siapa pernah tengok header seorang blogger yang bertulis " untuk kawan-kawan yang kita suka ". agak-agak boleh teka x blogger mana yang aku tengah perkatakan sekarang ni.hehehe
bagi orang yang xberapa minat penulisan yang ala-ala paper bahasa melayu mesti rasa bosan bila baca blog dia. tapi bagi aku pulak walau pun kadang-kadang penulisan dia tu nampak simple tapi ia penuh dengan maksud tersirat.cuma korang usha sendiri setiap entry dia.pasti ada sedikit info atau pengajaran yang ko dapat.
aku baru je jumpa blog dia dalam 5 bulan lepas. rupanya dia dah menulis di blog terlalu lama. kebanyakkan pasal teater yang dia join ada dimasukkan di blog itu. yes!!dia terlibat dengan teater. dan sekarang dia sangat-sangat terkenal di seluruh malaysia.
sebelum ini aku tidak begitu menyukai dia kerana bagi aku dia sombong. tapi aku suka dengan lakonan dia.kemudian aku mula nampak serba sedikit sikap dirinya yang tidak sombong dan rajin melayan peminat2 nya.
rasanya ramai yang tidak tahu bahawa dia bermula dengan teater sebelum menjadi seorang pelakon tv. banyak teater yang dia terlibat sebelum bergelar pelakon tv ini. owh jangan xtahu dia juga banyak menulis puisi, skrip dan bermain alat muzik.paling xdisangka dia juga pernah mengarah teater.hebat bukan bagi seorang anak muda ini kerana mampu mengarah teater,
kalo korang semua dah terjah blog dia nanti aku rasa korang sendiri xdapat nak kenalpasti yang mana satu puisi atau yang mana satu catatan.kerana semuanya seakan sama. tapi kalo korang ada beli buku bertajuk BOGEL MENUJU TUHAN korang akan nampak hasil puisi yang dia ilhamkan.
disebabkan bakat mencipta puisi itu lah dia telah membuat kejutan buat isteri tercintanya di hari persandingan mereka. yes mereka memang sangat secocok.suka aku melihat mereka berdua ketika bergandingan di pelaminan nan indah.
kesimpulannya bagi aku walau catatan yang dibuat nya tidak sehebat sasterawan negara tapi kalau korang baca blog dia mungkin akan memberi sedikit info.dengan syarat korang jangan la baca setiap catatan dia dengan membabi buta sahaja. kalau korang baca sambil lewa korang memang xkan dapat apa-apa pun.
aku sendiri sudah 4 hari berusaha menghabiskan buku BMT itu kerana aku sendiri sedang cuba mencerna maksud setiap helaian di buku tersebut. sukar untuk difahami jika hanya dibaca tanpa minda yang terbuka. dan pasti ada yang mengatakan catatan nya itu seperti sampah jika tidak memahami ayat yang digunakan dalam setiap catatan nya.
dia yang aku maksudkan adalah seorang insan yang bagi aku luar biasa pemikirannya iaitu ZAHIRIL ADZIM. pelakon cerita juvana yang semakin meningkat naik.
berkesempatan menghadiri wedding mereka |
pelengkap rusuk kirinya |
akhir sekali semoga mereka berbahagia hingga akhir hayat, dikurniakan cahaya mata yang soleh solehah serta saling melengkapi antara satu sama lain. sangat sepadan mereka berdua.
insyaAllah dirahmati oleh Allah selalu |
jangan lupa usha sini ye zahiriladzim.blogspot.com
p/s : sangat-sangat mengagumi ZA. owh ye mak dan ayah shera sgt sempoi ^_^