assalamualaikum
perhatian : ini adalah entry yang membosankan
dari sehari ke sehari aku nak update blog ni.tapi asyik xkesampaian je.gaya macam keje belambak sangat ye yong. eyh tapi memang banyak la.sampaikan meja aku jadi macam tempat pelupusan kertas je.
oh mukadimah ntah pape.
rasa arini macam nak update pasal ofismate aku yang terbaik.hehehe... mereka semua terbaik sebab mereka sangat sempoi.tambahan lak semuanya umur agak muda la gak.tapi yang pasti mereka semua tidak kedekut sebabnya mereka-mereka ini selalu belanja makan.sayang lebey la camni.lalalala. staf ofis aku ni pun xramai.cuma 6 orang je xtermasuk staf baru yang ntah bila nak masuk.
|
comei yg tudung pink tu ^_^ |
aku nya bos/ketua pejabat yang baju merah tu. dia ni sempoi habaq hang sebab umur lebih kurang je pun.dia tua dua taun dari aku. owh and kat opis aku ada lagi dua orang umur sebaya aku. rasanya bos aku ni xtegas sangat ngan staf tapi dengan syarat keje kena siap la kan. kalo xsiap aku pun ngamuk gak ^_^ owh nak promote jap.dia ni teror bab komputer or IT.hehehe.and dia penah buka blog aku ni.kalo nanti bos baca diam-diamkan je.nanti kang xmasal dia dok zoom sana sini kang (>_<)
yang baju kotak-kotak tu plak kira macam 'abang long' sebab dia yang paling tua dikalangan kitaorang suma. banyak tu pengalaman dia dalam bidang ni. tapi aku xbanyak nak cerita pasal dia sebab dia jarang duduk kat ofis ni selagi surat pertukaran xdapat.
|
melantak kepci |
si baju biru tu sebaya ngan aku tapi orang selalu kata dia umur dalam lingkungan 25 tahun.nampak benor dah tua (>_<) dia join mpob ni awal daripada aku. dah setahun lebih dah kot dia keje sini. dia ni kesayangan pekebun-pekebun cina sebab kawasan seliaan dia kebanyakkannya adalah chinese. owh mamat ni adalah hantu bola terutama jika membabitkan team selangor. konon nak bertukar ke sukan golf tapi macam xberapa menjadi je.hihihi
|
pizza pulak |
hok ni pulak jejaka terhangat dipasaran.suka sangat menyakat dak-dak pompuan dan boleh dikatakan suka mengayat gak la =p tapi kalo dah nama dia bercakap aku mesti suruh ulang balik semula. sebabnya loghat ganu dia pekat sangat. itu pun nasib masa study dulu aku ada dengar sikit-sikit orang dok kecek pantai timur. owh sedihh hahaha
|
mpob caw utara |
disebabkan aku xjumpa pic dia solo maka terpaksa la amik pic ramai-ramai. nak crop macam xcantik lak kan. pic diatas tu melibatkan sebahagian dari staf mpob cawangan seri iskandar, teluk intan dan taiping. yang dalam box hijau tu la staf ofis aku. dia ni wat keje sangat express. kadang-kadang bila dia tanya kat aku pasal pekebun under dia barula aku ingat ada keje yang xsettle ag.hahaha lebih kurang macam reminder gak kadang-kadang tu. gambar atas tu salah satu bukti mereka ni gila futsal.
finally korang perasan tak yang staf perempuan kat ofis ni hanyalah aku satu-satunya. perasan x???sedih betul aku bila xde kawan nak bergosip. tapi xpe sebab mereka-mereka ni sempoi maka aku pun xde la rasa macam terbuang kan *
ayat nak sedih plak kan* hakikatnya staf wanita di pejabat cawangan memanglah sikit. kalo nak ramai staf pompuan gi kat HQ kompem ramai.
bereh dah aku tepek pasal dak ofis aku. sebenarnya aku xde idea pun nak update blog.tapi bila mengenangkan dah lama xbuat entry baru, so aku pun merapu je la. eyh lupa plak. pic kat atas ni suma aku amik kat group yang dak mpob utara buat iaitu TUNTARA FC. so kalo ada yang berkenaan marah aku tepek pic kat sini sila bagitau sebab aku akan remove pic dengan kadar segera \(^_^)/
p/s : beruntung dapat ofismate seperti mereka
2 comments:
mpob? nama penuh dia apa?
kerja camne ni? best ker?
macam2 pulak akak tanya.. hahaha..;p
kak mpob ni nama penuhnya malaysia palm oil board @ lembaga minyak sawit malaysia
keje mcm kat ofis saya ni more kpd pekebun.kira kena kamceng ngan pekebun la.sebab nanti dak2 ni akan buat lawatan kebun untuk menyokong bantuan yg dipohon
keje saya key in data ^_^
agak best gak keje sini.cuma kadang2 je stress tp kalo suasana keje ok maka seronok la jadinya (>_<)
Post a Comment