Thursday, June 5, 2014

bersedekahlah....

assalamualaikum

adakah kita seorang yang suka bersedekah atau seorang yang hanya bersedekah bila bulan ramadan atau langsung xbersedekah?

sebelum ni selalu aku dengar pasal isu sedekah.mengenai kebaikan dan kerahmatan dalam bersedekah yang akan kita peroleh.tapi masih ramai yang buat xtau pasal sedekah.aku rasa mungkin sebab kita xdengar secara depan2 pasal kebaikan sedekah ni kot.tapi aku berani jamin bila korang dah try bersedekah korang akan rasa perbezaan nya.cuma yang pasti, hati kena ikhlas dan niat kena betul.InsyaAllah korang dapat rasa kan perbezaan.

sebenarnya sabtu yang lepas aku ngan dua orang lagi kawan dok bersembang pasal macam2 isu.antara nya adalah SEDEKAH.isu ni memang buat aku celik mata.sebab bila dengar kesan sedekah tu pada kawan2 aku sendiri, aku rasa memang menarik.


pernah dengar x orang kata "kalau kamu dalam kesusahan, bersedekahlah." jawapan bagi kata2 tu adalah benar belaka.kawan aku cakap dia memang amalkan amalan bersedekah dari dulu lagi.sepanjang dia amalkan tu dia xde masalah dalam bab kewangan.katanya masa tu gaji dia dalam RM700++ je.tapi setelah beberapa bulan dia boleh simpan hampir RM6k. dia tertanya2 dari mana datangnya duit tu.

tapi pernah sekali katanya, dia memang xde duit langsung dan masa tu memang dia dah lama xbersedekah.jenuh dia fikir mana silap dia masa tu.sebab dapat duit ada je benda nak bayar.ada je benda nak kena guna duit.dah lama tu baru dia perasan dia lama xbersedekah.jadi dia mulakan balik bersedekah dan alhamdulillah semuanya jadi normal semula.xde lagi masalah kewangan.bak kata kawan aku tu jangan tengok masa sekarang.maksudnya arini ko sedekah esok ko dah nak senang.memang xdapat la..nampak sangat xikhlas nya kan.tapi tengok dalam jangka masa 5-6 bulan akan datang.

kalau korang perasan kat pasar2 malam selalu ada orang minta sedekah.pernah xkorang hulurkan sedekah kat diaorang??kalau xpernah lepas ni korang amalkan lah.xbanyak sangat pun...paling2 kurang RM1 tu xde luak pun dari poket korang tu.cumanya mindset korang kena betul la.


jangan jadi macam aku.pernah dulu ada seorang akak ni datang ofis minta sedekah kat aku.aku hulur tapi lepas tu aku asyik la fikir pasal akak tu.dok tertanya2 akak tu sindiket ke atau betul2 susah.jenuh woo pikir masa tu sampai aku update entry kat blog.tapi aku dapat jawapan dari kawan2 blogger yang buat aku sedar.kata diaorang "sarah, sindiket atau x itu terpulang pada mereka dengan Allah.tugas kita hanya memberi dengan ikhlas.jangan persoalkan semua tu.niat kan untuk membantu mereka."

masa tu aku tersedar rupanya aku salah.mula dari tu aku xpernah fikir pasal sindiket or pape pun.niat aku nak bersedekah sahaja.tapi setiap kali bersedekah aku mesti baca bismillah banyak2.sebab aku takut dalam bersedekah tu ada sifat riak.maklumlah sedekah dekat pasar malam ni ramai mata2 yang memandang.mana tau hati ni dah jadi riak kan.

tapi aritu aku ada terbaca buku mengenai ajaibnya sedekah.semakin bersedekah semakin kaya. dalam buku tu ada dinyatakan jika kita bersedekah jangan lah mengharapkan balasan.maksudnya kalau bersedekah tu jangan la kita harapkan Allah akan limpahkan kita dengan kemewahan atau apa saja.tapi niatlah hanya untuk bersedekah sahaja.
kawan2 cuba la cari buku tu,insyaAllah banyak ilmu yang kita dapat.tapi walau apa pun aku cuma nak bagitau bersedekahlah kita supaya adalah sedikit kebaikan sedekah kita tu yang dapat membawa kita ke syurga Allah.mohon ampun andai ada salah kenyataan.tapi niat aku cuma satu iaitu untuk menyampaikan kebaikan bersedekah.cubalah bagi yang belum mencuba ^_^

sekarang ni dah mudah sangat nak bersedekah.by cimbclicks pun dah boleh dah.xpayah korang nak susah2 keluar gi sedekah.korang boleh buat online je.aku ada buat entry pasal sedekah online ni kat entry SINI.so boleh lah korang try.


p/s : dekat lah dengan rakan2 yang baik nescaya kita akan menjadi baik juga

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...