~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, April 9, 2014

aku tidak akan pernah bersedia untuk itu

assalamualaikum

sihat kawan2??arini nak buat entry emo sikit lah.hehehe sebelum tu aku nak minta maaf pada kawan-kawan yang sudah kehilangan ayah dan ibu.sebab entry ni berkaitan dengan mak dan ayah kita.

alhamdulillah.aku bersyukur sebab aku masih ada ayah dan mak lagi.tapi kesihatan diaorang tu dah xmenentu.macam ayah aku ni dia ada macam2 penyakit.lepas tu selera makan dah hilang dan aritu pun dah dua kali ayah jatuh motor.sampai luka2 kakinya.tambah pulak dia ada kencing manis, maka lambat la nak sembuh.mak pulak ada darah tinggi dan sekarang ni selalu sakit2 kaki.maksudnya macam sakit lutut tu la.lenguh2 gitu plus sakit2 sendi.

ayah aku tahun ni dah umur 65 tahun dan mak pulak 61 tahun.kadang-kadang aku sendiri xsedar masa berlalu terlalu cepat.rasa macam baru 2 tahun lepas mak dan ayah pencen dari kerja.tapi yelah aku sendiri pun dah 24 tahun even aku rasa macam aku xmatang pun -_-

aku selalu terfikir 'adakah aku bersedia untuk menerima kehilangan kedua orang tua ku ini?'. dan jawapan yang aku dapat dari diri aku sendiri adalah 'aku xkan pernah sekalipun bersedia untuk kehilangan mereka berdua'. ya!aku xkan pernah bersedia untuk itu.walau aku tau perkara tu pasti akan terjadi.bezanya hanya aku atau mereka yang pergi dahulu.

pernah aku katakan di entry sebelum ni, aku seorang yang ego.sebab nya aku xpandai untuk menunjukkan sayang aku pada mereka dan sesiapa saja.kadang2 aku sendiri kecewa ngan diri aku.kenapa aku xpandai nak tunjukkan sayang aku tu??walau aku tahu sampai satu masa nanti aku xkan boleh atau xkan sempat nak tunjuk sayang aku bila mereka dah tiada :'(

selalu bila aku sorang2 aku akan terfikir.macam mana keadaan aku bila aku dapat berita yang salah seorang kesayangan aku tu tiada lagi di dunia ni.orang mungkin nampak aku kuat. tapi di lubuk hati kecil aku ni, akulah orang yang paling lemah sekali.aku jarang menangis depan orang apatah lagi kalau orang tu xrapat dengan aku.cuba korang tanya KKS aku tu, berapa kali dia pernah tengok aku menangis.cuma hari ahad 2 minggu lepas je aku teremo pastu menangis masa dia call aku.masa tu tengah jiwa kacau =p

tiap2 minggu memang aku akan balik kampung.sebab jarak rumah sewa ngan kampung aku tu dalam sejam perjalanan je.lagipun aku xramai kawan perempuan kat seri iskandar ni.so better aku balik kampung kan.tapi bila tiap2 malam aku memang tido lambat.selalunya dalam pukul 2,3 pagi baru aku tido.selalu sebelum tido aku jenguk bilik mak ayah aku tu.tambah2 kalau masa ayah aku xberapa sihat atau baru keluar dari wad.risau sangat kalau2 diorang jadi pape.

nampak macam aku xkisah tapi sebenarnya aku kisah sangat pasal diaorang.pernah masa aku tingkatan 2, ayah kena bawak gi icu teluk intan.waktu tu lebih kurang pukul 2 lebih xsilap aku.esoknya aku ada exam kat sekolah.tapi xsangka yang ayah kena bawak ke icu teluk intan.angah dan mak aku follow ayah naik ambulan masa tu.aku dok kat rumah ngan opah.tapi aku tau la yang ayah ke hospital sebab aku jaga masa tu.konon2 nya study la.

sepanjang malam aku tido2 ayam je.even esok aku exam tapi aku xstudy pun.tapi aku risau keadaan ayah aku.esoknya balik sekolah aku gi lawat ayah kat hospital.along aku dok bisik kat aku masa aku nak salam ayah.dia kata 'adik, salam ayah.cium ayah'. masa tu aku rasa sebak sangat tapi aku xtunjuk.aku diam je masa lawat ayah.aku xtau pun nak tanya apa kat ayah.

bila aku selalu tido dalam pukul 6 pagi gitu aku selalu dengar bunyi jam loceng mak.tapi bila jam loceng tu xbertutup aku jadi risau.aku terfikir kenapa mak ngan ayah xbangun lagi.kalau mak ngan ayah bangun lambat pun sama.aku mesti terfikir kenapa diaorang xbangun lagi.dah lambat dah ni.risau sangat masa tu.hurmm ntah lah.

aku harap kalau lah andai kata mereka pergi nanti, biarlah aku dah ada teman disisi.maksud aku biarlah masa tu aku dah ada suami.sebabnya aku memang jenis xmeluahkan banyak pasal apa aku rasa kat family.so bila aku ada suami, aku boleh luahkan kat dia apa aku rasa.aku boleh share ngan dia apa aku fikir.i hope so....

jadinya hargailah mak ayah kita selagi mereka masih ada.walau aku tahu aku sendiri selalu melawan cakap terutama bila mak aku bebel2.love them forever <3


p/s : doakan kesihatan dan kesejahteraan ayah dan mak kita semua ^_^


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...