Friday, November 17, 2017

trip to krabi part 3 (30/9/2017)


Assalamualaikum

PERHATIAN : entry ni penuh dengan gambar

kemalasan nak update blog ni kemain berganda-ganda lagi weh.so kita sambung lagi entry ke krabi kita.orait second day kat sana kita mulakan pagi kita dengan bersiap-siap untuk island hopping.bila dah semalam penat meronda plus penat duduk saje dalam van maka malam memang lena la tido.pagi esoknya masing2 malas nak bangun tapi bangun juga la kan.tak kan nak mentido je, baik tak payah holiday gitu.
kami stay kat sini
menunggu pasangan suami isteri yang tak turun lagi.pakcik driver tu ada je nyelit dalam gambo.hehehe
lepas dah cukup ahli jemaah pakcik driver tu bawak kami pergi sarapan dulu.gila kau tak makan pagi dulu sebab nanti tengahari baru makan pulak.tapi ada la bekal keropok ngan gula2 sikit kami bawak gi ke laut.so pakcik tu bawak gi makan kat gerai tepi jalan je tapi sedap la menu dia.sampai je kedai tu aku tengok van2 lain yang sama agensi ngan kami gi ni pun ada kat sana.
ada menu nasi kerabu,nasi lemak,roti2 dan macam2 lagi
ulam-ulaman dan air masak sentiasa ada di meja2 di krabi ni
aku makan nasi lemak dengan ayam masak serai + teh o.total harga 80baht
owner kedai ni baik sangat.dia memang layan customer dia baik2 je.memang service dia 5 bintang la.siap bergambo lagi dengan kami lepas settle makan.so lepas semua dah siap bayar kebetulak nampak motor apa ntah kat tepi kedai tu.tak silap pakcik tu kata nama motor tu sholey.eh taktau eja camne.terus kami nyanyi lagu soley2 yang usop wilcha selalu nyanyi tu.
ni lah motor tu.sholey kot,ejaan tak tau la
perut dah kenyang.moh la teruskan perjalanan untuk aktiviti island hopping
tak jauh pun dari tempat sarapan tu untuk ke tempat island hopping.adala dalam 10 minit gitu je aku rasa.tengok2 dah sampai dah.kat situ kami kena kumpul ramai2 termasuk la orang2 lain.so masa tu memang agak ramai la.aku rasa dalam 100 orang ada kot.kat situ kena isi nama dalam satu borang tu then kena tunggu lagi sampai orang lain datang.means bagi cukup la berapa agensi yang dah aturkan tu.
baru sampai kat tempat menunggu untuk naik bot
isi nama dulu takut2 apa hal nanti senang.yang baju biru tu tour guide untuk island hopping ni
pakcik ni memang sempoi.dia layan kan aje.hahaha
all of us
lepas settle isi nama, orang pun dah cukup maka bergerak la kami pergi ke bot.kat bot ni dia bahagikan la siap2 berapa ramai setiap bot tu.ada satu bot tu 28 orang sekali naik.kami semua awal2 tak nak naik bot tu.sebab less is better.kalau ramai2 ni kang jadi tak seronok.kalau satu geng tu ok la.so kami tunggu bot lain.bot yang kami naik tu dalam 16 orang je kalo tak silap.and alhamdulillah kami dapat orang yang sama agensi ngan kami.oh lagi satu diaorang bahagikan bot ni ikut negara gak.sebab aku dengar dia cakap group malaysia naik bot sini.
gerak gi kat bot
again.9 of us
menunggu giliran nak naik bot
keje nak melompat je budak ni
one of the boat
pakcik sempoi
so lepas dah naik bot maka bermula la island hopping kami semua.tapi sorry lah aku memang tak tahu nama pulau2 yang kami lalu tu.sebab tour guide tu dok kat bot lain yang ada 28 orang tu.pastu plak orang yang bawak bot kami tu memang tak tahu speaking.lain yang ditanya lain yang dia jawab.macam ayam ngan itik.itulah kelemahan kat krabi ni.tak ramai local dia yang boleh speaking.aku share gambar je lah ye
naik je bot terus berselfie
tak tahu aku nama pulau2 ni.tp salah satu tu poda island
dah sampai tempat untuk snorkeling.sebelum turun kita selfie dulu
ni lah bot yang ada 28 orang tu.tour guide dok kat bot tu
air laut sini memang super jernih.nampak jelas ikan berenang-renang kat situ
jernih kan air nya
all of us
snorkeling plus lunch kat pulau ni
naik je bot dapat buah-buahan.ada tembikai dan nenas.manis giler buah dia
boleh panjat batu2 ni kat pulau ni.harga kalo tak silap 1000 baht
yang dalam bulatan tu tour guide.dia ada bagitau nama pulau ni tapi aku lupa
sempat buat cover album.hahahaha
dekat sini ada chalet tapi harga cekik la.toilet pun ada tapi nak masuk tu tak silap kena 10 baht
married couple
ok ni pulau last kami pergi.so lepas tu terus balik ke darat semula
oh lupa.ni pic waktu lunch
lecturer kami.en MZ
geng lelaki
jom balik darat
sampai je darat kami tak balik ke hotel naik van.tapi naik lori.ye naik lori ramai2 dengan orang lain sekali.van2 kami dah balik dulu ke hotel.hahaha tapi okla sebab kami pun dengan baju basah kan.memang kalo island hopping ni tak payah susah2 bawak baju nak tukar.balik je pakai baju basah2 tu.so berhimpit-himpit la dok dalam lori tu balik ke hotel.

tapi aktiviti kami memang tak habis kat situ je.balik hotel kami sambung berendam dalam kolam pulak.almaklumlah hotel kami ada kolam maka gunakanlah kemudahan yang ada.kebetulan kemal memang bawak megi cup so apa lagi.masing2 amik megi cup and sambil mandi kolam sambil makan megi.perghh nikmat weh.masa dekat kolam ni gak la kami plan untuk dinner malam tu.sebab sebelum tu kami just bayar sendiri2 je untuk makan.tp sebab nak rapatkan silaturrahim maka kami decide collect sorang 500baht untuk dinner kami malam tu.so total ada 4500baht
waktu mandi kolam ni boleh pulak kema terlajak sampai keluar kolam.mengekek kami gelak.
selesai mandi manda bagai, bergelak ketawa semua maka kami pun masuk bilik and rehat sementara tunggu waktu nak gi dinner.waktu ke krabi ni aku memang tak tengok langsung jadual yang agen bagi even aku ketua.hahaha semua dok tanya pakcik driver je nak keluar pukul berapa, nak pergi mana, nak makan pukul berapa.aku memang tak bukak langsung jadual tu.so lepas rehat2 kami pun bersiap untuk keluar.

kami dah request siap2 kat pakcik tu untuk bawak kami ke kedai makan yang sedap dan harga berbaloi.maksudnya tak mahal sangat la.then pakcik tu bawak gi satu kedai ni dekat dengan sungai.masuk kawasan kampung sikit la.kedai nampak agak mewah so kat situ kami dah risau dah memula.takut tak cukup duit yang kami collect tu.dok tempat orang kan kena la pandai bajet.bab dinner malam tu kema dan kemal yang handle.
bahagian depan restoran
ruantalay restaurant.sangat recommend.masakan sedap sangat dah banyak
ni menu kami malam tu
lecturer aku cakap aku sabotaj dia pasal gambar dia kabur.hahaha

sebenarnya menu dinner kami ni ikut set.dalam set tu harga 2500baht tapi ada ikan resepi thailand seekor, tomyam ayam,ayam masak gajus,telur dadar,sayur campur,kerabu mangga dan ayam masak apa ntah.so untuk adil kami tambah kan ikan lagi seekor dan juga ketam cili tak silap serta air buah.akak tu tak bagitau berapa baht kena tambah untuk lauk tambahan tu.so kami pu just order dan minta dia buat 2 hidangan sebab kami ada 9 orang.

lauk2 dia serius sedap.tambah2 ikan dia tu.aku tak tahu la nama resepi tu tapi memang sedap sangat.kuah ikan tu perghh layan giler.tomyam pun pekat,pedas,masam semua cukup.boleh kata lauk2 dia semua sedap sebab tu aku recommend kedai ni.yang paling mengejutkan total harga tu.aku tak berapa ingat sangat tapi kalo tak salah total harga tu dalam 2800baht je tak silap.maknanya tambahan lauk ikan yang gedabak tu,ketam cili dan air buah cuma tambah 300 baht je.kalo kira duit malaysia dalam RM30++ je.si kema dan kemal ni sampai suruh orang tu kira lagi sekali betul ke tak harga tu.kalo kira2 gak ikan tu dia cuma charge dalam RM5 je seekor.logik ke idak???hahha tapi mungkin rezeki kami gak.

aku cakap kat kema dan kemal sebab diaorang yang incharge dinner malam tu.kita tak de salah pape pun.kita bukan lari bila dia sebut harga tu.sebab memang kema dan kemal dah suruh orang tu kira lagi sekali dan memang harga tu dia bagi.so walau rasa harga tu terlajak murah dan tak logik tapi kami dah minta diaorang kira semula.so kami anggap tu rezeki.baki duit tu kami decide untuk beli sorang satu saguhati yang sama dan juga buat beli kudap-kudap untuk balik esok.

settle bab dinner.balik tu pakcik bawak kami singgah di aonang lagi.hari kedua la aku ngan kema pergi mengurut kat kedai yang kami semalam.kali ni kami bawak married couple tu dan kami ambik pakej sejam.tapi orang yang urut aku hari ni tak sesedap yang semalam.yang semalam tu memang perfect la.sampai kema kata agaknya yang urut aku tu bapok.hahhaha
sempat tapau pancake dan nasi goreng sebelum balik ke hotel
fuhhh habis akhirnya entry aku ni.nanti bila-bila aku sambung part last trip ke krabi ni ye.nak update ni pun kemain bercinta tunggu mood rajin datang.almaklumlah aku ni memang pemalas.overall aku suka view masa island hopping.and aku dah secara tak langsung dilantik menjadi photographer sepanjang trip ni pasal aku je yang rajin dok pegang fon dan snap gambar.

p/s : sorry spam entry ni dengan gambar

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...