assalamualaikum
hari tu aku ada terbaca pasal sedekah/derma cara mudah melalui blog fatin liyana di
SINI. so dah alang2 FL share info pasal ni aku pun mencuba la kan. tambah pulak hari ni dah gaji so apa salahnya kalau share sikit kan. jadi kat sini aku share kan step by step macam mana nak bersedekah melalui cimb clicks.bank lain aku xpasti la.
STEP 1
langkah pertama dah tentu lah kena bukak website cimb clicks kan. korang boleh klik kat link
cimb clicks ini kalau malas nak cari. macam biasa sila login dulu. kalau xde akaun cimb mohon cuba try dengan online banking lain seperti maybank2u dan iRakyat (xpasti ada atau x application utk charity ni). yang ni memang khas untuk akaun cimb dan melalui cimb clicks sahaja ^_^
STEP 2
lepas dah keluar segala login anda tu, pilih column
pay dan ambil bahagian
bills seperti di dalam gambar.
STEP 3
kemudian akan keluarlah page pay bills seperti di atas.untuk column
from tu pilih la akaun anda. lepas tu klik
open billers dan pilih bahagian
zakat/charities. dia dok kat bawah sekali dalam list tu.
STEP 4
selepas tu dibawah column open billers ada satu lagi column untuk
pilih senarai syarikat atau agensi yang boleh anda dermakan. pilih mana-mana sahaja yang anda inginkan. tapi
satu pilihan sahaja dibenarkan untuk sekali derma.kalau nak menderma dengan lain2 agensi anda kena ulang step-step tadi semua setelah selesai semua ini. macam untuk bahagian ni aku pilih mercy malaysia.
STEP 5
lebih kurang seminit lepas tu (bergantung pada kelajuan internet) akan keluar satu kotak yang minta anda
isi maklumat anda. so isikan la
no kad pengenalan, no telefon, jenis derma dan jumlah derma. jenis derma ni adalah bergantung pada apa yang anda pilih pada step 4 tadi. macam aku pilih mercy tadi so dia keluar list bantuan yang dibuat oleh mercy. pilih la mana yang anda mahu.lepas tu tekan submit xsilap aku.
STEP 6
kemudian akan keluar lagi satu kotak untuk isi
contact number dan alamat. tapi ni aku xpasti memang ada atau tidak.sebabnya tadi line internet slow so aku buat benda ni dekat 3,4 kali jugak la.tapi sebelum berjaya tu xde pulak dia suruh isi.so ni in case je la ek.dah settle isi klik la submit ye.
STEP 7
selepas tu isikan
alamat email anda dan tekan submit =)
STEP 8
nanti akan keluar la maklumat seperti di atas ni.
semak semula betul atau tidak maklumat yang anda masukkan tu.
semak nama agensi yang anda pilih dan amaun. kalau amaun tu terlebih dari niat yang kita nak tu kira ok la.tapi kalo kurang itu tidak baik.hehehe kalau kesemuanya betul anda boleh la tekan proceed to payment.
STEP 9
lupa nak snap gambar yang suruh masukkan
request tac.tapi tu mesti korang tau kan sebab setiap online banking memang ada benda tu.selepas dah masukkan request tac tu tekan la submit.
STEP 10
setelah selesai anda proceed dan xde masalah apa-apa, maka akan keluar la maklumat seperti di atas yang menunjukkan derma anda tadi berjaya. makanya anda semua telah berjaya melakukan amal jariah.yeayy!!(tepuk tangan)
bagi aku apa salahnya jika menderma sikit dari duit kita kan.xde luak pun kalo derma seringgit dua, xpun RM10 ke RM50 ke. selalu kat pasar-pasar malam mesti ada orang yang xberupaya minta derma.tu pun boleh jugak.tapi yang dekat cimb clicks ni adalah agensi/syarikat.
aku tengok ada juga untuk MAKNA, rumah anak yatim dan lain-lain. so kalau untuk agensi ni kita jarang berpeluang nak menderma. ini lah peluang kita kan.gunakan kemudahan yang ada =) marilah kita beramal jariah, tambahan pulak dah nak dekat puasa ni kan. thanks to FL sebab share maklumat pasal ni.
“Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari kiamat yang mana tidak ada naungan selain naungan Allah….seseorang yang bersedekah dengan suatu sedekah yang ia rahsiakan sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa-apa yang telah disedekahkan oleh tangan kanannya”. [HR. Bukhari dalam Sahih-nya (629), Muslim dalam Sahih-nya (1032)] - sumber dari sini