PERHATIAN : entry ni panjang =)
ok lah.dalam bulan 8 or 9 tahun lepas aku mula kenal dengan insan bernama Dr Zakir Naik.kenal bermaksud aku pernah dengar nama nya dan tahu siapa dia.bukan maksudnya dia pun kenal aku.siapalah daku.huhuhu tapi disebab kan aku ni xberapa nak faham english so jarang la aku dengar ceramah beliau.
tapi aku ada jugak baca petikan dari ceramah2 dia.aku ni jenis lebih faham english yang ditulis berbanding english yang diaorang dok speaking.sebabnya bila speaking tu kadang2 laju sangat and aku xdapat nak tangkap.tapi bila dalam bentuk penulisan aku boleh je faham.
so baru kejap tadi aku tengok video yang dr zakir huraikan bagi soalan seorang anak muda beragama kristian yang bertanyakan "bagaimanakah keyakinan islam yang ia tidak ditipu oleh syaitan atau dajal bahawa Jesus telah disalib bagi dosa mereka". boleh cekidaut kat SINI.
masa mula2 tengok tu aku macam xberapa faham.rupanya aku terlompat tengok part 2 terus.patut la xfaham kan.so bila aku dah tengok part 1-3 aku rasa macam wow!.sorang2 aku dok tepuk tangan dengar hujah beliau.kagum sangat aku ngan dia.dia boleh sebut semua verse dalam bible, quran dan segala buku2 agama kristian tu dengar lancar dan yakin.masa tengok dia bercakap pasal verse tu aku dah terjegil biji mata dah.xpercaya aku dia boleh cakap spontan semuanya.tapi akhirnya percaya dia memang manusia yang ada ingatan luar biasa.
dan aku rasa dah ramai saudara2 baru islam kita yang memeluk agama Islam selepas mendengar hujah beliau.bukan nak kata mereka masuk Islam disebabkan dr zakir.dah tentu hati mereka terbuka disebabkan Allah memberikan hidayah.tapi Dr Zakir adalah pencetusnya.agak2 kalo saudara2 baru tu xberdebat dengan dr zakir dia nak ke masuk islam kan.besar pahala Dr Zakir ketika menyampaikan dakwahnya dan memberikan keyakinan kepada kita semua memang ALLAH adalah Tuhan yang satu.
selain tu aku bersyukur sebab aku dilahirkan dengan agama islam.walau ada yang mempersoalan sama ada kita ini islam atas nama atau islam sebenar-benarnya.xkisah lah.janji kita tau apa maksud islam yang sebenar dan kita buat segala suruhan Nya.
bila aku tengok komen2 untuk video dr zakir tu ramai jugak sahabat yang beragama lain mempertikai kan nya.ada pula memperlekehkan agama islam dan mengagungkan agama mereka.Allahu Akhbar.sukar untuk memberikan mereka kefahaman mengenai Islam.tapi jika kita turut berbalah itu pasti akan merumitkan lagi.makanya bersabar lah.
aku teringat mengenai hebahan kiamat pada bulan 12 yang lepas.ada yang sanggup membunuh diri, lari ke kota yang jauh dan menyorok ke tempat yang terpencil sebab nak lari dari mati disebabkan kiamat.sedih dan sejujurnya masa tu aku rasa diaorang tu bodoh sangat.maaf....tapi itu pendapat aku.rasa2 korang kalo kita ni bukan berpegang pada Islam, Al-Quran, sunnah dah hadis adakah kita juga turut serta seperti mereka.di malaysia mungkin x.tapi di luar malaysia mungkin ya.syukur sebab Islam adalah agamaku, ALLAH adalah Tuhanku dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.
tahniah dan terima kasih kepada youtube channel sunnahrasul sebab sediakan subtitle melayu.semoga Allah mengurniakan pahala yang besar buat kamu semua.semoga kita diberikan kekuatan, kesabaran dan ketetapan iman yang kuat.insyaAllah amin ^_^
*untuk yang belum kenal Dr Zakir dan nak tengok seorang saudara kita memeluk islam boleh baca dekat SINI
1 comment:
salam ziarah.,
dr zakir naik yg hebat kann
Post a Comment