Lama dah aku xupdate blog ni.dah berhabuk agaknya kan.blogwalking pun dah lama xbuat.tapi harini aku nak up entry tapi pasal berita sedih la pulak.kebetulan time ni pun aku xde buat apa sangat.kerja-kerja aku pun mostly dah siap.
tarikh 2 Mei 2016 akan menjadi salah satu tarikh yang akan aku ingat sampai bila-bila.tarikh dimana aku telah kehilangan insan yang aku sayangi dan cintai.seorang insan yang bergelar AYAH. seorang insan yang tiada gantinya walau sejauh mana aku mencari. kalau diikutkan ayah ada macam-macam penyakit.kalau ditanya sakit dia tu doktor pun cakap complex sebab banyak sangat sakitnya.tapi akhir hayat dia doktor kata dia pergi disebabkan keadaan jantung yang lemah.
tarikh 17.04.2016 ayah kena admit di hospital bainun ipoh.sebelum tu ayah gi hospital tapah sebab dia xde selera makan.tapi bila ke hospital tapah doc kata maybe ada sangkut dengan buah pinggang. so dari situ doc nak transfer ayah ke hospital teluk intan.tapi along minta untuk hantar ke ipoh sebab nanti kat teluk intan xde sape nak tengokkan.kalau kat ipoh ada along boleh tengokkan.ayah pulak jenis kena berteman.masa dekat hospital xde banyak sangat procedure sebab mostly masalah ayah adalah banyak air dalam badan expecially area paru-paru.
mula-mula doc cakap nak tebuk dekat belakang ayah untuk keluarkan air tu.tapi xjadi sebab masa scan tu air dah kurang.then check balik ada lagi air tu.lepas tu macam2 la kena scan,ct scan, xray ape suma.tapi lastly doc besar kata ayah boleh transfer ke tapah sebab ayah just pakai oksigen je.cuma nanti ayah kena datang balik ke hospital ipoh untuk scan pada 9/5/2016. so pada 1/5/2016 ayah ditransfer ke hospital tapah.lewat sikit sebab xde ambulan boleh hantar.
sebelum tu hari sabtu malam aku punya turn jaga ayah.dari tapah aku bertolak then sampai hospital pukul 5.30petang macam tu. masa sampai tu ayah sorang je sebab mak gi solat.masa tu ayah dah mula batuk and muntah.apa dia makan dia akan muntah balik.kecuali buah yang masam2 sikit.masa batuk and muntah petang tu ok lagi.benda yang keluar cair je.tapi bila dah malam aku tengok muntah dia makin pekat.mula-mula aku ingat darah sebab warna merah.tapi akak aku kata bukan kot.mungkin air coklat yang dia minum sebelum tu.so xpe la.
tapi makin lama aku tengok makin pekat.sampai terkena selimut dia ngan baju dia pakai.nurse pun macam risau tengok ayah.nurse nak masukkan ubat muntah tapi ayah xde line/wayar untuk saluran darah dia tu.so nurse minta doc buatkan supaya boleh dia masukkan ubat.tapi sampai pukul 2 pagi xde pun doc buat.ayah kata doc pun xlarat nak cari urat dia sebab susah.tapi malam tu ayah xtahan dah last2 ayah minx buatkan jugak.lebih kurang 3.30 pagi gitu stafnurse tolong buatkan line tu.baru la dimasukkan ubat muntah.nampak la kurang sikit dia muntah,nurse kata "saya tengok pun lain macam.sebab nampak kat selimut pakcik macam darah". masa tu aku memang ngantuk sangat tapi gagahkan jugak la bangun lapkan mulut ayah.basuhkan cawan dia muntah tu.Allah siapa sangka rupanya itulah kali terakhir aku jaga ayah.
pas menjaga ayah.bertanbah-tambah tarikhnya |
aku sampai tapah lebih kurang 6.40petang.masa sampai ada pak sedara aku kat situ tengah lawat ayah,mak balik mandi and solat masa tu.so aku pun tanya la ayah nak buah ke or pape.aku kupaskan ayah buah dan sapukan minyak kat ayah.sebak aku kalau teringat balik.ayah suka pakai minyak mestika tu katanya sedap bau minyak tu.so sementara kupas buah tu mak sampai.masa tu dah pukul 7 petang.waktu melawat dah habis.so malam tu mak yang tunggu ayah.mak kata pukul 2 pagi ayah nak makan buah then pukul 5 pagi dia nak minum. malam sebelum tu along, angah, alang semua memang dah ada kat tapah.cuma alang je kat tapah road rumah mentua dia sebab dia nak balik kl dah hari isnin 25/5/16 tu.
so tengahari 2/5/16 tu along sekeluarga gi tengok ayah.ammar pun along bawak tengok ayah.along ajak aku tapi aku xgi.sebab aku pikir kang malam maybe aku kena jaga ayah.so tengahari tu aku tido.tau2 je mak kejut suruh gi hospital sebab ayah xsedar.pergi pun naik motor je sebab jalan jem.sampai je hospital masa tu pukul 2.20 petang.masa tu doc and nurse dah dok tekan2 ayah sebab nak bagi bernafas semula.masuk tiup bagai tapi tetap xsedar.akhirnya 2.45petang doc kata ayah dah xde.tapi sebelum tu nurse dah bagitau ayah dah xde.cuma nurse suruh tunggu official dari doc.kata doc jantung ayah lemah sangat sebab tu mungkin xdapat selamatkan ayah.
along kata masa tu dia xsampai 5 minit pun keluar dari hospital sebab ayah nak makan jambu batu.masa tu plak angah ngan apiq dah otw nak ke hospital.elok angah sampai ada mak mentua alang kat situ and masa tu doc pun dah mula tekan2 dada ayah. rupanya masa ayah xsedar tu along dah mesej aku suruh datang tapi sebab handphone aku cas and aku tido so aku xsedar mesej tu. terkilan gak la sebab aku xsempat tengok ayah masa dia sedar.along kata sebelum tu ayah ok je cuma badan panas.masa along datang tu pun elok je ayah makan buah ngan ammar.macam xsangka langsung itula kali terakhir kami semua tengok ayah.rupanya mak pernah cerita kat alang yang dari cara ayah malam masa mak jaga tu sama macam cara arwah tok aku meninggal dulu.sebab tu mak xnangis sangat.sebab dia dari awal dah bersedia.
urusan jenazah pun mudah.dari wad bawak ke bilik mayat.masa kat bilik mayat ramai kawan-kawan ayah datang.adik beradik ayah pun ada yang dah sampai.tapi xsemua dapat tengok sebab nak kebumi cepat.masa tu hari hujan sebenanrnya tapi rezeki ayah kat tempat perkuburan tu xhujan cuma dah mendung.jenazah ayah langsung xbawak balik rumah.dari bilik mayat selesai dimandikan terus ke surau hospital tapah.masa mandikan pun rezeki ayah jugak sebab ustaz tu dia tunggu jenazah lain sebenarnya.tapi jenazah tu xsampai lagi so dia mandikan ayah dulu.lagipun ustaz tu kawan ayah.ustaz tu la yang jadi penolong nikah alang dulu.
dah selesai solat jenazah aku sampai sebab aku balik rumah jap amik kereta.jalan pulak jem masa tu so lambat sikit la aku sampai.masa sampai aku masuk dalam then xlama lepas tu pakcik aku suruh cium ayah.aku masa tu memang xnangis pun.rasa sebak tu ada cuma rasa nak nangis tu xsampai lagi.cuma nangis sikit-sikit je la.sampai sekarang aku xde nak nangis sangat.lepas dah tutup jenazah semua terus bawak ke kubur.elok aku sampai kubur masa tu jenazah ayah dah masuk dalam liang lahad dah pun.xsempat aku nak tengok.sebab diaorang kejar kan takut hari hujan.
kat kubur tu memang tikar xde, air nak jirus kubur pun xde.nyaris ada tikar kecik untuk ustaz duduk baca talkin.memang xteringat langsung nak bawak semua tu sebab jenazah xbawak balik rumah.last2 angah contact kawan dia minx bawakkan sejag air untuk jirus kubur.sebak sangat rasanya bila nampak sedara-mara, kawan-kawan ayah sama-sama kambus liang lahad.kawan ayah pun ramai yang datang kat kubur masa tu. dah selesai semua rasa sebak nak tinggalkan kubur.bila gi kat kereta ada sedara-mara perempuan kat situ.masing2 cakap kenapa xbagitau ayah masuk wad sebelum tu.sedangkan bukan niat kami tapi kadang2 ayah yang minta jangan dibagitau.lagipun ayah selalu sangat masuk wad so kami semua ingat sakit biasa je.
sayu tengok wajah mak.masa ni ahri keesokan nya |
sepupu-sepupu pun ada yang kata rindu.sebab ayah jenis yang suka mengusik pastu dia jenis suka melayan sikit.masing2 sepupu kata xde lagi dah lawak bersahaja dari ayah.masa raya nanti mesti dah lain.sebab dia yang suka menyakat.kalau sepupu2 pun rindu apatah lagi kami sekeluarga. opah su datang rumah kelmarin pun cakap "terbayang-bayang aku dia duduk di sini".masa tu opah su datang dapur.
so sekarang pun mak ikut duduk ngan alang kat kl.kalo kat tapah nanti dia sorang-sorang.kesian gak lagipun mak dalam eddah. tapi aku plak yang sedih sebab bila balik tapah aku balik dekat rumah kosong.xde sape pun kat rumah.cuma angah je ada kat rumah sebelah.barang-barang ayah pun xkemas lagi.bukak je satu beg tu penuh ubat ayah.sebab ubat tu doc bagi untuk guna sampai bulan ogos.bukak peti ais nampak jarum untuk ayah cucuk insulin.baju2 ayah yang tergantung dan jugak barang2 dia.Allah je tau rasa rindu tu.kadang aku terlupa yang ayah dah xde.semalam aku mimpi ayah.mimpi yang seronok bagi aku sebab dalam mimpi tu epul jumpa ayah buat pertama kalinya.dan itulah pertama kalinya aku mimpi ayah lepas ayah meninggal.bila sedar dari mimpi aku terus masuk toilet nak mandi.then masa mandi baru aku teringat yang ayah dah xde.Allah rindunya kat ayah dan mak.dulu tiap2 minggu boleh jumpa ayah ngan mak bila aku balik kampung.tapi kali ni dua2 aku xdapat jumpa.ayah memang aku xdapat jumpa sampai bila2.mak pulak sebab dekat kl.mungkin sebulan sekali baru balik.
suku dari ubat-ubat ayah.ada banyak lagi yang tinggal. |
AYAH
adik rindu ayah.adik rindu sangat
kalau along and alang rindu ayah dia ada suami untuk dipinjam bahunya.
kalau angah rindu ayah dia ada apiq untuk diluahkan perasaan.
kalau mak rindu ayah dia ada anak2 untuk diminta kasih.
tapi adik xde sape-sape.cuma kawan2 yang setia bersama.
xpela ayah.adik terima semuanya.ayah milik Allah bukan milik adik.
cuma izinkan adik andai rindu bertamu dihati izinkan air mata ini mengalir untuk mengurangkan rasa rindu ini padamu ayah.
adik doakan agar Allah jaga ayah.
moga Allah lapangkan kubur ayah.
moga diterangkan kubur ayah,
moga dijauhkan dari seksa kubur dan binatang berbisa.
moga suratul yassin dan fatihah kami dapat meringankan kesakitan ayah.
dan semoga perjalanan ayah dipermudahkan di alam sana.
Ya Allah tolong jagakan ayah ku di sana.amin