xpasti apa benda yang aku nak sharing hari ni.cuma ikut gerak hati dan gerak jari je.kalo melalaut harap dimaafkan =p
sejak akhir2 ni alhamdulillah DIA beri aku sedikit hidayah mungkin.agaknya siapa yang gerakkan hati aku untuk top up ilmu pasal agama kalau bukan DIA.kannn.....walau belum sempurna tapi mungkin akan dicuba sehingga tetap di hati untuk melakukan nya sesempurna mungkin *off topic*
baru2 ni aku pergi majlis tunang kawan aku.apa yang aku tengok ramai sahabat2 aku dah melangkah setapak lagi ke hadapan.ada yang dah bersatu sebagai suami isteri dan ada yang telah menjadi tunangan.tipu kalau aku kata aku xde keinginan macam diaorang.
masa dari zaman sekolah sampai dah kerja, memang bohong kalau aku xpernah rasa nak jadi macam diaorang.merasa macam mana ada nya couple, macam mana rasanya keluar jalan2, shopping dan makan2 dengan couple.pernah menangis aku memikirkan nya.tapi itu dulu ^___________^
sekarang aku belajar untuk menerima hanya yang ingin menjadikan aku yang halal *cliche kan ayat* tapi nak buat macam mana.itulah hakikatnya.setelah aku tahu yang couple sebelum bernikah itu haram.aku pernah terfikir macam mana nak kenal kalo xcouple. tapi maha kuasa Allah, dia tunjukkan pada aku kebenaran untuk bahagia selepas nikah tu.
terbaca di blog dan di facebook mengenai kisah2 percintaan selepas nikah.seronok tengok mereka bahagia.bukan bahagia yang dibuat-buat tapi realiti.jadi apa mungkin aku nak nafikan lagi percintaan selepas nikah itu tidak menjamin bahagia.
KKS kata doa selalu supaya ditemukan jodoh yang baik. dan itulah yang aku lakukan sekarang. aku doa supaya aku ditemukan dengan 'adam' yang dapat bimbing aku lebih dekat dengan NYA. aku xminta yang terlalu soleh dan alim kerana aku juga bukan solehah.tapi aku pinta supaya aku dijodohkan dengan orang yang dapat membawa aku lebih dekat dengan Allah kerana aku insan lemah yang perlukan bimbingan. aku juga pohon jika memang tertulis aku tidak berpasangan di dunia ini, supaya Allah ajarkan aku redha.sesungguhnya DIA yang maha mengetahui.
lately aku suka tulis status jiwa-jiwa dekat twitter sebabnya xramai kawan2 yang kenal aku di twitter tu.aku bebas nak luahkan ape saje.selain dari retweet la kan.hihi.xtau la...bila umur dah cecah 22 ni naluri untuk berpasangan tu terlalu kuat.apatah lagi bila tengok kawan2 tu ada yang dah jadi parents dh pun.membuak2 okeh
kata KKS lagi, aku bertuah sebab aku xpernah melepaskan cinta aku pada sesiapa.kalau cinta yang tepuk sebelah tangan yang mana cinta bukan sepenuh hati tu x dikira la kan.kiranya suami aku nanti akan dapat cinta pertama dari aku dan insyaAllah yang terakhir.sebab kata KKS :
"lepas kecewa kerana cinta dia terfikir.dia nak serahkan cinta pertamanya kepada sang suami.tapi apakan daya cinta pertama nya telah diberi kepada orang lain yang xberhak"
alhamdulillah!sebenarnya dah lama KKS bagitau aku pasal benda ni.aku sendiri xpasti dia ingat atau x.tapi sedikit sebanyak aku ambil kata2 dia tu untuk kekuatan aku.benar!aku bertuah kerana aku masih ada cinta pertama tu.cinta yang xpernah dilepaskan untuk sesiapa cuma untuk Allah swt.
alamak terlebih jiwang la pulak entry nih.haha kan dah kata mesti aku melalut punya.sakan!!xpe lah aku harapkan kita semua mencari cinta yang halal yang membawa kepada bahagia kita.sandarkan hanya pada ALLAH dan bukan pada manusia.yes! saya sedang belajar untuk lebih dekat dengan Pencipta ku.
Ya Allah yang maha pengasih dan penyayang.hanya kepadaMu aku memohon.jauhkan kami dari mendekati yang haram dan jauhkan kami dari sentiasa melakukan perkara yang tidak baik.
Ya Allah jika ditakdirkan aku bertemu jodoh (suami) di dunia ini, jadikanlah suami aku itu seorang insan yang dekat denganMu. seorang suami yang akan membimbing zaujahnya lebih dekat kepadaMu dan seorang suami yang berhasrat untuk sentiasa kekal bersama hingga ke syurga.
aku juga mohon Ya Allah, kurniakan aku seorang suami yang akan menegur aku ketika aku silap, yang akan menasihati aku ketika aku leka, yang akan menjadi sahabat ku ketika aku memerlukan dan yang akan menjadi imam untuk solat ku dan anak2 ku.insyaAllah amin.
6 comments:
same jugk .. hati kecil aku nak kan seseorang .. itu fitrah sbb kita mmg di jadi kan berpasangan ..
mungkin rezeki kita belum lagi .. ALLAH bagi kita masa utk betul2 bersedia menerima tanggungjawab sbg seorang isteri ..
aku yakin ko akan dpt jodoh yg baik sbb ko sendiri mmg orang yg baik2 .. teruskan berdoa ,, ALLAH MAHA MENDENGAR ,, ;)
semoga kamu ketemu dengan seorang yang cintakan kamu kerana Allah.. =)
azzren : sabor2.hehe
pondok usang : thanks bro.insyaAllah :)
Gatei eh dia. Hehe :P
Sampai jodohnya, adalah nanti :)
P/s : Nak lagi cepat, suruh ayah cari calon :D
saya suke bace bloq awk..sangat menarik..bile bace rase sedih pon ad sbb teringat dekat seseorang..
thanks azieyla sudin.biasa2 je.just taip apa yg terlintas.huhuu
Post a Comment