~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, February 18, 2015

Drama what happens to my family (KOREA)

Assalamualaikum


sape pernah layan drama kat atas ni.tajuk drama ni 'What Happens To My Family'.kalau kat tv di malaysia ni kat channel 391@kbs world.aku mula2 pun xsengaja tengok.memula macam malas nak layan gak sebab macam bosan.tapi lama2 terus melekat tengok citer ni.tadi adalah episod terakhir yang aku tengok iaitu episod 53.aku xsangka pulak yang itu adalah episod terakhir.

bagi aku cerita ni memang dekat sangat dengan kehidupan masyarakat kita.aku sampai menangis la bila aku letakkan diri aku untuk berada di situasi si ayah ni.tambah2 bila tau yang ayah diaorang ni ada kanser.waduhhh kok sedih bangat.

para pelakon utama
drama ni mengenai seorang ayah yang terlalu sayangkan anak2 nya.seorang ayah yang terlalu pentingkan kebahagiaan anak2 juga seorang ayah yang dahagakan kasih sayang anak2 beliau.si ayah (cha soon bong) ada 3 orang anak iaitu yang sulung (cha gang sim- setiausaha syarikat), anak kedua (cha gang jae- doktor) dan anak ketiga (cha dal bong - mula2 tiada pekerjaan tetap akhirnya dia ambil alih kedai tofu ayah dia).

ayah dan anak-anak
mula2 episod memang aku rasa geram sebab tengok perangai anak2 dia yang langsung xhargai ayah diaorang.ayah diaorang ni baik sangat.selalu tolong anak2 lepas tu selalu bagi semangat.apa anak2 buat pada dia yang bagi aku xpatut la tapi dia still sabar.anak2 dia sayang pada dia sebenarnya tapi diaorang lebihkan kesibukkan diaorang dari ayah sendiri.
ayah (cha soon bong)
sampai la satu tahap si ayah nekad ambil tindakan undang2 (lebih kurang macam saman) pada anak2 dia.dia buat tuntutan untuk anak2 dia bayar semula apa yang dia nak bagi pada anak2 dia tu.paling mahal yang kena adalah gang jae sebab dia study kedoktoran kat university.masa tu anak2 dia semua xpuas hati.semua salahkan ayah dia ni si mata duitan la, pastu salahkan kawan ayah dia (miss go) yang konon nak kikis harta ayah diaorang.mula2 hakim pun xnak ambil kes ni tapi bila dengar alasan kenapa si ayah buat tindakan macam tu, hakim decide untuk terima kes tu.tapi just bicara dalam bilik je la.xde la sampai masuk mahkamah.

rupanya si ayah ni sakit dan ada tempoh masa dalam 3 bulan saje lagi untuk hidup.dia ambil tindakan undang2 sebab dia nak kan perhatian anak2.dia nak habiskan masa dengan anak2 dia yang mana masa tu dah xrapat sangat dengan dia.masa tu xde siapa pun ahli keluarga dia tahu yang dia sakit melainkan lawyer yang tolong buatkan law suit untuk dia dan juga miss go.oh lawyer tu sebenarnya bekas kekasih anak sulung dia.
cha gang sim (kakak sulung) dan director@suami dia
cha gang jae (anak kedua) dan isterinya (anak director hospital tempat dia keje)
cha dal bong dan seo wool@awek dia
lepas dari tu la memang banyak babak sedih dalam citer ni.bila si anak tuduh si ayah macam2.masa tu aku pun nangis sama ar.rasa macam even ko marah pun xperlu la nak marah ayah ko macam tu.paling sadis bila one day diaorang masing2 busy masa hari ulangtahun kematian mak diaorang.kecewa sangat ayah dia masa tu.nasib baik ada adik ayah dia (cha soon geum) yang selalu support ayah dia.

kalau xsilap aku gang jae dapat tau ayah dia sakit sebab terjumpa ubat dekat meja kedai tofu ayah dia.lepas tu pulak miss ko pun ada inform dekat gang jae yang ayah dia sakit.lepas dari tu la slowly gang jae dah mula ambil berat pasal ayah dia.dalam family tu dia sorang je tau pada mulanya.dah lama2 baru kakak dia tau lepas tu lama sikit adik dia plak tau.tu pun pasal adik dia terdengar akak ngan abang dia sembang pasal ayah diaorang.

eh panjang nau plak.hahaha tapi lepas diaorang dah tau tu benda jadi makin sukar sebab diaorang kena pura2 macam diaorang xtau.memang scene lepas2 tu banyak la yang mengundang air mata.paling xmenahan bila aunt soon geum tau yang abang dia sakit.huwaaaa sedih giler kot.aku dah menitis air mata masa tengok kat opis.nasib officemate xnampak.huhu tapi ending nya si ayah mati tapi dalam keadaan dia dah dapat capai apa yang dia nak.dia nak tengok family dia bersatu, sentiasa bahagia dan saling bantu membantu.

kesimpulannya citer ni memang awesome walaupun ada sesetengah babak tu macam bosan la.tapi pengajaran citer ni memang terbaik.bagi aku citer ni dekat dengan situasi kita semua sebab cerita nya memang betul2 jadi dalam masyarakat kita.kisah si anak yang abaikan ibu ayah, si ayah yang mengharapkan perhatian anak2, sikap yang pentingkan keluarga lebih dari harta dan banyak lagi.

tapi kan cerita ni selain babak2 sedih pasal family tapi ada gak babak yang kelakar.aku paling suka part kakak dia ngan director tu.selalu kelakar bila babak tu.pastu babak director dan adik tiri dia.sebab nya director ni even jenis skema tapi macam bengong2 sikit.hahaha

rugi rasanya kalau tengok saje2 tapi xambil pengajaran.finally tadi aku dah tengok episod akhir untuk citer ni.xpernah aku layan drama kbs sampai 53 episod.walau apa pun berbuat bakti lah kita pada ayah dan ibu kita selagi mereka masih bernafas ^_^

p/s : sorry lah aku memang xreti nak buat sinopsis pendek2.hahaha

4 comments:

cik seliporjepon said...

pon layan gak citer ni bila terbukak chanel KBS world ni.. Klakar la watak anak sulung & hubby dia tu.. ada ke manager cmtu? ;)

maisarah sarah said...

haha syok kan citer ni.kelakar je.aku suka tgk suami anak sulung dia.mcm blur2 je.hehe

Anonymous said...

sekaran ni citer ni ditayangkan di 8TV jam 5.00 petang. tapi dah dialih bahasa ke bahasa mandarin dan tak guna bahasa korea dan tak guna suara pelakon asal, tak berapa best sangat bila dah dialih bahasa.

maisarah sarah said...

oh ye ke.hehe sama la saya pun xberapa suka tgk kalo suara dialih ke mandarin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...