~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, July 5, 2016

syawal tanpamu ayah

Assalamualaikum

esok dah hari raya.sekejap je masa berlalu.syawal kali ni memang terasa lain sangat.sebab syawal kali ni aku akan beraya tanpa insan bergelar ayah di sisi.semestinya aku akan terasa dengan ketiadaan ayah.sebab sepanjang 25 tahun aku hidup setiap kali raya ayah ada bersama.disebabkan aku belum berkahwin jadi setiap kali raya pertama mesti bersama mak dan ayah.

so untuk kali ni tiada lagi insan bergelar ayah.sejak ayah xde memang banyak yang berubah.kalau sebelum ni setiap hujung minggu mesti aku balik kampung untuk berbuka.tapi kali ni xde dah.sebab mak pun duduk dengan alang kat KL.kalau aku balik kampung pun just ada angah dan apiq je.sayu gak la bila berbuka sorang2 plus sahur pun sorang2.kalau dulu setiap kali waktu sahur mesti ayah call untuk kejut aku bangun.kali ni tugas tu beralih ke mak plak.kalau rasa aku penat sangat aku pesan kat mak suruh kejutkan sahur.sebab aku ni jenis yang kena sahur.kalo x lapo kemain nanti.

tambahan pulak along dengan alang raya dekat rumah mentua kali ni.raya kedua nanti baru balik tapah semula.so raya pertama nanti hanya ada aku, angah, mak dan apiq je la.kalau ditanya apa persediaan raya aku.jawapannya takde ape.biasa2 je persediaan kali ni.beli baju, kuih raya, kerepek pastu ada la barang2 dapur sikit.rumah pun xsiap kemas lagi tu.mood raya xde.aku pun still keje lagi hari ni.

angah kata mak xnak masak rendang tahun ni.hurmm sedih plak aih.sebab rendang ayam ngan nasi putih panas la menu pagi raya aku tiap tahun.menu tu jugak la yang ayah makan tiap tahun tanpa miss.abis kalau mak xmasak rendang memang jadi sejarah la untuk kami.aku mana pandai masak rendang,dan kalau aku masak pun xkan sama macam mak masak.

selalu nya mood raya aku memang datang lambat.tapi kali ni aku rasa langsung xde,sebabnya tahun2 lepas at least 2 hari sebelum raya aku dah rasa mood raya tapi kali ni xde.aku rasa macam xnak raya pun ada.sampai aku terfikir kalau aku xbalik raya boleh tak.aku jadi sayu je bila fikir pasal raya.salah satu sebabnya bila ayah dah xde.tapi mungkin jugak sebab ramadan kali ni aku xsungguh2.terawih tahun ni sekali je aku buat.sebelum2 ni at least suku bulan aku pergi.tapi kali ni langsung xsungguh2 aku terawih.

hari tu aku cakap kat epul macam mana kalau aku xsempat raya ngan mak.terus kena sound ngan dia.hahhaha xde la aku cuma terfikir je.kalaula aku pun xsempat nak raya mesti mak lagi sedih kan.plan raya pertama angah ajak balik kampung bermin,tapi ntah la aku rasa macam nak dok rumah je.nak melingkor atas katil xpun layan tv,hahaha kompem mak bebel dari pagi sampai petang kalo aku bt gitu.

duit raya kali ni xbanyak.bajet berapa je aku buat.tukar duit pun tak.just tukar duit yang ada dalam simpanan ayah je.ayah jenis suka simpan duit2 baru so aku tukar ikut situ je la.lagi pun nanti kan nak ada duit baru lain.gabenor baru katakan.so sape datang rumah budak2 je dapat duit raya.yang kolej ke pe xde duit raya.hahaha kedekut kan.pembahagian duit raya untuk makcik2 pun xbanyak.so makcik pakcik sape cepat dia dapat :p

so xpe la.harapnya xde la hambar sangat raya tahun ni.biarla mood raya tu datang jugak walau pun sikit kan.dari xde semangat raya langsung.nanti mesti aku sedih dengar takbir raya.bagi aku setiap kali dengar takbir raya mesti rasa sebak.tanpa sebab pun sebenarnya.cuma bila dengar tu rasa macam nak nangis je.kawan2 semua mana yang dalam perjalanan tu hati2 la.ingat orang2 tersayang.bergembiralah bersama-sama keluarga sementara mereka masih ada.

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin
andai ada silapku mohon dimaafkan
aku juga manusia biasa yang selalu ada silapnya.

ayah, 
tenang la di sana ye.nanti adik ziarah ayah lagi.
adik sayang ayah.adik rindu ayah.adik minta maaf.
tahun ni adik xdapat nak salam dan cium ayah dah.
bukan hanya tahun ni tapi buat selamanya.
kenangan2 yang adik ada dengan ayah akan adik simpan.
doakan supaya memori adik dan ayah xkan hilang.

mak,
jangan sedih2 ye.adik ada ni ha.
adik tau dalam kuatnya mak masih ada sedih yang disorok.
adik tau adik bukan boleh diharap sangat macam along, angah ngan alang.
tapi adik akan usaha untuk sentiasa ada dengan mak.
walau adik xtunjuk apa yang adik rasa dan buat
adik nak mak tau adik sayang mak.
adik xpandai nak tunjuk sayang adik tapi adik akan cuba mak.
adik minta maaf mak.adik tau adik banyak buat salah.
semoga raya kita kali ni tidak terlalu sedih la ye mak ^_^

abang,
orang tau kadang2 orang selalu buat perangai.
bila tiba perangai emosi orang datang habis abang kena tempiasnya.
habis abang kena tuduh macam2.eh tapi kita jeles la.bukan saje2 buat :p
tapi abang tetap sabar layan kerenah orang.walau kadang cara abang sabar tu menyakitkan hati.
tapi orang tau abang buat macam tu sebab abang xnak naik suara dengan org.
sebab abang tau org akan nangis kalau abg naik suara.
terima kasih abang untuk kasih dan perhatian yang abang beri.
doakan jodoh kita kuat.doakan rezeki kita murah.doakan kita dipermudahkan untuk bersatu.
supaya orang xrasa keseorangan andai ada sesuatu berlaku.
orang minta maaf zahir batin dengan abang.
ada rezeki kita jumpa lagi ye

raya tahun lepas 2015
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA ^_^



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...