nak bagitau cerita sedih ni weh.sedih dan terkilan sebenarnya.huwaaaa pada pagi isnin bersamaan 21.10.2013 ketika member sepejabat sampai di pejabat, keadaanya sangat mengejutkan *ewah ayat cantik punya* rupanya ofis kitaorang kena pecah masuk da.xtau la kejadian jadi hari sabtu atau ahad.tapi kitaorang anggarkan hari sabtu sebab masa tu hujan lebat sangat dan xde orang lalu-lalang dekat area pejabat.
masa aku dapat mesej dari member ofis, aku dah bajet aku kena prank ngan diaorang.tapi bila fikir balik, diaorang xpenah buat gurau kasar macam ni. terus aku merempit laju-laju sebab nak sampai ofis cepat. bila sampai je aku tengok one of my officemate dah dok kat tingkat bawah (pejabat aku tingkat atas). aku tanya la mana yang lain.dia kata bebudak ni gi buat report polis.
bila naik tu memang agak terkejut la kan.sebab selama ni aku xpernah sangka yang ofis kitaorang akan dipecah masuk sampai macam tu. walaupun sebenarnya ofis aku ni xde barang berharga tapi risau jugak la.kesan kena punggah tu pun xbanyak sangat berbanding masa pejabat teluk intan kena pecah masuk.
kertas-kertas kat meja aku pun xde bersepah sangat.kira macam dia bawak keluar pastu selak2 gitu je la.bak kata polis tu pencuri ni xberapa profesional sangat.sebab dia aim lappy ngan hard disk je. anggaran pencuri ni dalam 2-3 orang. bila polis datang pun dia xleh nak trace sangat sebab dia pakai sarung tangan. kat pintu tu ada la kesan kain sarung tangan tu kan. well itu benda basic kot kalau nak mencuri.dalam tv dah selalu tunjuk kan.orang pun dah tau.polis kena ada advance tools untuk trace cap jari lepas ni.hehe
keadaan meja yang kena punggah |
so agak terkilan gak la.sebab member-member yang hilang barang tu semua nya ada kerja yang melambak untuk diselesaikan.member-member aku tu dah ada yang nangis, yang menyumpah pun ada jugak.bangang abadi pencuri nih.dia ingat ape, kawan-kawan aku tu beli barang pakai pasir tepi jalan agaknya yang senang-senang pencuri tu nak amik. pencuri tu ingat diaorang je nak pakai duit ke pe.usaha sendiri la woi.jangan nak susahkan orang.
masa polis buat siasatan.kena blur kan sebab procedure.huhu |
binawe punya penyamun. ketua unit kitaorang dah buat spekulasi yang ada unsur sabotaj dalam kes ni.sebab bukan setakat di utara sahaja malahan di sarawak dan zon selatan juga ada kes pecah masuk ni.
tapi aku punya kesimpulan budak-budak yang mencuri ni naik motor je sebab tu dia xrembat benda besar-besar.sekarang ni aku bertawakal je la masa kunci pejabat ni.harap-harap xde lagi kes pecah masuk ni berlaku.
so diharapkan xde lagi la kejadian pecah masuk jadi kat ofis aku ni.usaha la wei kalo nak duit.yang gi pecah masuk ofis orang pastu rembat harta orang lain wat mende.xhalal hidup kau tau x.jangan sampai nanti tangan, kaki ngan anggota2 lain ko tu jadi cacat baru nak tau erti penyesalan.doa-doa orang teraniaya ni cepat makbulnya.moga kalau2 ada terbaca tu minta maaf la kat kitaorang ni.
p/s : ada rasa sedikit trauma. baru la aku tau perasaan akak aku jadi mangsa ragut