perhatian : entry ini mungkin membosankan.tapi aku berharap semoga gadis tersebut tabah atas dugaan ini
memula aku memang bercadang nak out je dari blog dia.then aku ternampak pic dia dan arwah bf dia.rasa tertarik untuk membaca kisah dia selanjutnya. memula baca aku rasa macam biasa je.tapi bila masuk perenggan bahagian bawah tu aku rasa sebak sangat. rasa macam nak nangis masa baca story dia.
korang bayangkan la persahabatan diaorang sejak kecik lagi dan perkenalan mereka dah terjadi selama 9 tahun. tiba-tiba one day korang hilang sahabat yang korang kenal selama 9 tahun tu.wajibla perasaan tu super duper sedih.rumah pulak dekat je antara satu sama lain.boleh kata selalu sangat leh jumpa.
lelaki itu lah yang selalu bersama-sama dia semasa susah dan senang.lelaki itulah yang banyak membantu dia.lelaki itulah yang selalu menggembirakan dia. dan wanita itulah jodohnya selepas diberi petunjuk oleh Allah selepas istikharah.namun jodoh mereka tidak berpanjangan. insan yang disayangi oleh wanita itu diambil oleh sang pencipta yang memang telah menjanjikan kematian kepada manusia.
takdir Allah telah ditentukan Nya tanpa dapat kita ubah.dia berdepan sendiri situasi tu.dia berada bersama arwah semasa kemalangan tu jadi.dia juga melihat keadaan arwah semasa koma.dan dia juga mendengar khabar mengenai arwah yang semakin kritikal dan mengalirkan air mata tika koma.dia juga dipanggil untuk memberikan semangat kepada arwah tika keadaan semakin kritikal.dia sendiri tengok macam mana keadaan arwah lepas kemalangan tu.dan kepada dia juga dikhabarkan berita yang amat perit itu iaitu berita perginya insan yang dicintai untuk selamanya.
terlalu segar dalam ingatan wanita itu kerana semuanya baru saja berlaku.and bagi aku itu bukan suatu perkara yang mudah untuk dilupakan.tambahan pulak mereka sangat rapat antara satu sama lain.macam mana perkenalan selama 9 tahun tu nak dilupakan hanya dalam masa sebulan dua.macam mana nak lupakan segala kenangan yang terkumpul selama 9 tahun tu selepas hatinya penuh dengan bunga-bunga cinta mereka.
entahlah.takdir Tuhan xkan dapat kita halang.sesungguhnya apa yang ada di muka bumi ni hanyalah pinjaman termasuklah cinta dan kasih sayang. tersirat 1001 hikmah mengapa wanita itu dipilih untuk menerima ujian dari Allah.walau bagaimanapun cinta yang pernah wujud tu xkan padam begitu saja.arwah akan sentiasa berada disisi sang wanita cuma kehadirannya tidak dapat dilihat tapi mungkin dapat dirasai.
apa-apa pun aku berdoa semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang soleh. juga aku panjatkan doa semoga wanita itu dapat mengharungi segalanya dengan tabah. sabar itu ayat yang memang biasa didengar bila kita ditimpa musibah.cuma kita kena ingat setiap yang terjadi pasti ada sebabnya dan berasa gembiralah wahai insan yang terpilih untuk diuji oleh Allah walau kenyataan nya amatlah pedih dan sakit.
semoga hasrat arwah dapat kamu tunaikan untuk menjadi seorang guru.kamu sanggup melepaskan cita-cita untuk menjadi akauntan hanya untuk menunaikan hasratnya.berusahalah semoga Allah permudahkan urusan kamu.berdoalah untuk kesejahteraan dia di dunia yang baru itu.
bacalah lebih lanjut di blog gadis ini di SINI
p/s : cinta itu amat sukar dilupakan tambahan jika cinta yang hadir adalah ikhlas dan dengan redha
3 comments:
rasa cinta itu anugerah utk setiap insan..
sara..sediihhnye citer dia.. :-(
betul tu pondok usang.
urmm...
Post a Comment