~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Thursday, August 20, 2015

"ini anugerah Allah"

Assalamualaikum

Err lamanya aku xupdate blog ni.last update bulan april aritu. tambah pulak blog aku problem nak bukak semuanya gara2 nuffnang.xtau la apa masalahnya.tetiba kuar dah macam kod html je.okey lah harini nak share sikit story pasal kawan aku.

kalau korang pernah terbaca entry pasal kawan aku yang kena kanser payudara stage 4 di SINI korang akan faham ini adalah sambungan dari kisah tu.

lebih kurang lepas raya aidilfitri tahun ni aku tau sue dah masuk ke institut kanser negara di putrajaya. tapi aku xberkesempatan nak melawat sue di sana.lepas dari tu dari awal bulan ogos ni aku tengok ramai kawan2 update pasal keadaan sue.paling kerap update lebih kurang 2 minggu baru2 ni.masing2 pesan kalau berkesempatan pergilah melawat sue di IKN.

lepas aku tengok update2 pasal sue yang kawan2 tag kan di facebook sue, aku jadi xsedap hati kalau xmelawat.masa tu pulak elok ada 2 orang kawan bertanya kan aku pasal sue.dari situ lah mulanya decide nak melawat sue di IKN.memula2 aku dah pakat ngan sorang kawan nak gi hari jumaat petang dan balik sabtu tengahari.kawan aku tu pulak nak kahwin 22/8 ni.tapi 2 hari lepas tu dia mesej kata dia xdapat nak gi hari sabtu tu.dia gi hari keje biasa ngan kawan pejabat dia.aku xleh buat ape la.dah pening dah nak pikir camne nak gi lawat sue.

akhirnya penyelesaian yang aku jumpa adalah deal dengan akak aku yang dok KL tu.masa tu pulak dia xde buat apa2.so bila dia kata ok aku terus beli tiket train dekat batu gajah.tiket yang ada pun nyawa2 ikan sebab dah nak abis.dapat la tiket hari sabtu pukul 12.48 dan balik hari ahad pukul 1 petang.itupun train delay dekat 20 minit gak.

mula2 decide nak gi hari ahad tapi pikirkan tiket pukul 1 jadinya aku minta akak aku dan suami dia bawak kan aku gi lawat sue hari sabtu gak.aku sebenarnya dah train mind aku untuk jadi kuat depan sue.aku minta sangat aku xmenangis bila aku jumpa sue nanti.sebab aku nak tunjuk yang aku kuat supaya sue juga akan kuat.aku xnak menangis sebab aku nak sue tengok kami semua ni datang untuk bagi sokongan pada dia.

aku sampai ke IKN lebih kurang pukul 3.50 petang.naik je atas nampak ada 3 orang kawan teknik dulu sampai dah.sue pulak masa tu baru lepas dicucuk dengan ubat jadi dia macam sedar xsedar sangat.mata dia pun berat je sebab ubat tu ngantuk kan.tengok sue macam tu aku xde la tegur dia dulu.ingat nak bagi dia rest.so aku berdiri dekat hujung katil sue.aku tengok je sue masa tu.dia tetap cantik walau muka dah cengkung sikit.

tiba2 dalam aku berdiri dekat situ aku dengar sue sebut "sarah.sarah kan tu?". masa tu terus menitik air mata aku.xsangka langsung sue akan panggil nama aku.segala kekuatan yang aku kumpul sebelum nak jumpa sue supaya aku xmenangis depan sue punah.hanya dengar dia sebut nama aku, terus aku menangis.aku pergi dekat sue aku peluk sue, aku cium sue.lepas tu sue bisik sue cakap sakit.rupanya aku terpegang bahagian cucuk di tangan dia.aku sampaikan salam kawan2 kepada sue dan tiba2 juga sue keluarkan soalan "nain xdatang ke sarah?".Allah sebaknya rasa.nain tu kawan sekelas kami juga tapi sue kenal dia sebelum kami masuk teknik lagi.

lepas tu sue pesan "sarah kirimkan sue al fatihah ye.sue xlarat.nurse baru masuk ubat.mata pun xboleh bukak sangat.tapi sue nampak macam sarah tu sue panggil.xsangka sarah datang.sarah sedekahkan yassin untuk sue ye.sarah datang dengan sape?". aku cakap datang dengan akak dan dia panggil akak nak salam.akak aku pun sama empangan pecah gak.yelah kalau korang sendiri tengok keadaan dia korang pun akan menangis.

tapi dia kuat, cukup kuat.sue cakap sakit tu anugerah ALLAH pada dia.positifnya dia akan dugaan yang ALLAH beri padanya.rata2 yang melawat pasti akan menangis tapi dia tetap kuat.xde air mata yang dia titiskan didepan kami.terbalik pulak rasanya.patut kami yang pujuk dia supaya tidak menangis tapi sebaliknya.dia kata dia sakit sikit je.dia kuat jadi janganlah nangis.Allah tabahnya dia dalam menghadapi ujian ni.di tangan xlepas dengan tasbih.di bibir xlekang dengan zikir serta kalimah Allah.

sungguh aku xkuat.walau dibina setinggi mana pun tembok untuk aku halang air mata dari mengalir, aku xkan mampu.kerana aku nampak seorang wanita yang sedang berjuang untuk melawan penyakit nya.dulunya dia sangat aktif dengan sukan, kawad dan kadet tapi kini aku lihat dia di atas katil dengan wajah yang semakin cengkung.mana mungkin dapat aku tahan air mata dari mengalir.

tapi alhamdullillah perjalanan aku untuk melawat sue dipermudahkan.tercapai hajat aku untuk melawat beliau walau seketika.kata kakaknya xkan ada apa2 procedure lagi yang akan dibuat selepas ini kerana dia dalam kondisi yang memerlukan hanya penjagaan paliatif atau palliative care.jadinya dengan kehadiran rakan2 beliau dapat sedikit sebanyak membantu sue untuk lebih kuat dalam melawan sakitnya itu.

aku cakap pada sue "kawan2 lain nak datang tapi diaorang keje.insyaAllah nanti ada masa kami semua datang lawat sue". dan balasan dari sue "xpe sue faham.sedekahkan bacaan alfatihah dan yassin pun dah cukup.xdatang pun xpe.tolong sue ye sedekahkan al fatihah". insyaAllah sue kami sentiasa sedekahkan alfatihah buat sue dan sentiasa doakan agar sue kembali sihat seperti dulu.bak kata akak sedara aku yang juga nurse onclogy, stage 4 bukan penamat.semua nya kuasa dari Allah.dia kata dia dah tengok fighter yang stage 4 semakin sihat dan pulih kembali.

xcukup rasanya melawat sue tempoh hari.terasa ingin duduk disisi nya sepanjang masa.tapi apakan daya tugas juga perlu kami lakukan.insyaAllah sue walau kami tiada di sisi doa kami tetap untuk kamu.

SITI SUASTI BINTI YAHYA
maafkan kami kerana menitiskan air mata didepan mu.
maafkan kami andai air mata kami menjadi antara asbab kesakitan mu.
maafkan kami kerana hanya seketika dapat menziarah mu.
maafkan kami kerana kami tidak dapat membantu untuk melegakan kesakitan mu.
maafkan kami kerana hanya dapat mengungkapkan kata2 semangat pada mu.
tapi ketahuilah sue bahawa kami semua sayang akan kamu.
kami semua berharap agar Allah pulangkan nikmat sihat itu kepada kamu.
kami juga harap kami akan dapat melihat kembali sue yang cantik, aktif, lincah dan ceria seperti dulu.
kuat ye sue, itu ungkapan yang selalu kami ucapkan.
sedangkan kami tahu kamu sememangnya seorang yang kuat.
kamu seorang yang positif akan apa sahaja yang menimpa kamu.
sue, semoga dengan kehadiran kami ini dapat memberikan sokongan kepda kamu.
kami hanya mampu berdoa dan berikan sokongan kepada kamu.
semoga sedikit sebanyak ianya membantu kamu.
ingatlah sue kami semua ada dibelakang kamu.
andai kamu lemah ingatlah kami semua yang sentiasa mahukan untuk melihat kamu sihat.
andai kamu rasa sakit ingatlah kami yang turut merasa sakitnya walau tidak sesakit kamu.
andai kamu merasa ini adalah pengakhiran nya ingatlah bahawa kami masih berharap ia hanyalah satu permulaan.
yang pasti kami mahu inginkan kamu sihat seperti dulu.
AKU, KAMI, KITA, MEREKA, SEMUA
sayangkan awak 
SITI SUASTI BINTI YAHYA
awak kuat ye.semoga pahala juga berlimpah ruah untuk awak di atas anugerah Allah yang awak kata kan tu.sakit itu penghapus dosa kan ^_^
WE LOVE YOU SUASTI


sorry terpaksa blur kan pic sue untuk hormati keadaan beliau.doakan beliau ye ^_^
p/s : tolong sedekahkan bacaan yassin dan alfatihah buat sue ye kawan2.doakan juga supaya kesihatannya beransur pulih.amin

1 comment:

trip to the Bandung said...

semoga cepat SIHAT AMIIIIIIN,,,,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...