assalamualaikum
aku pernah tanya soalan diatas dekat beetalk.antara jawapan yang aku dapat sebab dia pernah kena macam tu.so dia pilih untuk balas balik.ataupun sebab dia memang xde perasaan bersalah buat macam tu dekat orang lain.
aku serius xfaham kenapa perlu permainkan perasaan orang lain.kalo sayang cakap sayang kalo xcakap x.kenapa perlu nak sakitkan hati orang lain.tambah2 untuk pengalaman kali pertama macam aku.xde ke terfikir yang pengalaman menyakitkan ni buat seseorang tu akan bertindak bodoh.ambik tindakan yang merosakkan diri sendiri ke.ataupun buat sesuatu yang bodoh.
memang kalau diikutkan aku salah sebab lepas tahu ex aku tu dah bertunang tapi aku masih berkawan dengan dia.tapi dia pun sama2 salah.sebab dalam masa yang sama dia juga mencari aku.untuk dia mungkin itu perkara biasa sebab dengan umur dia tu dan pengalaman bercinta dia yang dah berkali-kali tu mungkin xsusah untuk dia buat semua tu.tapi bagi aku yang pertama kali ni benda-benda macam ni adalah dugaan paling kuat buat aku.korang boleh bayangkan tak saat hati tu tengah rapuh dia datang menyapa lagi.semestinya hati aku lagi goyah dan terima je sapaan dia tu.walau aku tau dia tunang orang.memang salah aku.orang akan cakap patutnya kaula yang kawal diri kau.dah tau tunang orang buat pe kawan lagi.buat pe cari masalah lagi.tapi kalaulah korang betul2 berada di situasi aku korang akan faham.
tapi kenapa perlu lagi memberi harapan dan janji kepada seseorang andai kau sengaja nak permainkan hati dia.aku jadi marah pada diri aku kerana izinkan diri aku dipermainkan oleh seorang manusia seperti diatas ni.sungguh aku tertanya-tanya kenapa wujudnya orang seperti itu.pedih tahu tak kena main macam tu.untuk orang yang pertama kali bercinta seperti aku sakitnya lebih lagi.sebab aku dah ajar diri untuk terima kau seadanya,sayang kau ikhlas dari hati dan terima baik buruk kau.tapi ini yang aku dapat.
sekarang kau xkan faham macam mana sakitnya aku rasa bila orang tuduh aku salah sedangkan kau juga salah.orang semua kata aku perampas sedangkan dalam masa yang sama kau mencari aku.dan kau sendiri menuduh aku macam2 semata-mata nak tutup yang diri kau juga salah.kau tuduh aku perangkap kau, simpan segala wasap, gambar, rekod call sebagai bukti untuk kenakan kau.tapi sebelum ni kau sendiri dengar dari mulut aku yang segala wasap,gambar dan rekod call aku simpan kerana itu kenangan aku dan kau.kerana kau cinta pertama aku dan kau lelaki yang pernah rapat dengan aku.aku akan padam bila aku betul2 lepaskan kau.tapi kau tuduh aku pergunakan benda2 tu untuk perangkap kau.pedih kau tau tak bila kau tuduh aku macam tu.
aku xpernah terfikir langsung nak perangkap kau.untuk kali ni aku bagi semua tu sebagai bukti yang kau juga salah.sebab aku terlalu kecewa dengan kau.dari kes pertama sampai kes kali ni kau langsung xnak salahkan diri kau.kau tuduh aku macam2 tapi aku tetap sabar.untuk kali ni aku membela diri aku sendiri.aku bersihkan nama aku sendiri sebab kau xpernah nak tolong bersihkan nama aku.tapi sebaliknya kau tuduh aku macam2.kecewa sangat aku rasa.seolah2 selama ni apa aku buat xde apa2 kesan pada kau.kau tuduh aku xikhlas buat apa2 untuk kau sedangkan aku xterfikir langsung semua tu.aku buat atau bagi pada kau sebab aku sayangkan kau sebab aku nak kau happy.tapi sebaliknya kau tuduh aku.pedih sangat aku rasakan kau tahu,
maaf buat masa ni aku belum mampu lupakan kau,kenangan bersama kau dan aku belum mampu maafkan kan.kalau kau sedar apa yang kau pernah buat pada aku sangat la pedih.lukanya bertambah dalam.moga satu hari hati aku akan terbuka untuk maafkan kau.maafkan aku kerana kali ni aku sangat2 sedih kan terluka dengan kau.walau sebelum ni kau pernah lukakan aku tapi kali ni luka tu lebih dalam.