Thursday, January 27, 2011

kepala berbintang2 ****

hellu everyone...
arini aku xtau la terlebih penat ke   terlebih rehat..
mana xnya masa kat kedai aku dah terlentok dah....
nak kata tido lambat xde la lambat mana....
1.30 aku dah terbongkang atas katil dah.
hari yang sebelum tu kul 2.30 kot aku tidow elok je aku masa kat kedai....
ni masa tengok tv tadi citer 6 progresif aku dah terpejam.....
yang peliknya time iklan elok je aku terjaga....
pehtu citer mula balik mata aku pun terpejam la jugak...
hampeh betul!!!
ter miss aku citer tu..
bangun-bangun tengok citer s3ram kat ria..
sakit ati kowt tgk citer tu.ending macam hampeh..
wat penat tgk je..tau la dia wat 3 story skali...
tapi at least bagi la ending yang best sikit.
dah abis suma mata rasa macam nak pejam dah...
tapi dah memang habit aku.
before tidow online dulu..
so tu yang aku leh update blog nih.
masa buka fb lak aku baca entry member aku....
leh lak wat entry pasal perbualan antara kuali.mangkuk ngan sudu....
hahaha...yang buat kepala aku bertambah bintang-bintang yang berpusing bukan sebab pe pun...
dia tulis bahasa melayu celup...^_^
pening aku nak pahamkan apa dia tulis..even benda tu simple je pun.huhuhu.
cuma otak aku lembab sikit nak mencerna apa yang aku baca tu..
ape2 pun...hari ni aku sangat-sangat ngantuk tapi bila dah on9 rasa ngantuk pun ilang.hahaha


Sunday, January 23, 2011




hidup kita umpama anak panah
kita dah ada sasaran dah
kita tau apa kita nak
kita tau apa sasaran kita
tapi bila ditiup angin anak panah tu menyimpang jauh
lain yang kita nak lain yang kita dapat
suka atau tidak kita kena teruskan


Friday, January 21, 2011


daun di atas tanah ditiup angin
tanah bergolak ditimpa batang kayu
aku xtau macam mana
aku xtau bagaimana
aku xtau nak buat apa
aku xtau nak mengadu pada siapa
adakah benar aku akan kehilangan kamu???






Thursday, January 20, 2011

~~~~ ayoub & tiramisu ~~~~~~~ (^_^)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Wah skema lak macam nak tuis pidato je…hahaha
Entry arini pasal drama ler…tgk tajuk entry ni pown dh leh agak pasal drama….
Orait..utk pgtahuan aku ni memang kaki tv la….bukannya kaki aku ni bentuk macam tv.
Tapi sebab aku ni suka sangat3.. tengok tv.xkira la citer ape pown suma aku bedal janji citernya best la…
Kalo xbest aku xnak la tengok.
Ag satu aku ni lebih suka tengok citer melayu dari citer omputeh.
Kalo ada citer omputeh yang best bagi aku baru la aku layan…contoh macam citer animasi ke,pasal budak2 ke atau citer yang action ke…jnji dapat menarik perhatian aku.
Tapi yang aku nak citer skang ni bukan pasal citer omputeh tu suma…
Aku nak citer pasal drama AYOUB dan TIRAMISU…
Ayoub ni aku xtau macam mana aku leh follow dari mula sampai sekarang.
Mayb malam ni episode akhir sebab dalam iklan kata mggu akhir.
Nak kata esok last tipu ar kan sebab citer tu tayang setiap selasa-khamis je….
Tapi bagi aku citer ni memang best ar…
Aku suka dengan watak ayoub tu by iqram dinzly…
Perwatakan yang baik,sopan,suka membantu,merendah diri dan sering redha dengan apa yang terjadi.
Kadang-kadang aku berangan gak nak dapat suami macam ayoub ^_^
Tapi bak kata member2 aku la…MUSTAHIL!!!
Ada ag ke orang macam ayoub kat dunia ni….dalam dunia glamour ada ar
Dalam dunia nyata ni kalau ada pun 1 dalam sejuta…itu pun ntah kat mana orang macam tu.
Tapi memang menarik la….
Satu ayat dalam citer tu yang aku suka.ayat yang ayah ayoub bagi pada dia dan dia pegang sampai dia dah dewasa.
“ TANGAN SI PEMBERI BUNGA AKAN TETAP KEKAL WANGI”
Kata-kata tu yang dia pegang sampai dia berjaya…dia tetap redha dengan apa yang berlaku even orang buat macam2 kat dia…tambah-tambah lak aidil by fizz fairuz…
Aidil yang dia kawan dari kecik yang pernah berjanji bersama-sama dia iaitu 4S iaitu sahabat,sepupu,sehidup,semati…..
Tapi aidil tu la yang dah menghancurkan family dan bisnes ayoub….hampeh betul..berangin je aku ngan aidil tu…memang berjaya la fizz bawak watak tu sebab aku rasa benci je bila tengok dia dalam citer tu..
But pengajaran yang aku rasa aku dapat dari citer ayoub tu
1.       Kena sentiasa redha dengan ujian Allah
2.       Bersyukur atas apa yang diperoleh.
3.       Jangan tamak dengan harta kekayaan dunia sehingga membuang family sendiri
4.       Sentiasa membantu masyarakat yang memerlukan
5.       Kena selalu bersabar dengan apa yang terjadi
6.       Jangan cepat menuduh orang lain
7.       Jangan mudah mendengar cakap-cakap orang tanpa bukti yang betul
8.       Sayangi keluarga walaupun mereka dah berbuat jahat pada kita
Ha itu baru separuh je pengajaran yang aku dapat…banyak ag sebenarnya..
So maksud aku disini citer tu memang banyak la pengajarannya…
Even citer tu nampak macam bese je kan….
So kalo disuruh aku choose bape bintang nak bagi…
Aku nak bagi 4 ½ bintang daripada 5 bintang.(^_^)
Wah memang best sangat nih citer dia.hahaha…


Skang nak story pasal citer tiramisu kat tv3 tu kul 6.30..bersiaran dari ari isnin hingga khamis…
Pergh citer ni pown not bad la…
best gak..suka tgk piere andre dlm cter tu..comel sgt and nmpk macam kebudak-budakan.
cter tu mcm sweet and kelakar.hahaha
tp xla se best citer ayoub.huhuhu...
sebab kadang-kadang aku pening ngan citer tu..
tapi muka benny yang jd member si melur dalam citer tu muka dia bagi aku sebijik macam angah raja lawak.
but boleh tahan la citer tu even kadang-kadang aku tertido masa tengok citer tu.hahaha
penat lorh....
tapi yang xbest nya aku xleh tengok detektif conan dah coz tiramisu start dari kul 7-8 malam.
conan start kul 7.30.cam ne nak tengok.waaa
xpe la ku berkorban demi tiramisu.hahaha poyo jerk...



jom sama-sama kita layan citer nih..hahaha check it out... (*_*)

Sunday, January 16, 2011

bila seseorang akan berubah???

as salam..bila agaknya seseorang akan berubah???persoalan yang sering aku tnyakan pada diri aku sendiri.berubah dari segala segi.penampilan,perangai,percakapan,perbuatan dan segala-galanya....
ramai kawan-kawan aku dah mula berubah.tp bila masa utk aku pulak yang berubah.
kadang-kadang rasa takut itu ada dalam diri seseorang walau seberani mana pun dia.
bila teringatkan persediaan dalam diri untuk menghadap Yang Maha Esa rasa gementar itu pasti ada...tapi perubahan tidak pernah dilakukan.macam mana tu...
aku suka baca status2 dari syahirul.com....
status dia kebanyakkan nya memang kena pada aku.banyak juga aku belajar dari status2 yang dia letakkan..terima kasih pada syahirul.com atas status2 anda...
aku akui aku belum betul2 bersedia untuk mengadaNYA...
andai kata hidup aku terhenti dalam masa terdekat ini aku rasa memamg aku akan menyesal kerana belum cukup amalan aku untuk membawa aku ketempat yang aman disisi NYA....tapi persoalannya BILA AKU INGIN BERUBAH????
agaknya aku belum betul-betul mengenal hidup aku ini.
aku belum betul-betul tahu apa makna kehidupan,
belum betul-betul tahu apa tujuan aku dihidupkan di dunia ini....
Ya Allah bukala pintu hatiku ini supaya sentiasa taat padamMU,
mematuhi segala ajaranMU...
sesungguhnya rasa kesal itu ada tapi perubahan itu tidak ada.
semoga ada seseorang yang boleh membimbing aku ke jalanMU 
yang dapat membantu aku sentiasa sujud padamu dalam penuh perasaan redha...
semoga aku maasih sempat menunaikan janji0janji ku padamu sebelum kau memanggil aku menghadap MU Ya Allah....

Wahai manusia.. renungi sebentar.. adakah kamu sudah bertaubat hari ini? saat ini? adakah kamu sudah bersedia dgn amalan apabila malaikat maut ingin mengambil roh kamu sedang kamu masih leka? mungkin 40 hari yang lalu daun yang tertulis nama kamu pada pohon di atas Arasy telah gugur dan daun tersebut telah dilihat malaikat maut?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...