Thursday, January 20, 2011

~~~~ ayoub & tiramisu ~~~~~~~ (^_^)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Wah skema lak macam nak tuis pidato je…hahaha
Entry arini pasal drama ler…tgk tajuk entry ni pown dh leh agak pasal drama….
Orait..utk pgtahuan aku ni memang kaki tv la….bukannya kaki aku ni bentuk macam tv.
Tapi sebab aku ni suka sangat3.. tengok tv.xkira la citer ape pown suma aku bedal janji citernya best la…
Kalo xbest aku xnak la tengok.
Ag satu aku ni lebih suka tengok citer melayu dari citer omputeh.
Kalo ada citer omputeh yang best bagi aku baru la aku layan…contoh macam citer animasi ke,pasal budak2 ke atau citer yang action ke…jnji dapat menarik perhatian aku.
Tapi yang aku nak citer skang ni bukan pasal citer omputeh tu suma…
Aku nak citer pasal drama AYOUB dan TIRAMISU…
Ayoub ni aku xtau macam mana aku leh follow dari mula sampai sekarang.
Mayb malam ni episode akhir sebab dalam iklan kata mggu akhir.
Nak kata esok last tipu ar kan sebab citer tu tayang setiap selasa-khamis je….
Tapi bagi aku citer ni memang best ar…
Aku suka dengan watak ayoub tu by iqram dinzly…
Perwatakan yang baik,sopan,suka membantu,merendah diri dan sering redha dengan apa yang terjadi.
Kadang-kadang aku berangan gak nak dapat suami macam ayoub ^_^
Tapi bak kata member2 aku la…MUSTAHIL!!!
Ada ag ke orang macam ayoub kat dunia ni….dalam dunia glamour ada ar
Dalam dunia nyata ni kalau ada pun 1 dalam sejuta…itu pun ntah kat mana orang macam tu.
Tapi memang menarik la….
Satu ayat dalam citer tu yang aku suka.ayat yang ayah ayoub bagi pada dia dan dia pegang sampai dia dah dewasa.
“ TANGAN SI PEMBERI BUNGA AKAN TETAP KEKAL WANGI”
Kata-kata tu yang dia pegang sampai dia berjaya…dia tetap redha dengan apa yang berlaku even orang buat macam2 kat dia…tambah-tambah lak aidil by fizz fairuz…
Aidil yang dia kawan dari kecik yang pernah berjanji bersama-sama dia iaitu 4S iaitu sahabat,sepupu,sehidup,semati…..
Tapi aidil tu la yang dah menghancurkan family dan bisnes ayoub….hampeh betul..berangin je aku ngan aidil tu…memang berjaya la fizz bawak watak tu sebab aku rasa benci je bila tengok dia dalam citer tu..
But pengajaran yang aku rasa aku dapat dari citer ayoub tu
1.       Kena sentiasa redha dengan ujian Allah
2.       Bersyukur atas apa yang diperoleh.
3.       Jangan tamak dengan harta kekayaan dunia sehingga membuang family sendiri
4.       Sentiasa membantu masyarakat yang memerlukan
5.       Kena selalu bersabar dengan apa yang terjadi
6.       Jangan cepat menuduh orang lain
7.       Jangan mudah mendengar cakap-cakap orang tanpa bukti yang betul
8.       Sayangi keluarga walaupun mereka dah berbuat jahat pada kita
Ha itu baru separuh je pengajaran yang aku dapat…banyak ag sebenarnya..
So maksud aku disini citer tu memang banyak la pengajarannya…
Even citer tu nampak macam bese je kan….
So kalo disuruh aku choose bape bintang nak bagi…
Aku nak bagi 4 ½ bintang daripada 5 bintang.(^_^)
Wah memang best sangat nih citer dia.hahaha…


Skang nak story pasal citer tiramisu kat tv3 tu kul 6.30..bersiaran dari ari isnin hingga khamis…
Pergh citer ni pown not bad la…
best gak..suka tgk piere andre dlm cter tu..comel sgt and nmpk macam kebudak-budakan.
cter tu mcm sweet and kelakar.hahaha
tp xla se best citer ayoub.huhuhu...
sebab kadang-kadang aku pening ngan citer tu..
tapi muka benny yang jd member si melur dalam citer tu muka dia bagi aku sebijik macam angah raja lawak.
but boleh tahan la citer tu even kadang-kadang aku tertido masa tengok citer tu.hahaha
penat lorh....
tapi yang xbest nya aku xleh tengok detektif conan dah coz tiramisu start dari kul 7-8 malam.
conan start kul 7.30.cam ne nak tengok.waaa
xpe la ku berkorban demi tiramisu.hahaha poyo jerk...



jom sama-sama kita layan citer nih..hahaha check it out... (*_*)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...