Thursday, September 20, 2012

nak jugak!

assalamualaikum

selalu aku baca dekat blog or fb yang ramai xsuka bila baca blog yang ada lagu.salah satu sebabnya otak makin bercelaru bila sambil baca sambil dengar lagu tu.kalo orang yang macam aku xpe la.yang sambil baca sambil dengar lagu tu xde hal punya.tapi xsemua macam aku kan.

untuk makluman aku memang suka letak lagu kat blog sebab aku sendiri yang nak dengar :p lagipun bukan nya ramai yang baca blog aku ni.so apa salahnya kan.dulu aku letak lagu2 yang ada lirik dan lagu yang ada maksud mendalam bagi aku.

lepas tu aku try plak lagu yang xde lirik juz melodi je.macam kitaro dan lain2.pastu aku balik semula pada lagu yang ada lirik.lagu si nikita willi kot namanya.sedap gak.tapi ntah apa kena nya tetiba lagu tu senyap je.ada la dalam 2 bulan dia senyap je.

so tadi aku saje search lagu lain.sebab macam bese aku nak muzik!hehe alih2 aku terjumpa lagu dari kamal uddin. aku tau pasal kamal uddin ni masa aku gi conference Being ME hujung bulan 6 ritu.suara dia merdu dan tersentuh.so aku pun pilih lagu subhanallah.lagu ni aku pernah letakkan di entry SINI

ok untuk pengetahuan jugak lagu kat blog aku ni disediakan juga dengan butang pause or stop.so xde masalah kalau korang rasa macam lemau je or malas nak dengar lagu tu or rasa macam pening2 lalat sambil baca sambil dengar lagu, makanya boleh lah gunakan function button tersebut.ok?music player tu ada di bahagian kanan blog aku.


lagi satu sebab ialah dengan ada nya lagu subhanallah tu at least telinga kita dihadiahkan dengan zikir.lebih elok rasa nya kalau kita ikut sama berzikir.kan lebih baik. dan lebih bagusnya aku dapat la sikit tempias pahala tu kan >_<

so tu je la.xkisah la korang nak kata ape.suka ke xsuka ke or xmau baca blog aku ni pun aku xkisah.janji aku suka.haha blog aku kan....erk!

p/s : sejuknya sejak akhir2 ni :)

Tuesday, September 18, 2012

lappy merajuk and sakit hati

assalamualaikum

stress weh!lappy bikin hal.aku pesen suka online pehtu suka tengok movie yang dalam hard disk tu.kalo dh lama2 sikit nanti mula la dia lembab semacam.pehtu mula la video dia sangkut2.tapi suara jalan.aishhh!

tapi nak buat macam mana redha je la kan.lagi satu pesen lappy aku ni. bila dia panas sangat mula la dia tertutup sendiri.aritu dekat 5 kali aku rasa lappy aku tertutup sendiri.sakit ati!orang kata benda xbernyawa ni kadang2 paham.

macam lappy aku tu.kadang2 bila aku marah2 mula la lagi dia buat hal.lagi teruk pun ada.hahaha.macam kete gak la.bila kata nak cari kete baru mula la dia pun meragam kan :)

pape pun biarla lappy tu gitu.at least ada gak aku lappy buat hilang bosan.kalo x lagi la aku xtau nak buat pe kat umah tu.

owh ye tadi kat umah aku xde air.bajet memang satu kawasan la xde air.tapi macam pelik je sebab umah belakang mandi elok je.musykil disitu.so buat xtau je la.dari pagi kot xde air nya.kul 7.15 gitu air dah slow.pehtu tengah hari pun still xde.aku macam musykil lak.

aku dapat tau sape buat memang aku ketuk ngan benda alah mamat atas ni pegang tu
then nasib la aku ni bukan jenis sombong ngan jiran kan.elok je nak gi keje petang tu nampak lak acik sebelah kuar umah dia.terus tanya memang xde air ke.dia pun check la sama.sebab dia baru je balik dari niaga.pelik aih!elok je plak air tu ada.memang aku dah risau dah.paip bocor ke plak umah aku ni.

tetiba acik tu kata.cuba tengok kat main pipe takut ada orang tutup.sekali aku gi kat paip utama and pulas terus dengar bunyi meter jalan.hoih!!sape pedajal kitaorang ni.terus laju2 masuk umah tengok ada x air.ha amik ko memang elok je mengalir dengan meriahnya.

hampeh betul sape yang gi tutup paip tu.mana xnya masa air tu xde aku baru je siap mandi.nasib baik dah siap mandi.kalo time tengah bersabun tu xke rasa macam nak nangis.elak kan xde air sampai ke petang aku pun tadah le air dalam baldi.tengahari tadi amik wudhu' guna air baldi je.bengong betul sape yg tutup tu.

housemate aku siap tanya lagi. " eh aritu bil kita dah bayar kan ". aku pun jawab ar "dah bayar dah,bil baru pun xde tunggakan". perghh hangin kot.housemate aku pun dok kata sape yang tutup tu memang xguna.mana xnya kitaorang dah nak masuk opis baru perasan pasal benda tu.yang kitaorang pun bengong.xcheck meter tu apasal kan.haha

kesudahan nya harap2 air tu ada la.xde la yang 'rajin' sangat gi tutup paip air tu lagi.grr!

Friday, September 14, 2012

pc dah ok.thanks incik boss *wink wink*

assalamualaikum

petang2 hari selasa ritu pc aku kat opis ni buat hal.sebenarnya aku gi download software untuk download movie kat youtube. lepas tu ada babylon search yang mengganggu aku setiap kali aku bukak page google chrome.al maklum la google chrome kan kalo bukak dia dah memang jadi ada 8 page tu.senang dan cepat ^_^

so bila babylon search tu ada aku pun macam WTH.hahaha payah giler kot aku nak ingat website yang ada. kadang2 url blog aku sendiri pun aku xingat.so aku pun uninstall la balik segala apa yang aku download tadi.termasuk la si babylon tu. tapi malang xde sape yang tau bila pc aku tu terus xleh on secara normal.dia asyik dok suruh repair by compaq or start normal.

bila aku tekan start normal langsung xleh.uhuk2 dah risau dah sebenarnya masa tu.yelah pc opis la katakan.kalo lappy aku tu gagah ag la dari merisaukan diri.cuma perlu risaukan duit je :p

nak suruh incik boss betulkan tapi incik boss xde la plak.dia gi kursus and hari rabu ritu baru habis. owh untuk makluman incik boss aku ni memang teror bab2 komputer ni.ngeh3.maka nya dengan gagah perkasa aku bawak la lappy pergi opis.syukur ada lappy untuk aku guna.sebabnya keje aku memang kadang2 dok main dengan portal je.tambah2 bila hari yang ramai pekebun nak check status permohonan mereka.

cilok dari fb incik boss.owh no telefon kat situ salah tau :)
tapi hangin satu  badan sebab lappy aku bila masuk je opis dia macam ala2 manja je.dia punya slow@sangkut2 tu sangat la menyakitkan hati.lepas tu kabel internet xdetect plak kat lappy aku tu.jenuh aku mencucuk bagai.nasib baik la ada wifi so leh la gak guna kan.owh lagi satu lappy aku tu pesen bila dia panas sangat nanti dengan sesedap rasa dia terpadam sendiri -_-"

ok alhamdulillah sebab semalam incik boss dah ada masuk opis.so aku kasi settle segala surat2 yang nak kena tandatangan sebab nak pos surat2 tu ke teluk intan lak. agak segan sebenarnya nak bagitau kat incik boss.tapi bila incik boss dtg kat meja sebab nak suruh pos surat dan ternampak pc aku yang sakit tu, rasa macam ok fine xyah bagitau dia dah tanya.alhamdulillah!hahaha

sebab aku xtau nak bagitau macam mana sebenarnya.maka nya incik boss suruh cabut cpu tu dan bagi kat dia. sambil2 aku frust dengan lappy aku sebab xleh detect wifi, dia pun baiki la.petang tu dah siap dah cpu aku tu.xpayah nak angkut bawak gi kedai dah.untung nya la ada boss pandai baiki2 komputer ni *muka bangga*

incik boss kata segala benda ada dalam tu sebab dah back up.aku xkisah la folder lain2 tu. yang file GOM player, YM yang hilang serta bookmarks kat chrome tu hilang aku xkisah sangat.tapi kalo folder PENTADBIRAN ngan TSSPK yang ada kat desktop tu hilang memang rasa nak nangis.serius ok!sebab kat pendrive aku ada folder yang masa mula2 opis bukak dulu.yang latest semua dekat pc.alhamdulillah again semua nya ada.

maknanya lepas ni memang aku kasi save kat hard disk aku segala maklumat tu.supaya lain kali xde pening2 aku nak pikir segala format pentadbiran yang ada tu. so terima kasih incik boss sebab baiki kan pc saya.heaven pulak rasanya dapat guna pc aku balik.sebab kalo guna pc laju je and skrin besar.hahaha
aku pernah tulis pasal budak2 opis aku dulu kat link SINI. cuma yang sharul tu dah pindah ke KADA dan diganti dengan sazlan.



p/s : cuti 3 hari ni korang gi mana?nak ikut boleh *wink wink*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...