Tuesday, October 10, 2017

hepi belated birthday to me =)

Assalamualaikum

lamanya tak update blog weh.sejak2 aku patah hati tu sampai la ni baru nak update.ahad lepas aku sambut besday yang ke 2* hahahah rahsia ar.yang pasti dah tua la usia aku sekarang.kalau tahun2 sebelum ni memang aku sentiasa tunggu tibanya hari besday aku.tapi sejak peristiwa tahun lepas aku tak tunggu dah besday aku.

tahun lepas masa hari jadi aku tu aku ada dengan ex aku.hurmm beriya la dia layankan aku masa hari besday tu tapi end up sekarang dah putus pun.totally putus.kalo ikutkan masa besday aku tahun lepas tu dia memang dah kantoi dah dia tu tunang orang.tapi aku yang bodoh still terima dia still sayang dia.tapi lepas peristiwa tu aku lost dah ngan dia.memang aku yang request itulah pertemuan terakhir kami sebab lepas dari tu aku cuba untuk lepaskan dia sepenuhnya.tapi siapa sangka dah setahun pun aku masih belum lepaskan dia.walhal dia dah bahagia dengan tunang dia tu T_T

aku kat sini masih sakit,nangis,jiwa kacau.hahaha bodoh kan aku.padahal dia dah tak kisah pun pasal aku.ramai yang pesan pada aku cukup-cukup lah tu nak sedih.sayang diri sendiri.tapi aku tak de jawapan untuk tu.maybe kalau korang berada pada situasi aku korang akan lebih faham.

cinta pertama!yup dia cinta pertama so macam mana aku nak lupa dengan mudah.aku ikhlas sayangkan dia,cintakan dia.aku buat yang terbaik untuk dia.aku cuba beri semampu aku untuk dia.bila dia mengeluh aku dengar,dia bosan aku teman,dia marah aku coolkan,dia penat aku layankan.tapi end up habis!hahaha jodoh aku bukan dengan dia.aku tau tu tapi untuk aku lepaskan dia sepenuhnya aku belum mampu.pedih rasa hati.bagai dicarik2.aku ajar diri aku sayang dia,cinta dia,terima kelemahan dia.tapi akhirnya aku merana.memang kami banyak berbeza dari banyak segi.memang bagai langit dengan bumi.dari segi kehidupan,pekerjaan,pendidikan,kewangan dan lain2 lagi.tapi aku ikhlas terima dia seadanya.akhirnya dia permainkan aku dan maki aku.hina betul aku kat mata dia.

bukan nak mengungkit tapi kadang aku harap yang dia sedar bahawa aku pernah wujud dalam hidup dia.hadir sebagai seorang kekasih yang berkorban untuk dia.seorang kekasih yang sentiasa support dia waktu dia susah,sakit,kecewa,gembira.tapi aku tahu dia tak pernah ingat semua tu.dipandangan dia sekarang aku tak ubah seperti sampah yang hanya layak dicampak.aku ni manusia hina yang pernah wujud antara dia dan tunang nya.sedangkan dia kenal aku dulu berbanding tunang dia.dia tunang waktu dia dah bercouple dengan aku.arghhh it's hurt.dan aku akan menangis dan terus menangis bila berbicara mengenai dia.sakit!!!hanya aku yang tahu apa yang aku rasa.dia tak kan pernah tahu dan faham.

sebab tu bermula dari tahun ni aku memang tak tunggu tibanya besday aku.sebab kenangan tu menyakitkan.sebab aku akan rindukan dia.aku akan ingat peristiwa tu,tak pernah aku memangis bila tiba hari jadi aku.tapi dua tahun ni aku menangis bila tibanya hari jadi aku.sedih....aku nak sangat diri aku yang dulu.diri aku waktu tak pernah jumpa dia.25 tahun aku jaga diri aku dari disakiti,aku bahagia dengan life aku yang dulu.yang tak kisah aku tak punya sesiapa.diri aku yang tak heran even aku tak de pakwe.

tapi dia datang ketuk pintu hati aku.berjanji bermacam2 dengan aku.walhal aku dah pesan "andai tak mampu jaga hati aku, jangan sentuh hati aku".tapi tak....dia janji macam2.dia yakinkan aku.waktu ayah aku meninggal dia kata dia tak kan pernah tinggalkan aku sedangkan masa tu dia dah tunang pun.hari dia tunang dia wasap kata nak datang jumpa mak raya cina,hari dia tunang dia kata dia rindu aku.hurmmm aku tak pernah lupa pun.masih kekal segar semua tu dalam minda aku.masih jelas segala kata dan perbuatan dia pada aku.

tipu kalau aku kata aku tak rindu.jujur aku sangat2 rindu dia.walau aku tau dia tak ingat aku.aku tau Allah dah simpan yang lebih baik untuk aku.tapi untuk aku melepaskan dia aku masih belum mampu.aku cuba bukan tak cuba.tapi impak kehadiran dia terlalu kuat untuk aku buang.

aku cuma harap korang doakan la aku terus kuat,moga Allah berikan aku yang lebih baik,yang ikhlas sayangkan aku,yang jujur cintakan aku kerana Allah,yang boleh bawa aku lebih dekat dengan Allah,yang boleh jadi mahram untuk teman kan aku ke mekah :)

harapnya akan ada someone yang mampu buatkan aku jadi gembira semula bila tibanya hari jadi aku di masa akan datang.doakan untuk aku ye.moga Allah berikan yang baik2 buat korang semua

tq along belanja celebrate birthday.love u
p/s : hepi besday untuk mak jugak 9/10/2017.sambut sekali mak sebab besday selang sehari je 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...