Thursday, May 30, 2013

realiti atau gurauan?

assalamualaikum

start dari tahun lepas sampai la tahun ni memang ramai sangat kawan-kawan zaman belajar dulu dah kahwin. ni pun budak ofis aku merangkap member belajar dulu nak kahwin 3hb ni. member teknik pulak 1hb ni. tu dia...mau aku xrasa 'terancam' sebab aku calon pun xde lagi.huhuhu

sebenarnya nak story benda lain.dulu-dulu aku xperasan pun pasal benda ni. sebabnya masa zaman sekolah dulu dah biasa dah bersembang sambil sebut perkataan 'aku sayang ko la' atau pun ' ni yang sayang lebih ni'. budak-budak laki pun sama je.selalu je cakap gitu ngan budak perempuan. so start dari situ sampai sekarang pun bila diaorang sebut perkataan gitu aku jadi macam biasa je pun.

tapi mula dari lebih kurang dekat2 hujung tahun 2011 aku ada la gak mesej dengan sorang budak laki dari kelas aku tu. sembang2 gitu je la. dekat fb pun ada jugak ber chat. masa tu kalau aku ada bagi info kat dia pasal kerja kosong ke atau aku mesej benda yang penting ke, di akhir mesej dia nanti mesti dia akan taip 'luv u', 'sayang ko' dan lain-lain. aku xperasan pun benda ni mula-mula tu.

lepas tu ada sorang member aku ni suka sangat nak skandal kan aku ngan budak tu. at last ramai pulak la yang menskandal kan kitaorang. lepas tu ada la jugak aku curhat kat KKS pasal benda ni. KKS kata mungkin mesej dia pasal love semua tu betul kot. pastu KKS suruh aku tanya kat dia pasal tu. memang sayang atau main-main. gila kau!malu oii.hahaha

sekarang baru aku perasan benda ni.banyak kali gak la dia hantar mesej gitu. tapi ayat penghujung dia tu mesti dia gelak. so aku pun confuse sama ada ini realiti atau gurauan *padahal hati bunga-bunga dah*. tipu la kalau aku kata aku xterasa bila tengok kawan-kawan semua dah kawen. KKS ngan BFF pun dah ada calon.aku???hehehe xpe tunggu je la.

sayang 1
sayang 2


sayang 3

sayang 4
itu antara mesej nya lah.tapi sekarang ni dah jarang la mesej-mesej dah.cuma berbalas komen je dekat fb.itu pun sekali sekala.sebab dia pn dah kerja dan aku plak xtau nak komen banyak2 kat status dia tu.so aku xpasti sama ada dulu tu memang dia ikhlas atau main-main.kalo dia ikhlas maknanya aku la yang 'blank' masa tu dan sekarang dia dah malas nak layan agaknya.hahaha

biarkan je la.orang kata kalau dah takdir xkemana kan.yang member2 aku kemain lagi dok bahan cakap kampung kitaorang pun xjauh mana.nak balik raya pun senang.hoiii sampai gitu sekali kan.hehehe xpe la walau apa pun kita tunggu je la.xkan perigi nak cari timba plak.dah la xde pengalaman bab2 gini.

so pada pendapat korang ini realiti atau gurauan.bagi aku 50-50 la.sebab melibatkan orang lain kan.so xboleh la nak confident sangat.kang kecewa xsudah plak aku nanti. orait siap jugak entry baru aku untuk blog ni.xde la bersawang dah. lepas ni biar sebulan dua dulu baru buat entry lain.hahahhaa

p/s : esok tetiba kena gi ofis teluk intan plak.malas oiii!!!


Tuesday, May 7, 2013

life seketika :)

assalamualaikum

last update aku 16 april 2013.xde la lama sangat aku biar blog ni bersawang kan?hehe minggu lepas aku cuti panjang dari hari rabu sampai ahad aku dok kat kampung membesarkan badan yang sedia besar ni.ramai yang perli kata aku ni pergi berkempen.hoii xde maknanya.xminat aku nak kempen2 ni.

saje nak share pengalaman first time mengundi ni.kalau ikutkan aku malas nak pergi mengundi sebenarnya.tapi bila tengok orang lain punyala excited maka aku pun fikir2 kan la semula.so aku decide untuk join mengundi sebabnya ni first time aku nak mengundi.nak jugak cari pengalaman.at least bila orang bercerita tu bolehla aku paham kan.xde la terawang-awang je.

so tempat aku mengundi hari tu dekat sangat.kalo jalan kaki pun xsampai 10 minit agaknya.dalam kampung aku jugak tapi kat sekolah agama.masa aku pergi tu memang lengang je.aku sampai kat saluran 3 tu pun ada la dalam 2 orang je yang menunggu.saluran 3 ni untuk orang2 yang umur 21-35 kot.sebab situ memang semua muda2.

aku ni excited la konon2 nak tengok orang beratur ramai2 kan.sekalinya hampeh je.xde orang pun.ke sebab aku gi lambat?eh tapi mana de lambat.pukul 12.30 tengahari aku gi.hehehehe balik je rumah terus cuci dakwat konon nya kekal tu.cewah memula memang xmau hilang tapi abang ipar aku dok kata gi cuci ngan sabun basuh pinggan.walaweh hilang oii.hahaha suka aku.sebabnya aku rimas tengok jari aku kena calit gitu.

malam nya dok tunggu keputusan lambat gile.sampai ayah aku pn dah xboleh tahan.dia gi tido dlu.bayangkan la pukul 2.30 pagi aku tido tapi keputusan pun banyak xrasmi lagi masa tu.aiyaiyai sabo je la.aku ni dok tunggu kawasan ofis aku jaga untuk bantuan sawit ni.sebab nya ada salah satu borang kena ambil sokongan adun/parlimen.sebab tu kena tau.

lagi satu dok tunggu dengan harapan adala cuti umum.sadisnya xde la plak pak najib umumkan.makanya pagi isnin tu dengan longlai bangun pagi siap2 nak balik seri iskandar untuk kerja.sampai ofis 8.30 pagi tapi xde sorang pun budak ofis aku datang.hahaha sengal je.

petang ni pulak aku gerak balik tapah balik sebab esok pagi aku kena gerak ke felda residence trolak untuk kursus jati diri.wahhh excited nak berenang nih.tapi xleh suka sangat sebab badan aku selalu gatal2 lepas mandi kat sungai klah tu.apasal ek?pasal klorin banyak ke

ok la aku nak settle kan kejap  keje aku ni.lepas tu nak chow sin chi balik.tapi ujan la plak.xpe redah saja.hehehe

p/s : budak baru ada masuk kat opis aku weh :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...