tahun ni umur aku dah jejak ke angka 24.belum cukup umur 24 lagi, kena tunggu bulan 10 nanti.ahaks kalau sebelum ni aku rasa macam xde mende pun walau umur dah 24 tahun.tapi bila aku tengok ramai kawan-kawan yang start membina rumah dan tangga atau erti kata lain berkahwin, tu sedikit sebanyak buat aku gelisah gak la.
kawan-kawan aku belajar dulu bukan semua sebaya.ada je yang tua dari aku.so kalau diaorang yang dah kahwin aku xheran sangat.tapi ni kawan2 yang sebaya aku ni yang ramai dah kahwin.bukan setakat kahwin anak pun dah dok ada xpun tengah on the way.itu xpe lagi, tapi bila adik-adik junior pun tengah tunggu masa nak bersalin ni apa cer.lagi la aku gelisah + sedih + gugup.
tipu la kalau kata aku xteringin nak ada suami + anak2.itu salah satu impian sebagai seorang wanita lorh.dulu rasa ni xde la membuak sangat.tapi bila dah dikelilingi orang2 yang dah berumah tangga mestilah terasa gak kan.sekarang ni pun salah sorang member opis yang sebaya dengan aku pun tengah menanti kehadiran anak sulung nya.wife dia tengah pregnant sekarang.semoga semuanya sihat2 belaka.
sebelum ni aku pernah cakap dekat KKS "lepas akak aku settle tunang and kahwin mesti mak aku tanya aku pulak ada calon ke x". sekali ambik kau.memang betul mak aku tanya pasal tu. kalau xsalah dalam 3 minggu lepas la.masa tu tengah tengok tv. yang alang dengan mak tengah dok bincang sikit2 pasal hal tunang.sekalinya tetiba mak menyelit cakap " ha dik kamu dah ada calon belum?kalo belum banyak2 doa lepas sembahyang tu.buat sembahyang sunat semua tu minta jodoh".
terkejut sikit la masa mak tanya tu.yelah aku xjangka pulak mak akan tanya secepat tu.tapi jujurnya memang aku xde calon lagi pun.ntah la mungkin aku ni jenis merendah diri sangat kot.sebab aku risau atau takut nak bercinta.ye lah kalo sape kenal aku memang tau la fizikal aku ni yang berbadan besar plus kulit gelap.so aku xberapa nak berani approach orang untuk berkenalan or else. *someone tolong carikan calon* ekekeke
harapnya satu hari nanti Allah pertemukan aku dengan soulmate yang dah ditakdirkan.semuanya atas perancangan Allah kan.Dia yang maha mengetahui segalanya.aku juga nak merasa untuk berbakti sebagai isteri serta ibu Ya Allah.makbulkanlah doaku ini.amin ^_^
terjumpa komen ni dalam salah satu entry blog aku.sahabat dari indonesia >_< |
semoga Allah berikan kebahagiaan yang berkekalan dunia serta akhirat buat sahabat-sahabat yang telah mendirikan rumahtangga.buat yang belum bertemu jodoh juga aku doakan kalian akan bertemu jodoh secepat mungkin.semoga kita semua dirahmati dan diberikan keindahan dalam hidup ini.amin
2 comments:
jodoh rahsia Tuhan,pasti akan ketemu satu hari nanti.
insyaAllah one fine day.thanks PTB ^_^
Post a Comment