Monday, July 21, 2014

Perkara yang tidak disangka

Jumaat lepas bersamaan 18.07.2014 waktu lebih kurang dalam 12.45 tengahari aku kemalangan.huhuhu aku sendiri terkejut bila aku kemalangan.sebabnya dah 3 tahun aku berulang alik setiap minggu dari tapah - seri iskandar - tapah.kadang2 tu aku berulang gak setiap hari dalam masa dua hari.

So hari jumaat tu aku ada janji dengan agen proton untuk sign agreement kereta dekat bank.aku dah memang contact dah pun dengan akak tu.so kiranya tengahari tu memang time aku nak balik ke kampar la.sebab appointement kat sana.

Masa otw balik tu xde apa pun.but mungkin salah aku jugak sebab selama nk sebelum gi mana2 perjalanan jauh memang aku baca 3 qul, ayat kursi, ayat naik kenderaan dan doa yang ustaz kazim suruh amalkan tu.tapi hari jumaat ritu aku rasa aku just baca ayat kursi je kot.

Nak dijadikan citer masa tu aku dah memang dok lane aku tapi ada satu kereta tu dia dari lane kiri sekali (ada 3 lorong) tapi dia nak masuk ke kanan.maybe dia ada bagi signal tapi masa tu aku dah dekat sangat ngan dia.so aku tekan brek kaki tangan sampai habis.sampai aku boleh dengar bunyi tayar aku brek tu.then bila xsempat stop apa lagi memang berlanggar la.

Lepas langgar memang aku xsedar pun.yang aku sedar xlama lepas tu je masa tu pun aku dah terbaring kat jalan.aku nampak la kereta aku langgar tu berhenti and pemandu dia macam orang pakistan skit.maybe foreigner from utp kot.not too sure bout that.

Tapi tu la aku xde la luka teruk sangat tapi mungkin sebab aku terkejut kot so aku xdapat nak bangun.padahal kalo ikutkan bila dah sedar 100% tu boleh je aku bangun and berjalan.walau macam mana pun aku berterima kasih sangat pada pakcik zinuddin yang tolong hantar aku ke hospital batu gajah.thanks jugak kat orang2 yang tolong alihkan moto and tolong take care aku masa tu.serius aku memang mamai masa tu.tambah pulak tengah panas.

Aku memang mamai sungguh masa tu even aku sedar sebab aku langsung xigt apa yang jadi lepas je aku langgar kereta orang tu.apa yang jadi keliling aku masa aku sedar tu pun aku xberapa ingat.masa dalam kereta pakcik din tu pun aku ada sembang2 ngan dia and dia ada bagi no contact dia untuk aku call kalah ada pape2.tapi masa dah kat katil kecemasan tu aku langsung xigt aku save ke x no pakcik tu.nyaris lano pakcik tu naik kat contact no wechat.baru la aku ingat mana aku save no dia.huhu

So bila doc check and xray bagai xde la serius sangat.cuma luka2 dan bengkak kat bahagian muka.tapi semalam dah start rasa sakit2 badan and ada some part kat badan aku yang bengkak.so aku bercadang nak ke klinik kesihatan la esok untuk check apa yang patut.oh dah aku gak dah call pakcik din tu untuk ucap terima kasih sebab nya aku xigt aku dah cakap terima kasih kat dia ke belum.maklum lah mamai lagi masa tu.huhu

Ramai yang tanya macam mana dengan orang yang aku langgar keretanya tu.jawapan dia aku xtau..sebabnya lepas je pakcik din bawak aku ke hospital aku xjumpa dah dia.pakcik din tu ada gak suruh dia follow belakang tapi dia xnak.hantar aku ke hospital pun dia xnak.so lepas je aku dah gerak naik kete memang aku xnampak dia dah.dia pun xde tinggalkan no fon ke ape ke.jadinya xdapat la akunak buat report pasal kemalangan tu.akak aku kata maybe dia pun takut sebab aku yakin yang dia bukan orang malaysia.kereta dia naik tu pun maybe kereta sewa.tapi aku respect la dia jugak sebab dia still stop dia xlari.

Aku pun sebenarnya takut juga kalau2 itu memang salah aku.tapi aku yakin x sebab kalau dia masuk ikut cara yang betul aku still boleh brek.sebab brek moto aku bawak tu memang jenis makan ar.jenis boleh harap la senang kata.lagi pulak aku dah 3 tahun bawak moto dan itulah kali pertama aku kemalangan.tu sebab aku kata aku xsedar mungkin sebab terkejut.

Tapi hari ni bengkak kat muka aku dah surut skit.kalo xsemalam lagi la, mata pun xboleh bukak sangat.arini alhamdulillah boleh bukak besar skit.tapi luka kat tangan and kaki still pedih lagi la.tambah2 nak tido rasa macam mengetip2 je luka tu.memang menangis aku waktu nak tido.tapi selalu aku mind set cakap "Ya Allah kalau dengan sakit ini dapat menghapuskan dosa2 ku aku redha Ya Allah". So sekarang kalau aku belum rasa nak tido memang aku xkan tido sebab memang nanti aku yang sakit atas katil tu.melainkan aku betul2 dah ngantuk and nanti naik katil terus tido ha tu ok.

Walau apa pun aku bersyukur aku masih dipanjangkan usia.masa aku terbaring tu tuhan jela yang aku.aku dok pikir panjang lagi ke usia aku agaknya masa tu.huhuhu alhamdulillah Allah masih bagi aku peluang lagi.

P/s : walau apa pun sama2 la kita jaga diri dan berhati2 di jalan raya ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...