Assalamualaikum
Baru semalam aku update pasal sue.hari ni aku dapat berita sedih.dari jam 6 lebih petang tadi kawan2 update pasal keadaan sue.masing2 bertanya macam mana keadaan sue. Dan akhirnya jawapan yang kami terima adalah 'sue dah meninggal'.
Allah...mengalir air mata belum lagi terhenti.lebih kurang 10 lebih tadi sahabat yang ada di IKN update kata sue dah xde.xmampu aku nak tahan air mata dari mengalir.
Dia pergi di hari jumaat yang mulia.Allah uji sue dengan kesakitan dan Allah pujuk sue untuk kembali di hari yang mulia.sayangnya Allah pada sue melebihi dari sayangnya kami pada sue.kami redha sue atas pemergianmu.tamat sudah penderitaan dan kesakitanmu di atas anugerah Allah ini.
Cantik pengakhiran kisah kamu sue.aku yakin kau dah bersedia untuk kembali pada pencipta kita.zikir yang sering membasahi bibirmu akan membantu mu sayang.pengakhiran kami pula ntah bagaimana.
Kamu sahabat yang baik sue.terlalu pahit rasanya nak masukkan memori bahawa salah seorang adik beradik kami di teknik dulu especially AT2 telah tiada.disaat kami ingin meraikan majlis perkahwinan amni esok kamu pula pergi tinggalkan kami.Allah berat rasanya.tapi kami redha sue.
Jujur aku rindu pada kamu.xpuas rasanya jumpa sue minggu lepas.tapi at least aku bersyukur sebab aku sempat jumpa sue.terngiang permintaan sue untuk sedekahkan alfatihah dan yassin untuk sue.insyaAllah sue tenanglah disamping sang pencipta.kami juga akan menyusul nanti.siti suasti yahya aku sayang kau sangat3.aku xkan lupakan sahabat aku ni.selamat tinggal dan selamat jalan dewi dan sahabatku
#AL FATIHAH SITI SUASTI YAHYA 1990 - 2015
No comments:
Post a Comment