Wednesday, January 23, 2013

terima kasih Ya Rasulullah

assalamualaikum

kurang beberapa jam je lagi kita akan masuk ke tarikh 12 Rabiul awal 1434. tarikh yang bermakna buat umat Islam kerana pada 12 rabiul awal lah lahirnya kekasih kesayangan umat islam ini. Duhai Nabi Muhammad SAW terima kasih kerana menjadi pemimpin yang hebat buat umatmu.

jom kita selawat beramai2 sempena kelahiran baginda yang kita hormati.semoga selawat yang kita lakukan ini akan memberikan hikmah dan kebahagiaan buat kita semua.

duhai kekasih Allah terima kasih kerana selalu memikirkan keadaan umatmu, terima kasih kerana sentiasa mengingatkan kami, terima kasih kerana membantu kami untuk terus berada di jalan yang benar, terima kasih kerana membantu kami, terima kasih kerana sentiasa risaukan kami dan banyak lagi. terima kasih Rasul Allah, terima kasih duhai al-amin, terima kasih insan contoh dan terima kasih kekasih Allah.xterkira ucapan terima kasih kami berbanding dengan pengorbanan yang Engkau lakukan dan kasih sayang yang Engkau berikan kepada kami umatmu.

Allah tetapkan iman kami, jadikan kami insan yang sentiasa berpegang pada ajaran Mu dan umat yang sentiasa melakukan sesuatu mengikut hadis dan sunnah mu.amin



1 comment:

ieza ashaari said...

rasulallah idola umat islam.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...