~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Thursday, April 3, 2014

kerana murahnya air mata?

assalamualaikum

kenapa aku buat tajuk entry macam tu?sebab la ni air mata aku tengah mengalir.aku xtahu kenapa air mata aku terlalu mudah mengalir sejak dari hari ahad lepas.aku xsuka bila air mata aku ni mengalir kerana sebab yang xsepatutnya.

ya sebab yang xsepatutnya!kalau entry sebelum ni aku ada kata yang aku menangis sebab kawan aku sakit, itu xmenjadi masalah.kerana sesungguhnya persahabatan itu besar nilainya.tapi kali ni aku menangis sebab aku baru terasa akan sakitnya bila kecewa.

kalau ada yang follow entry2 aku sebelum ni, korang akan perasan yang aku ada buat entry mengenai siapa 'adam' dalam hidupku. korang akan tau yang aku memang xpernah bercinta seumur hidup aku.cuma aku selalu berminat atau suka dengan orang secara diam2.

tapi ada satu lagi entry yang aku buat khas untuk mencari kesahihan cerita nya.iaitu di entry realiti atau gurauan. so kalau korang baca 3 entry tu korang akan tau sebab apa aku menangis. sebenarnya aku bukan jenis yang bercerita dengan family untuk bab2 sebegini.maksud aku bab2 pasangan ni la.selalunya aku akan mencari kawan untuk bercerita.kalau 'orang tu' kawan sekolah teknik atau ip aku cerita kat kks.kalau 'orang tu' kawan masa sekolah rendah ngan menengah aku cerita kat orang lain pulak.tapi xpernah lagi la.setakat ni aku cerita kat kks la.sebab aku xnak kantoi kan.tapi semalam dah kantoi pun ngan BFF -_-

kalau ditanya dulu, aku nak atau x pada dia.jawapan aku adalah nak tapi hanya 50-50.tapi kalau ko tanya aku hari ni aku nak x dekat dia jawapan aku 80-20.80 adalah aku dan 20 adalah dia.kerana aku macam yakin yang dia suka kan orang lain.dulu aku nampak dia lain, tapi sekarang aku nampak dia lain.lebih bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama dan kawan2.sungguh aku tersentuh Ya Allah.

tapi aku tahu aku xkan dapat apa-apa melainkan doa kepada Allah apa yang terbaik untuk aku.kerana hanya DIA yang maha mengetahui segalanya.tapi aku benci bila aku mudah sangat menangis bila memikirkan pasal dia.serius aku xsuka bila air mata ni tumpah atas alasan yang xpatut.kerana aku tahu aku xpatut memikirkan mengenai gembiranya rasa bila bercouple sebab itu semua adalah haram dan lagha.

bila aku dapat rasa yang dia sukakan salah seorang kawan aku jugak, aku terus terfikir 'adakah aku rela jika dia bersama kawan aku tu?'. dan jawapan aku adalah 'insyaAllah aku rela.kerana aku juga mahu melihat kawan aku tu bahagia.terlampau banyak luka yang dia dah hadapi dan aku rasa dia lebih sesuai untuk orang tu.'

bukan merendah diri, tapi itulah hakikatnya.walau hati aku sendiri membuak2 bila melihat kawan2 dah kahwin tapi aku tetap xdapat menolak untuk melihat kawan2 aku bahagia.apatah lagi bila aku tahu berapa banyak kecewa dan makan hatinya kawan aku tu semasa bercinta sebelum ni.niat kami sama iaitu ingin mencari pasangan hidup selamanya tapi xsiapa tahu di akhir setiap perhubungan tu apa akan jadi.

sesungguhnya Ya Allah, ajarkan aku redha akan apa yang Kau takdirkan untuk aku.jangan Kau pesongkan hatiku dan jangan Kau biarkan aku membenci sahabatku hanya kerana kekecewaan ku.sesungguhnya aku tahu cinta sebelum halal itu tidak kemana tapi persahabatan itu akan kekal untuk selamanya walau dimana aku berada.

dulu aku pernah buat status di facebook.pasal bercinta dengan sahabat sendiri.boleh kata majoriti kawan sekelas aku dulu like status tu.orang kata bila kita bercinta ngan sahabat kita sendiri apatah lagi sahabat baik, bila terjadi sesuatu pergaduhan ianya pasti akan menghancurkan bukan sahaja percintaan tapi juga persahabatan.

sape setuju dengan status aku tu?huhuhu xpe lah jangan dikesali atas apa yang terjadi.bedoa sajalah moga diberikan ketenangan dan kekuatan terhadap apa saja yang akan berlaku.aku rasa xperlulah aku nak rasa terlampau kecewa kerana dia juga xpernah memberikan kata putus atau pun harapan kepada aku.cuma aku yang mengada-ngada membuat kesimpulan macam tu.

tapi xmengapalah sebab dalam beberapa hari nanti pasti aku boleh lupakan nya.sebabnya aku perasan yang aku selalu fikirkan pasal dia bila aku baru berjumpa dengan dia.tapi lepas beberapa ketika rasa tu hilang bersama arus masa.sebenarnya baru-baru ni aku ada berjumpa dengan dia waktu melawat kawan kitaorang so sebab tu la aku dok beriya teringat.tambah pulak kitaorg spend time sama2 dengan kawan lain selama 2 hari 1 malam.huhhu gedik!

p/s : ajarkan aku cinta kepada Allah lebih dari aku cinta kepada yang lain ^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...