Assalamualaikum
so kita sambung entry trip ke krabi aritu ye.lepas dah sampai ke bukit kayu hitam pagi tu kami terus masuk melalui imigresen dan parking kereta dekat the zone.oh sebelum tu aku inform lagi sekali aku ambik pakej ke krabi ni melalui company ayden averroes yang diwakili oleh agen kak maliza tak silap nama dia.dengan harga RM349/pax dari bukit kayu hitam.pakej tu selama 3 hari 2 malam.dekat facebook tu bersepah pakej dari company diaorang ni sebab agen lain2.
so sehari sebelum kami diarahkan untuk tunggu di parking D the zone.untuk yang tak tahu the zone ni adalah mall yang terletak diantara malaysia dan thailand.parking tu kat belakang the zone tu je.korang jangan tersilap masuk plak.sebab dekat situ ada parking untuk bermalam dan parking harian.so jangan salah masuk pintu ye.
kami pun menunggu la kat situ sebab kalo ikut jadual ada 2 van yang pergi sekali kami ni.alhamdulillah disebabkan kami ada 9 orang so kami diletakkan dalam satu van tanpa bercampur dengan orang lain.maka kami pun buat van tu macam kami punya.hahaha agak lama gak menunggu dekat the zone tu sebab kami sampai awal dan kami kena tunggu geng2 lain yang lagi 6 orang tu.kebetulan ada satu lagi van dari company yang sama tapi trip diaorang dari BKH - krabi - phuket.
tak berapa lama lepas tu 3 orang ahli lagi sampai.so just tunggu lecturer kami yang dua orang tu je lagi untuk sampai.so sementara tunggu ahli cukup kami pun contact one of friends yang keje dekat MAQIS bukit kayu hitam tu.last jumpa masa member kawen beberapa tahun lepas.dulu teringin gak nak keje maqis tapi sedar diri tak kan lepas ujian fizikal.hahhaah aku gemok oiii
|
kami berenam.tunggu lecturer sampai |
|
jumpa dayah kejap :) |
lepas dah cukup ahli jemaah seramai 9 orang so kami pun start gerak masuk ke thailand.sebelum masuk tu macam biasa la kena la isi white card dan cop passport dulu.agak panjang gak la beratur masa tu sampai ke belakang bangunan kami beratur sebab ramai sangat.masa isi white card tu agak blur gak sebenarnya.aku pun terlupa nak ambik gambar white card tu macam mana.tapi dalam tu korang kena isi nama, tempat nak gi,tempat korang stay,keje ape dan ada sikit lagi kena isi tapi aku tak ingat plak.
make sure korang tau nama hotel/chalet korang plus no flat van korang naik.masa dekat imigresen tu dia tanya salah sorang ahli kami ni stay kat mana.alhamdulillah sebelum gerak semalam nya aku dah tanya akak maliza tu kami stay hotel mana.no flat van memang masing2 tak ingat.yelah kau baru gerak naik van masuk tak sampai 5 minit dah kena turun sebab nak cop pasport.tak ingat langsung nak tanya no flat van tu.tapi sebenarnya bergantung pada imigresen tu je.kalo dapat yang ok maka mudah la.masa turn aku imigresen tu ok je.bukak pasport dan cop je takde tanya pape pun.dari 9 orang tu hanya 2 orang je yang takde kena soal.lain semua kena soal stay mana la,naik ape la.dah la imigresen nya tak senyum langsung.huhuhu
|
beratur menunggu cop imigresen sambil mengisi whitecard |
settle dapat cop tu terus kami gi kat van.sebelum naik van pakcik tu dah tunjuk mana nak beli simcard thailand.simcard tu plak memang ada yang khas untuk internet sahaja.member aku beli simcard yang boleh share 2 orang dengan harga 150baht.eh tapi sebenarnya boleh je guna lebih dari 2 orang sebab member aku try hotspot seramai 3 orang elok je boleh.lagi satu ada simcard yang boleh share seramai 5 orang tapi tak sure berapa harga nya sebab lecturer aku pun tak jadi beli.aku tak beli pun simcard sebab aku just add on roaming RM10 menggunakan telco DIGI.so nanti pandai2 korang pilih mana yang berbaloi.aku guna roaming RM10 from digi dengan internet sebanyak 2GB beserta 60 minit call.
settle bab simcard kami mula gerak ke krabi.tapi kami tak sarapan lagi sebenarnya.jam lebih kurang pukul 9.45 pagi waktu malaysia dah masa tu.maka masing2 merengek kat pakcik van kata lapar.oh waktu thailand lambat sejam dari malaysia.means kalau di malaysia pukul 1 petang di thailand baru 12 tengahari.ok done part waktu.kalau korang ambik pakej dari ayden averroes ni korang tak perlu risau nak makan kat mana.sebab driver ni akan bawak korang ke kedai makanan halal dan sedap.dari hari first sampai last day tak dengar langsung dari mulut kami kata makanan tak sedap.semua sedap!so jalan punya jalan pakcik driver tu stop kat kedai makan di hatyai.kat sana kami dengan 2 buah van lagi stop makan tengahari sebelum teruskan perjalanan.
|
lunch |
|
ni lunch yang aku ambik plus teh o ais.total 100baht |
settle makan kami teruskan perjalanan.giler jauh weh nak sampai ke hatyai.aku dan kengkawan dah 5 kali tido bangun - tido bangun tapi still tak sampai lagi.hahaha nasib van selesa kalo tak kematu la.pakcik tu plak masa tu memang drive je.kalo sembang pun ngan si kemal pasal kemal dok sebelah dia and si kemal kecek kelate.pakcik tu asal narathiwat so pandai cakap kelate.elok terjaga kami masing2 nak ke toilet.aku tak sure la sana memang takde RNR macam malaysia ke pe.so pakcik tu berhenti kat stesen minyak tapi stesen minyak tu memang besar giler.ada toilet,7eleven dan tempat duduk2.so kami stop ke toilet dan gerak semula.kalo kedua stop lagi untuk ke toilet dan pakcik tu isi minyak van.kami pulak ambik kesempatan gi masuk 7eleven nya untuk tengok apa yang patut.
|
besar kan stesen minyak dia.tak silap ni untuk NGV je |
|
terselit pakcik tu disitu |
|
7 eleven sana sama je macam kat malaysia,barang pun lebih kurang bezanya barang kat sana guna bahasa diaorang la |
lepas dari tu kami terus gerak non stop ke hotel.memang bermula la aktiviti mentido kami sampai la ke krabi tu.adala dalam 4-5 jam gak nak sampai ke krabi tu.kami stay kat Phu Panwa Resort.hotel ni memang selesa sangat.kami sampai lebih kurang jam 4 petang waktu malaysia.kami dapat 3 bilik di tingkat atas dan 1 bilik di tingkat bawah.dapat yang bawah tu pun sebab kami ambik extra bed untuk 3 orang.tapi bilik memang selesa sangat dan best.cuma lantai toilet je terlalu licin and aku terjatuh masa malam pertama di sana.lepas tu terus aku letak selipar dalam toilet tu.nasib ada fipper.hahaha
|
bilik kami betul2 depan kolam yehaaa |
masa check in ni macam biasa la korang kena isi nama and bagi diaorang fotostat passport salah seorang ahli untuk bilik tu.contoh setiap bilik 2 orang so kena la bagi passport salah sorang untuk diaorang copy dan simpan.
lepas dah bersihkan diri,solat and relax jap kami keluar semula jam 6 petang waktu thailand.kami gerak ke 7 heaven tapi kami tak turun pun.kat situ just untuk ambik gambar tapi sebab masa tu dah gelap sikit so kami malas nak turun plus kena bayar 100baht sorang kalo nak masuk.
|
sebelum naik van |
|
all of us bersama pakcik ysop driver kami |
lepas dari gi 7 heaven tu kami terus gerak di makan malam.dekat krabi jam 6.30 waktu thailand tu dah gelap dah.macam maghrib dah la.kat sana waktu solat pun cepat so jangan confuse tau.kalau tak tau tanya je ngan pakcik driver tu.so pakcik tu pun bawak kami dinner ke kedai halal.tapi masa ni blur and kami just makan biasa2 je.
|
dinner di sini |
|
aku dinner teh o ais + nasi goreng daging.total RM 130baht.yup kedai ni mahal sikit la |
lepas selesai dinner pakcik tu bawak kami beli tshirt dan cenderahati di satu kedai tu.takde la murah sangat tapi boleh la.lepas tu dia bawak jalan2 sekitar aonang dan juga tempat shopping.aku tak tahu la nama tempat tu.tapi kalo dibandingkan dengan malaysia ibarat macam kat pantai chenang la.sebijik pun macam pantai chenang.kat situ korang boleh jumpa berpuluh tempat massage dan kedai2 makan.tapi hati2 sebab kat situ kedai makan nya banyak yang hidang arak.ada pelayan tu dia panggil kami masuk duduk makan situ.katanya diaorang ada makanan halal.tapi selain tu diaorang juga hidangkan arak di kedai yang sama.so tak sure gelas diaorang tu suci or tak.better tak payah la.mcdonalds kat sana pun ada hidang daging babi,nasib la kawan aku si kema tu perasan benda tu.asalnya masuk sana nak beli bubur tapi bubur tak de jual.
|
kat sana diaorang mengagungkan pemimpin diaorang.so memang banyak gambar pemimpin diaorang sebagai papan tanda |
aku tak shopping sangat sebab tak de ape pun nak dibeli.tapi kami pergi massage kat sana.rugi la kalau gi thailand tapi tak massage.kebanyakkan massage kat sana selama sejam tapi kami just nak 30 minit je sebab tak cukup masa.mula2 orang tu charge 30 minit tu dalam 150baht tapi kami minta diskaun.nasib la dia boleh speaking.
harap maklum kat krabi tak ramai yang boleh berbahasa inggeris ye.so lepas kawtim2 kami berempat gi la kedai dia tu.orang tu ingatkan kami empat2 tu nak buat massage sebab tu dia bagi harga tu.alih2 pujuk memujuk maka kami pun semua sekali menguru.si kema urut kaki.aku,kemal dan pikah urut belakang.tapi serius sedap weh.aku yang badan besor ni pun elok je dia urut.terlipat2 aku dibuatnya.nama urutan tu thai massage.diaorang ada pakej aroma massage dan lain2.eh sebab sedap la maka esok harinya kami repeat lagi mengurut di kedai yang sama dan kami bawak geng lain.hahhaa
|
massage 30 minit 130baht |
|
amoi yang jaga bahagian depan.ni semua muka happy lepas massage |
balik dari aonang tu kami singgah kedai makan.sebab masing2 lapor balik.maklum la semua perut beruang kan.so pakcik tu bawak singgah satu kedai ni.aku tengok lecturer aku tapau pad thai so teringin la nak cuba kan.lecturer aku dinner tadi pun dia order pad thai.suka sungguh dia.tapi lepas try serius tak menyesal.sebab sangat2 pad thai dia.sampai esok nya pun kami repeat beli lagi.hahahah dasar perut beruang.
|
pad thai ni 70baht |
lepas tu terus balik hotel semula dan rest.masa kami balik tu ternampak bebudak yang gi under company sama kami tapi diaorang tak keluar.just stay kat hotel je.diaorang ni gi under agen lain.hurmm tak syok weh sebab tak gi jalan memana pun diaorang,.maybe gak sebab diaorang bercampur kot satu van tu so tak ngam sangat la.
|
bajet untuk first day |
so done for first day kat krabi.nanti aku sambung entry untuk hari kedua pulak ye.last entry nanti aku share apa2 tips yang penting ok.sebab harini tak sempat nak siapkan.malam ni aku dah kena gerak ke klia untuk naik flight ke vietnam esok pagi.matilanakkk nak update entry nanti.hahahaha so doakan perjalanan aku guys.and doakan aku terserempak ngan jodoh aku waktu musafir ni.huhuhu
p/s : doakan aku jumpa jodoh aku tau.amin ^_^