi kalau denda/hukuman yang diberi tu memang melampau buat lah laporan.sebab sekarang ni memang itu yang terjadi.jadi kesimpulan nya selidik dulu apa yang terjadi baru lemparkan pandangan.ok?

ini lagu sekolah teknik aku dulu.


yang ni pulak video budak2 semaian@kolej vokasional teluk intan yang terkini.

p/s : membebel panjang sangat.tapi bagi aku semua denda zaman sekolah ni adalah kenangan terindah bila kita dah tinggalkan zaman sekolah.korang xkan dapat rasa semua tu melainkan zaman sekolah.saya sayang zaman sekolah saya <3

5 comments:

Faaeinz said...

Zaman sekolahlah yang paling bestkan.
Tapi itulah. Pelik dengan emak ayah sekarang. Macam tak pernah pergi sekolah aje. Kalau asyik nak dimanjakan anak2 tu memang tak taulah nak kata apa. kadang-kadang memang mak ayah yang lebih2 buat tindakan.

Hurmm.. pelikkan dengan peraturan sekarang.

Pha Is said...

semua tak boleh buta.. makin naik lemak la student..

maisarah sarah said...

kak faain: sudah tutup fb ka?lama xnmpak.hehe.memang pelik peraturan sekarang.mak pak pun buat macam diaorang xpernah rasa je suma denda2 tu -_-

pha is : kannn...ngada2 budak skang ni

Unknown said...

Assalam. I x pernah kena denda ngn cikgu just kene marah ngan cikgu je la sbb slalu tido dlm kls hahahaha. I ni bdk baik sampai dpt anugerah pelajar terbaik sahsiah hahahaha. But itu semua dlm kenangan. I love my teachers. Lps ni I dh x dpt jumpe diorang dh tu pon bln 3 untuk ambil result spm. Doakan kami supaya cemerlang dlm spm

maisarah sarah said...

wsalam ariel
akak dulu pun baik gak kat sekolah :p tapi masa kat teknik cikgu tu gunakan kaedah sorang salah semua kena.tapi tu lah yang best pun untuk dikenang.cuba kalau tak kena semua tu rasa hambar giler life.huhuhu moga terus success sentiasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...