Thursday, November 17, 2011

dulu-dulu #3 : bas UTC dalam kenangan

assalamualaikum

perhatian : ini entry merapu sebab aku sendiri xberapa paham apa aku tulis ^_^

tadi buka paper metro muka surat 31 terus nampak tajuk UTC henti khidmat bas. agak terkesima jap baca artikel tu.sebab masa tu aku rasa macam penah tengok je nama UTC tu.bila baca artikel penuh dengan teruja nya aku pun kata dalam hati eyh ni bas yang aku selalu naik masa study kat Bumbung Lima dulu. 


serius terus mengimbau kenangan masa tu. masa study kat penang dulu, kawasan institut aku tu boleh kata kawasan kampung la gak.kiri kanan depan belakang semua nya sawah padi. so setiap kali nak outing gi bandar mesti kena naik bas dulu.dan sebelum naik bas tu mesti kena menapak dalam 2 km ke simpang jalan.sebab kat situ la bas berenti.

kadang-kadang semput gak la bila dah berjalan ke simpang tu.tapi disebabkan otak dah bajet nak menjoli gagahkan jugak la ke Sungai Petani or Butterworth. bas yang selalu aku ngan kawan-kawan naik adalah UTC  (United Traction Co). dulu kalo nak ke SP or Butterworth no bas nya lain-lain. kat kawasan tempat aku study tu toksah ko berangan la nak jumpa rapid penang. tunggu la berzaman pun xkan ada nya bas tu.
pic bas UTC rembat dari google.nasib baik ada pic bas ni
so hanya UTC satu-satunya yang lalu kawasan IP aku tu.tapi bila UTC hentikan perkhidmatan mereka menjadi satu kesukaran buat penduduk kawasan situ untuk ke bandar selepas ini. sebab utama perkhidmatan bas ini dihentikan adalah kerana tidak mampu menampung kos yang kian meningkat.

pengurus UTC, Mr Chew Beng Huat kata dia sedar ramai pelajar dan penduduk akan terjejas dengan ketiadaan bas UTC tapi mereka terpaksa melakukannya.

owh ye part kelakar masa naik bas UTC adalah tiketnya. tiket bas ni dah macam toilet paper sebabnya panjang sangat2.kalo korang bayar tiket untuk 5 orang contohnya, tiket korang boleh menjadi sepanjang 50cm dengan lebar hampir 5cm.hahaha panjang kan..tiket tu dah leh guna buat catatan dah kalo terdesak.

tapi walau tiket bas macam toilet paper or bas yang macam nak roboh sekalipun, itu semua adalah kenangan. bila ag nak merasa naik bas kalo bukan zaman study.kalo dah keje memang sah la xnaik bas dah.dah dewasa la katakan. pape pun hope ada pengangkutan awam yang lain disediakan untuk penduduk kawasan bumbung lima dan sewaktu dengannya,

p/s : UTC menjadi teman setia kalo nak ke bandar ^_^

3 comments:

Anonymous said...

tinggal kenangan jela

Anonymous said...

ceronot lah bace kenangan2..
terbaik!!....

mai la Join my bloglist-acapsuur-(>,<)

maisarah sarah said...

mmg pn jah.huhuhu

hahaa bila teringat mmg best asyraf tp bila nak jadikan kenangan tu sbgai penulisan susah giler kot.huhhu.akan mencuba utk join ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...