hari ni dah jumaat.maknanya jap lagi marilah merempit balik ke kampung halaman.huhuhu cuaca pulak nampaknya sayu je ni.jangan la hujan time aku balik jap ag.pleasee
eh tajuk entry khas untuk bakal suami kitew la *pang sekali* buat masa ni bakal suami aku belum diketahui lagi siapa.sebabnya aku belum ada calon lagi la.al maklum lah teman ni mana pernah bercinta.diri pun xberapa nak cun.miahahah buat ayat sedih pulak kan.
ok lah actually just nak minta something kat bakal suami nanti.rasanya xde la keterlaluan tapi memerlukan effort untuk menyimpan duit la supaya permintaan ni berjaya dipenuhi. aku nak minta supaya salah satu hantaran kahwin atau hadiah kahwin nanti adalah pakej mengerjakan umrah. pakej tu pulak dah tentulah termasuk bakal suami ku yang tidak ku ketahui itu.ekekeke
sebenarnya ada sebab aku minta macam tu. sebelum ni aku pernah post entry pasal kehadiran mahram untuk mengerjakan umrah.korang boleh baca dekat entry ni .jadi disebabkan kena ada mahram maka aku nak la ajak suami kan.maybe tu la yang paling sesuai nak bawak pun.
tapi kan aku rasa even korang xminta macam tu pun, mesti la korang ada simpan niat nak sama-sama ke mekah dengan suami kan.tak kan xde kot.aku rasa itu la tempat yang paling cantik sekali nak berhoneymoon or habiskan masa.dok depan rumah Allah bersama pasangan, sama-sama berdoa depan kaabah tu.perghhh best kot.
so atas permintaan tersebut maka perlulah bakal suami ku nanti menyimpan duit lebih sikit selain duit untuk kawen.jangan risau la, aku pun simpan la gak duit untuk tiket aku.cumanya kalau xcukup tolong la topup sikit-sikit >_< harapnya boleh la ye bakal suami ku.ececeh
aku pernah terbaca satu kisah dekat facebook.dia kata jangan risau pasal xde duit untuk mengerjakan umrah. niatkan betul-betul dalam hati yang kita nak mengerjakan umrah. pasal kewangan tu jangan terlalu risau.istiqamah dalam hati, doakan supaya tercapai niat tu disetiap waktu solat, ditambah lagi dengan doa semasa solat tahajud, hajat dan taubat.insyaAllah akan tercapai hasrat kita tu.yang penting ISTIQAMAH.
so bakal suami jangan risau sangat ok.janji pasang niat dulu.insyaAllah dipermudahkan segalanya.akhir sekali terima kasih bakal suami =)
p/s : kurniakan aku suami yang telah kau takdirkan untuk ku dan biarlah dia mencintaiMU lebih dari aku.cewah!
2 comments:
Bagus idea utk hantaran kawen tu. elok pon juga. Tp zaman sekarang, lelaki yg begitu sgt minoriti. Hihi, kalau maesarah bakal mendapat suami begitew, memang one of lucky lady tau. :)
kenari putih : harap2 lelaki yang dalam kalangan minoriti tu la salah seorang suami saya :p kalau dpt alhamdulillah kalo xdapat sama2 la usaha.hehe
Post a Comment