assalamualaikum
" sebelum tu aku nak minta maaf pada ibu bapa, keluarga dan sahabat-sahabat
arwah ammar kerana ada gambar, status atau perkara yang berkaitan yang aku
ambil dan print screen untuk diletakkan di dalam entry kali ni.
izinkan aku ambil dan mohon dihalalkan."
kelmarin (18/11/13) aku terbaca status seorang sahabat facebook berpangkat adik.tapi dia punya kejayaan lebih dari aku.boleh usha blog dia dekat
SINI .dia ada share pasal sorang student malaysia yang study kat turki.nama student tu AHMAD AMMAR BIN AHMAD AZAM berumur 20 tahun pada tahun ini (al-fatihah).arwah meninggal akibat kemalangan jalan raya sewaktu dalam perjalanan ke tempat pelajar-pelajar baru.
so aku nak tau gak la pasal apa kan.sebab budak yang share tu memang jenis share status2 yang berfaedah.bila aku bukak je link youtube tu, baru berapa minit aku tengok video tu terus menitik air mata aku.video tu seperti telah menjentik hati aku untuk tahu lebih lanjut lagi pasal adik ni.AHMAD AMMAR yang aku rasa sangat hebat dan istimewa.
so korang cekidaut dulu video ni ek.jap lagi aku sharing2 info yang aku baca [
pause lagu background dulu ye].
so dah tengok video tu??apa macam?menitik air mata kan.macam tu la keadaan aku kelmarin.menangis xhenti aku bila video ni dimainkan.tambah-tambah masa start tunjuk jenazah dan urusan pengebumian.makin laju air mata menitik bila dengar khutbah dari penceramah terkenal turki tu.sesungguhnya dalam hidup kita ni tiada yang kebetulan.semuanya dirancang oleh Nya.
masa aku share video ni malam kelmarin ada berapa kerat je yang tengok.tapi bila aku online facebook pagi semalam (19/11/13) aku tengok berpuluh kawan-kawan aku share video ni.semuanya kata video ni memang menyentuh hati mereka.video yang membuatkan mereka menitiskan air mata walau xkenal siapa pun ahmad ammar.video yang buat mereka bersemangat nak menjadi seperti ammar.video yang buat mereka rasa untuk berubah.sama la juga dengan aku.diri ini merasai sama seperti apa yang mereka rasa. benarlah kata ayah ammar iaitu EN AHMAD AZAM BIN AB RAHMAN.
istimewanya arwah ammar
sungguh arwah sangat istimewa dan hebat. keistimewaan dia lebih terserlah selepas dia pergi bertemu Illahi.bukan sekali aku tonton video tu, tapi 3,4 kali dan setiap kali itu jugalah aku menangis.istimewa dan hebatnya arwah kerana disayangi ramai sahabat.dikebumikan pula di tanah perkuburan yang menempatkan sahabat-sahabat nabi, pahlawan dan tokoh ternama turki iaitu tanah perkuburan Eyub Sultan.beliau diberikan pengecualian oleh dato' bandar untuk dikebumikan disitu sekaligus menjadi rakyat malaysia pertama dikebumikan disitu.
dapat dilihat dari video tersebut bahawa ketika jenazah dibawa masuk kedalam masjid, ketika itu jugalah azan zohor berkumandang.berpusu-pusu saudara kita disana bersama-sama jenazah allahyarham.saudara-saudara seislam kita bukan sahaja dari malaysia malah rakyat turki, berebut-rebut mahu mengusung jenazah allahyarham untuk dibawa ke perkuburan.jenazahnya juga seakan-akan tidur kerana wajahnya yang masih berpeluh.jujur aku kata sebelum ini aku ada rasa takut semasa melihat mayat.tapi tidak semasa aku melihat jenazah arwah.berkali-kali aku tatap sehingga masa aku nak tidur semalam aku masih terbayang wajahnya.
aku paling tersentuh semasa khutbah yang disampaikan oleh penceramah ternama turki.memang menusuk sekali kata-kata dia.di awal muharam tersebut arwah berhijrah ke alam lain bertemu pencipta.tapi seperti kata-kata penceramah tersebut
"tiada apa didunia ini yang kebetulan, semuanya yang terjadi telah dirancang oleh Allah yang sebaik-baik perancang" (aku olah sedikit ayat tersebut)
aku cemburu dengan nya.
jujur memang aku cemburu.arwah baru berusia 20 tahun tapi lihat saja apa yang telah dia lakukan.aku yang dah 23 tahun hidup kalau disuruh senaraikan '
apa yang aku sumbangkan pada ummah' mungkin aku tiada jawapannya.pelbagai misi kemanusiaan telah dia sertai termasuk di syria.sehingga dia mengatakan kepada sahabat nya bahawa dia mula jatuh cinta dengan bumi syam (syria) dan ingin syahid disitu.sahabat arwah juga mengatakan yang arwah bermimpi telah diberikan 'hadiah' oleh Allah di dalam mimpinya. mungkin dia telah berjumpa dengan bidadari syurga sehingga dia tidak lagi berpaling dan hanya terus kehadapan dalam urusan dakwah ini.
sahabat menggelarkan dia syahid yang tertangguh kerana dia bukan syahid di bumi syria, tempat dimana dia menghulurkan bantuan dan rasa cintanya.tapi dia meninggal di bumi turki, tempat dia menuntut ilmu Allah.ada aku terbaca sebelum kemalangan tersebut arwah telah bercakap dengan rakannya mengenai apa tajuk dakwah yang ingin disampaikan kepada pelajar baru.
semasa perjalanan nya ketempat junior mereka juga, dia sedang mendengar muzik ney dan sedang berpuasa sunat.didalam beg nya terdapat buku catatan yang telah dilakar isi-isi untuk penyampaian dakwahnya.tapi takdir Allah menentukan segalanya.
abah dan mak yang hebat
arwah mempunyai ibu bapa yang sangat istimewa.arwah dididik untuk menjadi anak yang akan membantu ummah.mereka mempersiapkan dia untuk ummah tapi Allah telah mempersiapkan arwah untuk Nya.sesungguhnya Allah kasih dan sayang pada arwah.
hebat kedua ibu bapa arwah ini.abahnya merupakan bekas presiden ABIM dan emak nya selalu bersama-sama turut serta dalam kerja-kerja kemanusiaan bersama abah.kata orang jika acuan baik, maka baik lah hasilnya.begitulah ammar, ibu ayah yang hebat melahirkan anak-anak yang hebat.
tabahnya kedua ibu bapa nya kerana saat mendapat khabar duka ini mereka masih mampu tersenyum dan masih mampu menenangkan orang lain.kerana mereka sedar bahawa anak itu adalah pinjaman semata-mata.tiada daya untuk melawan kerana memang telah Allah janjikan semua ini hanyalah pinjaman.
print screen dari keluarga
"abah, dunia ini untuk berjuang dan untuk penat, kita rehatlah bila mati nanti di syurga."
print screen dari sahabat-sahabat
print screen dari pelbagai page
so ini antara list yang korang boleh tengok dan baca.aku ada sertakan sekali fb ayah dan ibu arwah.korang boleh la klik dan baca.semuanya menceritakan keistimewaan dan kehebatan ahmad ammar.sama-sama lah kita berdoa semoga kita juga diberikan pengakhiran khusnul khotimah.doakan semoga arwah berbahagia disamping Allah.al-fatihah.
http://saifulislam.com/2013/11/ammar-antara-tadbir-insani-dan-takdir-ilahi/
http://cikmatahariku.blogspot.com/2013/11/kematian-yang-dicemburui.html
http://cikmatahariku.blogspot.com/2013/11/redha-allah-dan-redha-manusia.html
http://notakelana.blogspot.com/2013/11/inspirasi-di-eyup-camii.html?m=1
http://chedinsphere.blogspot.com/2013/11/al-fatihah-almarhum-ammar-dalam-kenangan.html
https://www.facebook.com/nur.azlina.54
https://www.facebook.com/ahmad.a.rahman.5
http://alinmarlini.com/ammar-dan-bidadari-syurga/
jujur aku tersentuh dengan video ini.seolah-olah isi didalam video ini telah memberikan satu pengajaran yang sangat besar dalam diri aku.aku jadikan ammar sebagai contoh untuk aku terus beramal kepada Allah kerana aku juga mahu pengakhiran yang khusnul hotimah sepertinya.kematian yang memberi kebahagiaan kepada ku dan orang lain.insyaAllah amin.
aku harap aku xkan pernah jemu untuk menonton video ini dan xpernah jemu untuk sentiasa istiqamah dalam segala apa yang aku lakukan terutamanya kearah kebaikan dunia dan akhirat.sesungguhnya ALLAH utuskan kisah allahyarham ahmad ammar sebagai petunjuk dan contoh kepada kita semua.sebagai anak muda yang masih lagi mentah tapi telah melakukan sesuatu yang amat bernilai dan tiada harganya.
jika arwah ammar yang baru berumur 20 tahun boleh menjadi matang dalam kehidupan ini mengapa tidak kita yang lebih berusia dari dia.aku yang berumur 23 tahun ini masih terkial-kial dalam mencari erti hidup tapi dia telah berbahagia disamping penciptaNya.
"Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian.Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun...Kerana itulah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini"
adik ahmad ammar bin ahmad azam.aku tahu kamu sedang berbahagia bersama pencipta Mu.terima kasih kerana diatas dakwah adik ini, telah membuka banyak mata dan hati manusia.bertuahnya menjadi dirimu dan bertuah juga ibu bapamu mempunyai anak sepertimu.aku doakan semoga kita bertemu di 'sana' nanti dan andai saja adik boleh doakan untuk kami, agar kami juga menjadi sepertimu. istiqamah dalam melaksanakan ibadah tanpa mengenal erti penat.sampaikan salam kami kepada penghuni syurga, juga kepada Rasulullah SAW.semoga suatu hari nanti kita dapat bersama-sama di syurga Allah.insyaAllah amin. #al-fatihah
maaf jika ada info yang salah didalam entry aku kali ni.ada sebahagian yang aku tambah kan ayat nya mengikut fahaman aku.so mungkin tersalah info tersebut.mohon dimaafkan segala khilaf